wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Langkah Keselamatan dalam Makmal

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Peralatan perlindungan diri diperlukan semasa menjalankan eksperimen bagi mengelakkan risiko kecederaan di dalam makmal. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam senarai alat perlindungan diri (boleh lebih dari satu jawapan)

a)

topeng muka keselamatan

b)

baju makmal

c)

kasut makmal

d)

gogal/ cermin mata keselamatan

e)

sarung tangan

2.

Pencuci tangan, pembilas mata dan penyiram kecemasan ialah contoh peralatan kecemasan. Fungsi pembilas mata adalah untuk

a)

membersihkan tangan daripada kekotoran dan bahan kimia berbahaya

b)

membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia

c)

membersihkan badan dan membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia berbahaya

3.

Penyimpanan bahan berbahaya dilakukan di dalam tempat khas di dalam makmal. Fungsi kebuk wasap adalah untuk

a)

Mengelakkan objek simpanan daripada terkena bahan pencemar udara

b)

tempat menjalankan aktiviti yang melibatkan bahan berbahaya yang mudah meruap atau bahan pencemar udara

c)

ruang tertutup untuk melindungi pengguna dan kawasan persekitaran daripada patogen berbahaya

4.

Penyimpanan bahan berbahaya dilakukan di dalam tempat khas di makmal. Antara berikut yang manakah fungsi kabinet aliran laminar

a)

Mengelakkan objek simpanan daripada dicemari bahan pencemar udara, udara bertapis di masukkan ke dalam kabinet

b)

Tempat menjalankan aktiviti yang melibatkan bahan berbahaya yang mudah meruap atau bahan pencemar udara

c)

ruang tertutup untuk melindungi pengguna dan kawasan persekitaran daripada patogen berbahaya

5.

Bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki ialah

a)

butiran pepejal yang kecil

b)

cecair yang tidak berbahaya dengan pH 5 hingga 9

c)

bahan toksik

d)

logam berat

6.

Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki ialah (boleh lebih dari satu jawapan)

a)

alkali dengan pH lebih daripada 9

b)

asid dengan pH kurang daripada 5

c)

minyak

d)

bahan radioaktif seperti fosforus-32

e)

logam berat seperti plumbum

7.

Bahan sisa biologi terbahagi kepada bahan biobahaya dan bahan bukan biobahaya. Apakah maksud bahan sisa biologi biobahaya

a)

tisu hidupan, radas atau bahan yang mengandungi agen biobahaya seperti virus dan bakteria dan bahan toksin seperti bahan kumuh

b)

tisu manusia atau hidupan lain yang tidak mengandungi agen biobahaya dan tidak berjangkit.

8.

Bahan sisa biologi biobahaya terbahagi kepada 4 kategori iaitu, kategori A, B, C dan D. Antara berikut yang manakah betul mengenai kategori tersebut (boleh pilih melebihi satu jawapan)

a)

kategori A- sisa tajam

b)

Kategori B- sisa bukan tajam

c)

Kategori C- sisa bangkai, organ atau tisu organisma

d)

Kategori D- sisa cecair badan

e)

Kategori E- sisa bahan kimia

9.

Rajah menunjukkan sebuah tong biobahaya. Antara berikut kategori manakah sesuai untuk dibuang ke dalam tong tersebut

a)

Kategori A- sisa tajam

b)

kategori B- Sisa bukan tajam

c)

Kategori C- Sisa bangkai, tisu organisma atau organ

d)

Kategori D- Sisa cecair badan

10.

Bahan sisa biologi biobahaya perlu dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Standard (POS). Kebanyakan sisa perlu dinyahkontaminasikan menggunakan mesin autoklaf untuk menyingkirkan sebarang bentuk bahan pencemar. Antara berikut, sisa yang manakah perlu disejuk beku sebelum dilupuskan

a)

Kategori A- Jarum, picagari

b)

Kategori B- Tisu, kapas, sarung tangan

c)

Kategori C- Bangkai haiwan, tisu haiwan

d)

Kategori D- Darah, air liur, serum

11.

Rajah menunjukkan sebuah insinerator yang berfungsi untuk

a)

menyimpan sisa biobahaya

b)

melupuskan sisa biobahaya dengan cara pembakaran yang selamat

c)

menyejuk bekukan sisa biobahaya

d)

mengautoklaf sisa biobahaya

12.

Bahan sisa dinyahkontaminasi dalam mesin autoklaf dan dilupuskan sisa secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui sinki makmal atau tandas. Pernyataan di atas adalah berkaitan cara pelupusan sisa

a)

Kategori A- sisa tajam

b)

Kategori B- sisa bukan tajam

c)

Kategori C- sisa bangkai, organ atau tisu organisma

d)

Kategori D- sisa cecair badan

13.

Semasa mengendalikan asid, alkali atau merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan (boleh lebih dari satu jawapan)

a)

Pakai peralatan perlindungan diri yang sesuai

b)

jangan biarkan merkuri terkena kulit kerana boleh meresap ke dalam badan

c)

 panik sekiranya berlaku kemalangan

d)

tidak maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta

14.

Jika berlaku tumpahan asid atau alkali, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali

a)

gunakan pembilas mata atau penyiram kecemasan

b)

sekat kawasan tumpahan asid atau alkali daripada merebak menggunakan pasir

c)

maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta

d)

mendekati kawasan kemalangan dan meneruskan eksperimen

15.

Jika bahagian anggota badan terkena tumpahan merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali

a)

jumpa doktor dengan segera

b)

sekat kawasan tumpahan merkuri daripada merebak menggunakan taburan serbuk sulfur

c)

maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta

d)

hubungi jabatan bomba sekiranya perlu

e)

menyentuh merkuri menggunakan tangan

16.

Berikut merupakan jenis kelas kebakaran yang betul kecuali

a)

Kelas A- pepejal yang mudah terbakar (kain, kayu, kertas)

b)

Kelas B- cecair yang mudah terbakar (alkohol, petrol)

c)

Kelas C- gas yang mudah terbakar (gas asli, metana)

d)

Kelas D- logam reaktif (natrium, kalium)

e)

Kelas E- minyak masak tak tepu, lemak di dapur

17.

Alat pemadam api yang digunakan adalah bergantung pada kelas kebakaran. Alat pemadam api serbuk kering boleh memadam kelas kebakaran berikut kecuali

a)

kelas A

b)

Kelas B

c)

Kelas C

d)

Kelas D

e)

Kelas E

18.

Langkah CAPS semasa menggunakan alat pemadam api adalah (boleh pilih ebih dari satu)

a)

C - cabut pin keselamatan

b)

A- acukan pemancut ke sumber api

c)

P- Picit tuli dengan kuat

d)

S - Sembur dari sisi ke sisi