NEW
Font size
WorksheetsPengajian Islam (Bab 3 & 4)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pengertian akal ialah...
Satu organ yang mampu merangsang idea dan buah fikiran bagi tindakan baik buruk manusia.
Satu alat atau proses berfikir manusia yang dapat membezakan baik dan buruk.
Satu perkara yang dibekalkan kepada manusia sahaja.
Organ yang paling penting dalam badan manusia yang membantu manusia berfikir.
Berikut merupakan ciri-ciri akal yang diberikan oleh Allah kepada manusia, kecuali...
Anugerah Allah SWT kepada manusia
Sentiasa berkembang dan berubah
Terdedah kepada kesilapan
Akal mampu memikirkan perkara ghaib
Apakah peranan akal kepada manusia?
Akal tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
Akal tidak mampu mengenal dan meyakini kewujudan Allah SWT dan Rasulullah.
Akal dapat memandu manusia mengamalkan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Akal menyebabkan manusia sama mulia dengan malaikat
Pilih perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.
Perkara Sam'iyat
Perkara Alamiyat
Perkara Hakikat
Perkara Syariat
Apakah pengertian Al-Quran dari segi istilah?
Kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara tiba-tiba membawa suruhan dan larangan daripada Allah SWT supaya manusia ikut dan akur atas suruhan-Nya.
Perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari perbuatan, percakapan mahupun perakuan baginda nabi, dan merupakan perkara yang wajib kita patuhi.
Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS yang ditulis dalam bahasa Arab dalam satu Mushaf dan diriwayatkam dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.
Kalam Allah SWT yang mulia yang diturunkan kepada semua Nabi Allah SWT sebagai pembawa berita kepada umat Islam sama ada berkaitan perkara Ghaib mahupun ibadah yang wajib umat Islam laksanakan dalam kehidupan.
Berikut merupakan fungsi akal dalam mengenal Tuhan, kecuali...
Memahami dan mempelajari wahyu Allah SWT
Berfikir mengenai kebesaran Allah SWT & kejadian alam juga hakikat kejadian manusia
Berfikir tentang kesempurnaan Syariat yang diciptakan oleh Allah SWT
Berfikir kebenaran kewujudan perkara ghaib seperti syurga dan neraka.
Amalan yang kerosakkan akal, kecuali...
Penyalahgunaan dadah
Terlalu banyak berfikir
Minum arak
Banyak makan
Pengertian hadis dari segi istilah...
Sesuatu yang diterima daripada semua Rasulullah berupa percakapan, perbuatan mahupun pengakuan
Hadis merupakan sumber hukum yang paling sahih dalam Islam yang wajib kita Imani.
Kumpulan kata-kata nabi yang merupakan amanat yang wajib kita patuh sebagai seorang Islam.
Sesuatu yanh disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk percakapan, perbuatan atau pengakuan.
Contoh hadis perbuatan nabi...
Kisah nabi Muhammad SAW yang berdiam diri ketika sahabat baginda makan daging dhab.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"
Peranan Hadis adalah seperti berikut, kecuali...
Menguatkan Hukum-Hukum yang terdapat dalam nas al-Quran
Menghuraikan nas-nas yang mujmal
Menerangkan hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran
Menyangkal hukum yang terdapat dalam al-Quran
Maksud hadis dhaif ialah...
Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis shahih dan hadis hasan
Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung dan terus kepada Rasulullah
Hadis yang dikategori sebagai hadis palsu
Hadis yang mempunyai jalur perawi yang tunggal dan sampai kepada nabi
Jenis-jenis hadis yang dikelaskan oleh ulama seperti berikut, kecuali...
Hadis Shahih
Hadis Dhaif
Hadis Hasan
Hadis Sunnah
Sumber pengambilan hukum yang disepakati ada 4, antaranya ialah...
Al-Quran, Sunnah, Qaul Sahabat, & Sadduz Zara'i
Al-Quran, Sunnah, Qiyas & Ijma' Ulama
Al-Quran, Sunnah, Istishan, & Uruf wal Adat
Al-Quran, Sunnah, Istishab & Qaul Tabi'in
Golongan anti hadis sudah lahir sejak zaman sahabat dan menular sehingga ke zaman moden ini. Berikut ciri bagi golongan anti hadis ini, kecuali...
Menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam
Menerima ajaran al-Quran dan ajaran Rasul-Nya
Menolak Qada' & Qadar
Menolak dua Kalimah Shahadah
Hukum bagi golongan anti hadis?
Haram, Sesat & Murtad
Makhruh, Wajib diperangi
Makhruh, Sesat & murtad
Haram, Boleh dimaafkan
