Font size
WorksheetsKebangkitan Nasionalisme
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya"
Siapakah tokoh yang mendefinisikan Nasionalisme tersebut.
William R. Roff
Dato Onn Jaafar
Hans Kohn
Karl Marx
Apakah konsep nasionalisme dalam konteks Melayu sebelum merdeka?
Perjuangan membebaskan diri dari Jepun
Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri
Perjuangan menuntut hak sebagai warganegara
Perjuangan jihad menentang keganasan British
Apakah buku karya John Locke yang mempopularkan prinsip raja berpelembagaan.
Two Treatises of Government
Democracy Parliament
The Social Contract
The Government Rules
Namakan dua buah negara yang terlibat dalam perkembangan idea Nasionalisme di Eropah
England
Itali
Perancis
Portugal
Apakah punca berlakunya Revolusi keagungan di England?
Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
Menuntut kebebasan daripada penjajahan Amerika Syarikat
Keinginan menentang Pemerintahan Raja Louis XVI
Menuntut penghapusan cukai
Mengapakah Revolusi di England digelar sebagai Revolusi Keagungan?
Menunjukkan kekuasaan Raja William II
Peralihan kuasa tanpa pertumpahan darah
Pembebasan rakyat dari Amerika Syarikat
Kemenangan menentang Penindasan
Mengapakah penduduk Amerika Syarikat menentang penjajahan British?
Pengenalan pelbagai Akta
Penindasan golongan buruh
Sikap Diktator England
Hasil bumi Amerika Syarikat dikaut
Sistem pemerintahan apakah yang digunapakai oleh Amerika Syarikat selepas memperoleh kemerdekaan?
Sistem pemerintahan campuran
Sistem pemerintahan Republik
Sistem raja berpelembagaan
Sistem pemerintahan demokrasi
Penulisan Rousseau telah membangkitkan penentangan kepada Raja Louis XVI. Apakah penekanan dalam buku The Social Contract?
Penentangan terhadap membelakangi Raja
Penentangan terhadap penindasan
Keunggulan suara rakyat
Bersatu padu menentang penjajah
Mengapakah Raja Louis XVI ditentang di Perancis?
Rakyat dibebani cukai
Kekayaan golongan bangsawan
Golongan bangsawan memiliki pelbagai keistimewaan
Kemiskinan rakyat
Gerakan apakah yang mempengaruhi Nasionalisme di Mesir?
Gerakan Muhammaddiyah
Gerakan Islah
Gerakan Pan-Islamisme
Gerakan Jihad
Apakah yang diperjuangkan oleh gerakan Islah?
Menuntut kemerdekaan
Kembali kepada ajaran Islam sebenar
Menentang golongan penjajah
Menuntut kebebasan bersuara
Siapakah tokoh yang mengetuai Penentangan terhadap kerajaan Manchuria?
Mahatma Gandhi
Maharani Dowager
Sun Yat Sen
San Min Chu
Maharaja Mikado Meiji telah mengilhamkan sebuah gerakan dalam membangkitkan semangat Nasionalisme di Jepun. Apakah gerakan tersebut?
Gerakan Kekuatan Jepun
Gerakan Pemodenan Jepun
Gerakan Pemulihan Jepun
Gerakan Pemantapan Jepun
Apakah implikasi daripada Gerakan Pemulihan Jepun tersebut?
Jepun menjadi negara terkuat
Jepun menjadi negara perindustrian
Jepun menjadi kuasa ketenteraan yang kuat
Jepun menguasai dunia
Kuasa barat yang manakah membantu Emilio Aguinaldo menentang Sepanyol?
Belanda
Perancis
British
Amerika Syarikat
Apakah punca Persatuan Belia Buddha menentang British di Burma (Myanmar) ?
Isu kasut
Isu cukai
Isu kaum
Isu penglibatan dalam pemerintahan
Apakah yang diperjuangkan Kartini di Indonesia?
Pendidikan semua kaum
Membangkitkan pengaruh agama
Memajukan pendidikan kaum wanita
Menuntut pekerjaan golongan tempatan
Siapakah mengetuai perjuangan kemerdekaan Pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
Andikah
Susillo
Bambang Pamungkas
Soekarno
Siapakah raja yang menyebabkan semangat Nasionalisme di Thailand timbul?
Raja Mongkut
Raja Chulalongkorn
Raja Phibulsongkram
Raja Vajiravudh
Siapakah tokoh gerakan Islah di Mesir yang memberikan pengaruh terhadap Nasionalisme tempatan?
Rashid Rida
Sheikh Abdul Kalam
Sayyid Jamal al-Din Al-Afghani
Sheikh Muhammad Abduh
Apakah peranan penulisan kreatif terhadap kebangkitan Nasionalisme
Menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup dijajah
Menyebarkan peranan agama
Membangkitkan semangat bersatu orang melayu
Menentang pengenalan cukai
Apakah akhbar yang digunakan oleh golongan berpendidikan agama bagi membangkitkan idea pembaharuan
Jawi Peranakan
Al-Imam
Neracha
Sekolah Melayu
Apakah pengaruh luar yang membangkitkan Nasionalisme?
Perjuangan Perang Dunia Pertama
Kejayaan Jepun mengalahkan Russia
Kejatuhan kerajaan Manchuria
Kejayaan Revolusi Perindustrian
Apakah persatuan yang memperjuangkan penentangan terhadap British menerusi mewujudkan satu gagasan yang diamalkan Melayu Raya
Kesatuan Melayu Singapura
Persaudaraan Sahabat Pena
Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
Kesatuan Melayu Muda
