wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 5

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.
Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara negara berikut kecuali
a)
Arab
b)
Pakistan
c)
India
d)
China
2.
Ukiran dalam seni bina Islam menggunakan corak ������
a)
Geometri dan flora
b)
Flora dan manusia
c)
Flora dan Fauna
d)
Geometri dan Manusia
3.
Seni khat merupakan seni kaligrafi yang menggunakan tulisan
a)
Rumi
b)
Jawi
c)
Kana
d)
Cina
4.
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam ialah agama�����.
a)
Perseketuan
b)
Rasmi
c)
Utama
d)
Orang Melayu sahaja
5.
Hukum Kanun Melaka ialah perundangan yang berteraskan agama
a)
Buddha
b)
Hindu
c)
Kristian
d)
Islam
6.
Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Jelaskan maksud lingua franca?
a)
Bahasa perantaraan dan perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa.
b)
Bahasa yang digunakan untuk masyarakat melayu sahaja.
c)
Bahasa pertuturan rakyat untuk perdagangan sahaja.
d)
Bahasa perantaraan antara masyarakat melayu dengan masyarakat beragama Islam yang lain.
7.
Laci dan balkoni adalah kosa kata pinjaman yang berasal daripada bahasa
a)
Inggeris
b)
Cina
c)
Arab
d)
Belanda
8.
Kosakata halal dan akhbar berasal daripada bahasa
a)
Inggeris
b)
Cina
c)
Arab
d)
Belanda
9.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka penting untuk �����bahasa Melayu
a)
Menterjemahkan
b)
memartabatkan
c)
memahami
d)
mengembangkan
10.
_______ ialah contoh seni bina Islam.
a)
Jambatan
b)
Atap rumah
c)
Dinding
d)
Menara
11.
Penyebaran Islam ke Tanah Melayu melalui jalan laut hasil daripada aktiviti ________.
a)
peperangan
b)
persahabatan
c)
perdagangan
d)
pelancongan
12.
Seni Khat merupakan kaligrafi yang menggunakan tulisan _______.
a)
rumi
b)
English
c)
Jawi
d)
Bahasa Melayu
13.
Penulis Khat menggunakan pena buluh atau ______ sebagai alat untuk menulis khat.
a)
pena besi
b)
pena arang
c)
pena pensil
d)
pen
14.
Menurut _______ Persekutuan Malaysia, Agama Islam ialah Agama Persekutuan.
a)
Undang - Undang
b)
Parti Perikatan
c)
Kanun Undang - Undang
d)
Perlembagaan
15.
Menurut Islam, kehidupan masyarakat melibatkan hubungan dengan manusia, ______ dan haiwan.
a)
sahabat
b)
sanak saudara
c)
jiran tetangga
d)
alam sekitar
16.
Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara Arab, _______ , India dan Sumatera Utara. 
a)
Melaka
b)
Johor
c)
China
d)
Thailand
17.
Pada Zaman ________, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi.
a)
Kesultanan Melayu Melaka
b)
Kesultanan Johor
c)
Kesultanan Pahang
d)
Perikatan
18.
Islam memelihara keharmonian dan ________ negara.
a)
kemelesetan
b)
kekeluargaan
c)
kekayaan
d)
kemakmuran
19.
Kerajaan Melayu Awal yang menerima agama Islam ialah ____________dan Kedah Tua.
a)
 Sumatera Utara
b)
 Terengganu
c)
  Melaka
d)
 Selangor
20.
Tolong-menolong dan ziarah-menziarahi adalah antara nilai yang dituntut oleh Islam dalam perhubungan dengan ________________.
a)
alam sekitar
b)
masyarakat
c)
haiwan
d)
langit
21.
Pena buluh, pena besi dan ______________ khat digunakan dalam penulisan khat.
a)
pensel
b)
kertas
c)
cop
d)
besi
22.

Sejarawan membuktikan kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui bukti _______ dan penulisan.

a)

arkeologi

b)

rakaman

c)

lisan

d)

tulisan

23.

Ciri seni bina Islam seperti corak geometri dan seni khat dapat dilihat pada bahagian bangunan misalnya pada ______

a)

tangga

b)

tiang

c)

anjung

d)

mimbar

24.

Nilai tolong-menolong dan ziarah-menziarahi adalah antara nilai yang dituntut oleh Islam dalam perhubungan dengan ___________________

a)

alam sekitar

b)

masyarakat

c)

haiwan

d)

flora dan fauna

25.

Agama lain boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan hukum agama Islam.


Di manakah penyataan ini tertulis?

a)

Buku Guru

b)

Buku Sejarah Melayu

c)

Buku Perlembagaan

d)

Buku Hikayat Hang Tuah