wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS D3 : UNIT 2|PERATURAN BILIK SAINS

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
2.

Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?

a)

Mengambil dan menyimpan peralatan tersebut

b)

Menggunakan peralatan tersebut.

c)

Memberitahu guru tentang peralatan yang pecah.

d)

Membuang peralatan tersebut ke dalam tong sampah

3.

Nyatakan empat peraturan bilik sains yang perlu kamu amalkan.

a)

Beratur sebelum memasuki bilik sains

b)

Makan dan minum dalam bilik sains

c)

Mengambil peralatan sains dengan cermat dan tertib

d)

Menutup suis kipas dan lampu apabila meninggalkan bilik sains.

e)

Meletakkan beg sekolah di luar bikik sains

4.

Bagaimana suasana di dalam bilik sains jika aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu dan tingkap tertutup?

a)

Pengudaraan dalam bilik sains menjadi tidak baik.

b)

Aktiviti dapat dilaksanakan dengan selesa

c)

Bilik menjadi terang dan selesa

d)

Dapat belajar dengan baik dan selesa

5.

Bolehkah kita melakar spesimen pada permukaan meja di bilik sains?

a)

Ya.

b)

Tidak.

6.

Apakah peraturan yang patut dipatuhi oleh murid-murid di dalam Bilik Sains ?

a)

Murid tidak dibenarkan memakai kasut dalam Bilik Sains

b)

Murid tidak dibenarkan memasuki Bilik Sain

c)

Murid tidak dibenarkan makan dan minum dalam bilik sains

d)

Murid hanya boleh memasuki bilik sains setelah dibenarkan oleh guru besar

7.

Peraturan yang manakah sepatutnya dipatuhi apabila berada di dalam Bilik Sains ?

a)

Bergurau dan berlari di dalam Bilik Sains

b)

Menyentuh , menghidu atau memasukkan sebarang bahan ke dalam mulut tanpa kebenaran guru

c)

Guna peti pertolongan cemas untuk menyiapkan kerja sekolah

d)

Menyusun kerusi dan peralatan dalam Bilik Sains dengan kemas sebelum keluar

8.

Maklumat berikut menunjukkan peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi oleh murid-murid .


DILARANG MAKAN ATAU MINUM DI DALAM BILIK SAINS


Pada pendapat kamu , mengapakah peraturan ini penting ?

a)

Untuk mengelakkan makanan daripada dicemari oleh bahan kimia

b)

Untuk mengelakkan kantin daripada menjadi lengang

c)

Untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi rebutan dengan murid lain

d)

Untuk mengelakkan Bilik Sains daripada dipenuhi oleh bau makanan

9.

Rajah 1 menunjukkan satu situasi yang berlaku dalam Bilik Sains .


Peraturan Bilik Sains yang manakah menjadi rujukan kepada situasi di atas ?

a)

Jangan berlari di dalam Bilik Sains

b)

Jangan membawa makanan dan minuman ke dalam Bilik Sains

c)

Jangan berebut-rebut untuk masuk ke Bilik Sains

d)

Jangan bermain-main semasa berada di dalam Bilik Sains

10.

Pernyataan di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk mengendalikan peralatan sains selepas penyiasatan .


P- Bersih peralatan dengan air sabun

Q- Keringkan peralatan sebelum menyimpan dalam almari

R- Buang sisa pepejal atau bahan buangan ke dalam tong sampah


Susun semula langkah-langkah tersebut mengikut urutan yang betul

a)

P - Q - R

b)

Q - P - R

c)

R - P - Q

d)

P - R - Q

11.

APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA SEMUA MURID BEREBUT-REBUT SEMASA MENGAMBIL PERALATAN SAINS

a)

PERALATAN SAINS AKAN TERJAGA DENGAN RAPI

b)

PERALATAN SAINS MUNGKIN TERJATUH DAN PECAH

c)

NAMPAK TERATUR

12.

MENGAPAKAH PERLU MEMAKAI KASUT YANG BERTUTUP KETIKA BERADA DI MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK MENGOTORKAN MAKMAL SAINS

b)

SUPAYA DAPAT MENYEPAK PERALATAN SAINS

c)

SUPAYA KAKI KITA BERADA DALAM KEADAAN BERJAGA -JAGA

13.

MENGAPAKAH KITA PERLU MENUTUP SUIS KIPAS DAN LAMPU APABILA MENINGGALKAN MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK BERLAKU PEMBAZIRAN ELEKTRIK

b)

SUPAYA MAKMAL SAINS KELIHATAN GELAP SENTIASA

c)

SUPAYA MAKMAL SAINS BERHANTU

14.

SELAIN BILIK SAINS DIMANAKAH PERATURAN INI BOLEH DIAMALKAN DI KAWASAN SEKOLAH?

a)

MAKMAL KOMPUTER

b)

PERPUSTAKAAN

c)

KANTIN

d)

SURAU

15.

MENGAPAKAH PERATURAN MAKMAL SAINS DICIPTA?

a)

SUPAYA TIDAK BERLAKU PERKARA YANG TIDAK DIINGINI

b)

SUPAYA MURID DAPAT MEMBUAT EKSPERIMEN SESUKA HATi

c)

SUPAYA MURID-MURID DAPAT MEMBUAT APA YANG DIHAJATI MEREKA

16.

MENGAPAKAH KITA PERLU MENGIKUT ARAHAN GURU SEMASA BERADA DI DALAM MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA SEMUA MURID DIBOLEHKAN MAKAN DAN TIDUR DI DALAMNYA

b)

MURID-MURID DAPAT MEMBUAT EKSPERIMEN SESUKA HATI

c)

SUPAYA TIDAK BERLAKU PERKARA YANG BURUK

17.
Minta kebenaran.......................... sebelum masuk ke Bilik Sains.
a)
Guru Besar
b)
ibubapa
c)
guru
18.

Mengapakah rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas ketika menjalankan aktiviti sains?

a)

Supaya nampak lebih cantik

b)

Untuk mencegah rambut gugur

c)

Supaya penyiasatan sains dapat dijalankan

d)

Untuk mencegah rambut terbakar apabila menggunakan penunu bunsen

19.

Semua kaca tingkap ditutup ketika murid-murid sedang melakukan penyiasatan di Bilik Sains.


Bagaimanakah keadaan di dalam Bilik Sains ketika murid-murid menjalankan penyiasatan?

a)

Udara akan menjadi segar dan nyaman

b)

Eksperimen tidak akan dapat dijalankan

c)

Murid-murid akan mengalami sesak nafas

d)

Udara akan menjadi panas dan aliran udara kurang baik

20.

Apakah yang perlu dilakukan sebaik sahaja murid memasuki Bilik Sains?

a)

Membasuh tangan

b)

Membersihkan sinki

c)

Menyusun kerusi dan meja

d)

Membuka kaca tingkap dan suis kipas

21.

Mengapakah murid tidak dibenarkan merawat sendiri kecederaan yang berlaku di dalam Bilik Sains?

a)

Murid tidak mempunyai peti pertolongan cemas

b)

Murid tidak berkeupayaan untuk membeli ubat-ubatan

c)

Murid tidak mengetahui tahap kecederaan yang dialami

d)

Kecederaan yang dialami boleh berjangkit pada murid lain

22.

Antara berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Air

b)

Alkohol

c)

Kertas tisu

d)

Larutan berwarna

23.

Mengapakah murid tidak dibenarkan membawa keluar peralatan sains tanpa kebenaran guru?

a)

Murid mungkin tercedera

b)

Murid akan didenda guru

c)

Boleh menyebabkan pembaziran wang

d)

Peralatan sains itu tidak dapat digunakan oleh murid lain

24.

Antara berikut, yang manakah boleh membahayakan kesihatan murid?

a)

Bermain di dalam Bilik Sains

b)

Makan dan minum di dalam Bilik Sains

c)

Membuka paip air tanpa kebenaran guru

d)

Masuk ke dalam Bilik Sains tanpa kebenaran guru

25.

Antara yang berikut, yang manakah harus digunakan untuk menyalakan penunu bunsen?

a)
b)
c)
d)
26.

Seorang guru telah menyediakan semua bahan dan radas eksperimen di atas meja. Amin bertindak terus menjalankan eksperimen tersebut dengan merujuk kepada buku teks. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Amin?

a)

Tidak mengikut prosedur eksperimen

b)

Tidak menjalankan eksperimen secara berkumpulan

c)

Tidak menunggu arahan guru sebelum memulakan penyiasatan

d)

Tidak mencatatkan laporan eksperimen

27.

Ali mendapati jari rakannya luka akibat terkena serpihan radas yang pecah ketika melakukan eksperimen. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali?

a)

Merawat rakannya

b)

Melaporkan kepada guru

c)

Meneruskan eksperimen

d)

Membersihkan serpihan radas yang pecah

28.

"DILARANG BERGURAU DAN BERLARI DI DALAM BILIK SAINS"

Maklumat di atas adalah salah satu daripada peraturan Bilik Sains. Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains?

a)

Supaya Bilik Sains sentiasa kemas

b)

Mengelakkan kemalangan di dalam Bilik Sains

c)

Supaya Bilik Sains tidak bising

d)

Elak murid daripada menggunakan Bilik Sains

29.

Antara yang berikut, yang manakah tindakan yang betul tentang langkah keselamatan di dalam Bilik Sains?

a)

Rasa dulu bahan kimia sebelum menggunakannya

b)

Jika ada kemalangan kecil, tidak perlu lapor kepada guru

c)

Batang mancis yang menyala perlu dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah

d)

Baca label pada botol bahan kimia selepas menggunakannya

30.

Apakah langkah yang perlu dilakukan selepas menjalankan ujikaji menggunakan bahan kimia?

a)

Merekodkan bahan kimia yang digunakan

b)

Mengelap kedua-dua belah tangan dengan kertas tisu

c)

Membasuh kedua-dua belah tangan dengan aliran air paip

d)

Meneruskan langkah dalam penyiasatan yang dijalankan