NEW
Font size
WorksheetsBM - Simpulan Bahasa & Peribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ravendran membuka _________________________ apabila seekor anjing menyalak lalu mengejarnya.
langkah seribu
langkah kanan
langkah kiri
langkah lari
Nasrul menghadiahi ibunya sebuah beg tangan berjenama setelah mendapat ______________________ pada minggu lalu.
akal kancil
durian runtuh
paku belanda
telinga lintah
Budak yang _____________________ itu cepat berang apabila ada orang yang bercakap tentang dirinya.
telinga nipis
telinga kuali
telinga lintah
telinga tempayan
Peniaga _____________________ itu sentiasa mencengkam kehidupan orang di kampungnya.
telinga lintah
lintah darat
mandi peluh
tangkai jering
Azman hanya _________________________, sedangkan orang ramai bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa tanah runtuh itu.
bermuka dua
bergadai nyawa
bersengkang mata
berpeluk tubuh
Asmida dan Liyana _______________________ ketika menonton filem komedi di pawagam.
goyang kaki
tajam akal
pecah perut
patah kemudi
Adam ___________________________ apabila tidak terpilih sebagai ketua pasukan bola sepak sekolahnya.
buta hati
jauh hati
buah hati
ada hati
Tudung yang dijual di butik Fareeda itu cantik–cantik menyebabkan Fazlina __________________________.
mata air
sakit mata
rambang mata
mata angin
Butik itu menawarkan ___________________ hingga menyebabkan banyak pelanggan tidak mahu membeli pakaian di butik tersebut.
harga pokok
harga mati
hisap darah
lintah darat
Pak Samad __________________mengusahakan kebun di belakang rumahnya.
bermandi peluh
berputih tulang
bertegang urat
berbesar hati
Negara kita akan maju dan damai sekiranya wujud perpaduan antara rakyat, bak kata pepatah _______________.
antan patah lesung hilang
bersatu teguh, bercerai roboh
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Puan Aminah kecewa kerana anak yang selama ini disayangi dan dijaga _______________________ akhirnya melukakan hatinya.
bagai isi dengan kuku
bagai bulan dipagari bintang
bagai si kudung mendapat cincin
bagai menatang minyak yang penuh
Kedua-dua mempelai itu sama cantik dan sama padan _______________________.
seperti anjing dengan kucing
seperti pinang dibelah dua
seperti langit dengan bumi
seperti isi dengan kuku
Pergaduhan antara Jefry dengan abangnya tidak akan berpanjangan kerana _________________________.
tiada rotan akar pun berguna
air dicencang tidak akan putus
nasi sudah menjadi bubur
ada udang di sebalik batu
Dia suka membeli barang-barang yang berjenama dan mahal harganya, maklumlah __________________________.
makan hati berulam jantung
sudah jatuh ditimpa tangga
beringat-ingat sebelum kena
besar periuk, besarlah keraknya
Hakimi tercengang-cengang _____________________ sebaik sahaja kapal terbang yang dinaikinya mendarat di lapangan terbang Tokyo.
seperti rusa masuk kampung
seperti burung dalam sangkar
seperti ayam kehilangan anak
seperti anjing menyalak bukit
Nasihat ibunya _______________________ kerana tidak diikutinya.
seperti katak di bawah tempurung
seperti kancil dengan harimau
seperti tikus membaiki labu
seperti hujan jatuh ke pasir
Penduduk di Kampung Aman itu hidup saling membantu _______________________.
seperti isi dengan kuku
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti enau dalam belukar
seperti aur dengan tebing
Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.
alah bisa tegal biasa
alang-alang mandi biar basah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
bagai tikus membaiki labu
Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya mementingkan diri ______________________.
seperti si buta kehilangan tongkat
seperti anjing dengan kucing
seperti anjing dengan bayang-bayang
seperti enau dalam belukar
