WorksheetsDasar Ekonomi P2 Pengajian Am
Total questions: 10
Worksheet time: 11mins
Prinsip keempat Rukun Negara: Kedaulatan Undang-Undang. Apakah kesan jika prinsip ini tidak diamalkan ?
Imej negara tercemar
Peningkatan ekonomi negara
Keselamatan negara terjaga
Masyarakat lebih harmoni dan bersatu
Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan penghayatan dan pengamalan terhadap prinsip Rukun Negara
Membina masyarakat progresif dan saintifik
Membentuk sebuah masyarakat yang liberal
mewujudkan sebuah masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Melahirkan rakyat berjiwa patriotik
Objektif pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru adalah
Mengurang dan membasmi kemiskinan
Penyusunan semula masyarakat
Mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
Dasar Perindustrian Berat bertujuan mengurangkan pergantungan Malaysia kpd negara asing bagi bekalan alatan mesin/jentera. Antara strategi untuk menjayakan dasar ini adalah
Mengehadkan kerjasama pelabur asing
Kurang menggalakkan industri sokongan kecil
Memberi intensif berbentuk kredit, tarif dan subsidi
Meningkatkan harga pengeluaran sektor perindustrian
Antara berikut yang manakah BUKAN kesan pelaksanaan Dasar Automotif Negara
Malaysia sebagai hub serantau industri kereta
Meningkatkan kualiti pembuatan kereta nasional
Peningkatan daya saing industri automotif negara
Mengurangkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif
Dasar Pandang ke Timur menjalankan beberapa program utk meningkatkan kecekapan disiplin kakitangan awam melalui
Kepimpinan Melalui Teladan
Memperkenalkan Kad Perakam Waktu
Menambah bilangan waktu bekerja
Meningkatkan prestasi pembangunan dan pengurusan
Pelaksanaan Telekesihatan/Teleperubatan dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) dapat memajukan bidang teknologi dengan cara
Membolehkan rakyat mendapat nasihat kesihatan dengan cepat dan mudah
Memudahkan doktor tempatan dan luar negara mengatasi masalah kesihatan pesakit
Mewujudkan pendidikan jarak jauh melalui Internet
Menggalakkan persaingan dalam dunia perniagaan tanpa sempadan
Inisiatif 'Pembangunan Modal Insaniah' dalam Dasar Bioteknologi Negara bertujuan untuk
Mengkomersialkan penemuan produk semula jadi
Memajukan aplikasi teknologi pemprosesan
Membina keupayaan sumber manusia melalui skim, program dan latihan
Mewujudkan agensi yang mengawasi pembangunan industri
Antara aspek yang ditekankan dalam Dasar Teknologi Hijau adalah
Tenaga Alternatif (untuk mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga)
Penjagaan Alam Sekitar (memulihara dan meminimumkan kesan teknologi kepada alam sekitar)
Pasaran Terbuka (untuk mengkomersialkan penggunaan teknologi)
Peningkatan Harga (meletakkan harga tinggi terhadap pembangunan ekonomi)
Melalui kempen Beli Barang Buatan Malaysia, Pengguna Bijak dan Beli Barangan Harga Rendah dapat membolehkan pengguna merancang perbelanjaan. Apakah manfaat Dasar Membeli Barangan Buatan Malaysia?
Membuktikan barangan tempatan lebih bermutu
Galakkan masyarakat mengutamakan barangan import
Meningkatkan pengeluaran keluar mata wang
Membangunkan sektor perindustrian negara
