wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 3 - SIMPULAN BAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mak Esah tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.

a)

bawa mulut

b)

buta huruf

c)

alas perut

d)

panjang tangan

2.

Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.

a)

diam ubi

b)

kera sumbang

c)

naik darah

d)

lipas kudung

3.

Azimah digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang rajin membaca buku bila ada masa terluang.

a)

buah tangan

b)

ulat buku

c)

mulut murai

d)

ringan tulang

4.

Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.

a)

tin kosong

b)

ambil angin

c)

berat sebelah

d)

kepala angin

5.

Kaki Ramli luka terkena serpihan kaca akibat ber _______ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

kaki ayam

c)

mulut murai

d)

kaki bangku

6.

Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.

a)

bersengkang mata

b)

tebal telinga

c)

berat mata

d)

telinga kuali

7.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menjadi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.

a)

telinga kuali

b)

alas perut

c)

halwa telinga

d)

ulat buku

8.

Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan kemewahannya itu.

a)

mulut murai

b)

batu loncatan

c)

angkat diri

d)

bekas tangan.

9.

“Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru hendak berubah?” soal Mak Pah.

a)

lintah darat

b)

telinga kuali

c)

kambing hitam

d)

kucing bertanduk

10.

Saya kasihan melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.

a)

mata duitan

b)

kena tangan

c)

kusut fikiran

d)

ringan tulang