NEW
Font size
WorksheetsLatihan Bahasa Melayu Bil 01
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Penduduk kampung bergotong-royong ____________ rumah yang rosak akibat dilanda ribut baru-baru ini.
meruntuhkan
membina
membaiki
menengok
Puan Nurul Iman menjahit baju kurung kedah yang koyak itu dengan seutas ___________.
benang
jarum
gunting
peniti
Jasmin dan adiknya mendapat bantuan daripada Yayasan Perak kerana mereka ___________.
kaum kerabat
anak emas
bunga dedap
anak yatim
Hanya ___________ penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Rumah Mesra Rakyat itu.
setengah
semua
sekerat
sebahagian
Tin bekas minuman bergas itu_____________ apabila dipijak oleh adiknya berulang-ulang kali.
lekuk
kemik
lunyai
hancur
Ibu memilih ________________ dari kedai runcit itu untuk dimasak nasi lemak.
rumput-rampai
beras-petas
tanah-tanih
susup-sasap
Ekspedidi endaki gunung itu terbaksa dibatalkan kerana kabus terlalu ___________.
dingin
banyak
gelap
tebal
Pilihan kain yang terlalu cantik di pasar itu menyebabkan Puan Mai Qistina menjadi ___________.
rambang mata
susah hati
paku belanda
lupa daratan
Raja Muda berkenan _____________ merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang sekolah kita.
merafak sembah
menjunjung duli
mencemar duli
bersiram mandi
Semua ahli _____________ bersetuju dengan cadangan pengerusi dalam mesyuarat yang diadakan tadi.
setiausaha
jawatankuasa
urus setia
kaki tangan
Dalam kejadian ragut petang semalam, seorang wanita telah kehilangan ___________ bernilai lima ribu ringgit.
buah hati
barang berharga
wang saku
barang kemas
Nenek memasang __________ untuk mengelakkan kami daripada gigitan nyamuk.
langsir
bidai
kelambu
selimut
Puan Sofea menggunakan bedak untuk ____________ pengantin.
mempercantikkan
kecantikan
dipercantikkan
percantikkan
Keluarga saya telah tingga di ___________ itu kira-kira 6 tahun lamanya.
rumah sewa
rumah sakit
rumah pasung
rumah puaka
Suasana di Pantai Pasir Bogak kelihatan sangat ________ dengan kehadiran ramai pengunjung.
tenang
aman
meriah
kacau
Puan Zuhayra ____________ ikan yang telah disiang untuk membuang hanyir.
mengunyiti
menguliti
meramasi
mengasami
