Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pop Kuiz Tasawwur Islam

Total questions: 12

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Islam sebagai al-Din

a)

Islam maksudnya mudah dan sempurna

b)

Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak

c)

Islam adalah agama yang syumul

d)

Islam merangkumi semua syariat Islam

2.

Apakah sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup?

a)

Memandu arah hidup manusia supaya mengikut syariat Islam.

b)

Cara hidup Islam ialah jalan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

c)

Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat kebenaran sesuatu perkara.

d)

Islam menjadi asas tatacara perhubungan manusia untuk mencapai keharmonian hidup bermasyarakat.

3.

Apakah pengertian Islam?

a)

Bermaksud sejahtera, selamat dan penyerahan.

b)

Bermaksud sempurna

c)

Bermaksud yakin dan percaya

d)

Bermaksud kebaikan

4.

Apakah pengertian Islam dalam Istilahnya?

a)

Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, meninggalkan laranganNya.

b)

Bersangka baik kepada sesama manusia.

c)

Sentiasa berusaha sehabis baik.

d)

Sentiasa menjalankan perintah Allah.

5.

Apakah pengertian Iman dalam Bahasa?

a)

Berusaha

b)

Yakin dan percaya

c)

Menghormati

d)

Bertolak ansur

6.

Apakah erti Iman dalam Istilah?

a)

Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan.

b)

Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah.

c)

Ibadah dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu pada kadar yang tertentu.

d)

Berkemampuan dalam aspek harta dan kesihatan.

7.

Apakah pengertian Ihsan?

a)

Membenarkan dengan hati

b)

Selamat dan penyerahan

c)

Yakin dan percaya

d)

Berbuat kebaikan

8.

Apakah pengertian Ihsan dalam istilahnya?

a)

Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan.

b)

Berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota.

c)

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana Allah.

d)

Taat dan patuh pada perintah Allah.

9.

Yang manakah antara berikut bukan Rukun Islam

a)

Mengucap dua kalimah syahadah

b)

Mengeluarkan zakat

c)

Berpuasa pada bulan Ramadan

d)

Mengerjakan haji bagi yang mampu

e)

Beriman kepada Malaikat

10.

Apakah yang dikatakan dengan Beriman kepada Qadak dan Qadar?

a)

Yakin dan percaya alam ini akan musnah

b)

Yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku kepada manusia dan alam keseluruhannya telah ditetapkan oleh Allah.

c)

Yakin dan percaya bahawa Allah menurunkan kitab-kitab kepada para rasulNya

d)

Yakin dan percaya kewujudan malaikat sebagai makhluk Allah

11.

Apakah contoh BUKAN aplikasi nilai Ihsan dalam kehidupan?

a)

Belas kasihan kepada haiwan

b)

Saling menolong jiran

c)

Tidak mengumpat dan mengata orang lain.

d)

Membiarkan diri membuang masa tanpa pengisian.

12.

Apakah kepentingan penghayatan Ihsan dalam diri seorang muslim?

a)

Ihsan merupakan keadaan dimana manusia melakukan ibadah dan pekerjaan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah.

b)

Ihsan merupakan kepentingan menuntut ilmu.

c)

Ihsan merupakan perjuangan dalam menegakkan hak asasi manusia.

d)

Ihsan merupakan motivasi dalaman yang membantu hidup untuk maju.