WorksheetsT3 BAB 4 TOPIKAL MASTERI 1
Total questions: 9
Worksheet time: 8mins
Apakah ciri-ciri sistem fail elektronik?
Rekod sukar diubah
Capaian ke atas data sukar dilakukan
Data disimpan dalam peranti storan komputer
Capaian ke atas data mengambil masa yang lama
Berikut merupakan evolusi dalam pengurusan data:
SISTEM FAIL --> SISTEM X
Apakah kebaikan sistem X?
kawalan data secara berpusat
memudahkan pengulangan data
capaian data berlaku tidak serentak
boleh dicapai oleh sesiapa sahaja
Maklumat berikut berkaitan dengan komponen Y dalam pangkalan data:
> menerangkan ciri-ciri entiti
> merupakan lajur dalam jadual pangkalan data
Apakah komponen Y?
Entiti
Atribut
Kekunci primer
Kekunci asing
Kaji pernyataan di bawah:
Aiman diminta untuk menyediakan pangkalan data bagi maklumat pembeli rumah di Setia Hill berdasarkan jenis rumah dan harga.
Pilih padanan yang betul bagi entiti dan atribut:
ENTITI : HARGA, ATRIBUT : PENDAPATAN, HARGA, JENIS_RUMAH
ENTITI : RUMAH, ATRIBUT : JENIS_RUMAH, HARGA, KELUASAN
ENTITI: PEMBELI, ATRIBUT : PENDAPATAN, HARGA, KELUASAN
ENTITI : TAMAN, ATRIBUT : NAMA_TAMAN, JENIS_RUMAH, HARGA
Berikut menunjukkan dua entiti dan atribut:
ENTITI : PEMOHON
ATRIBUT : ID_PEMOHON, NAMA_PEMOHON, KP_PEMOHON, JANTINA
ENTITI : PENJAGA
ATRIBUT : ID_PENJAGA, ID_PEMOHON, NAMA_PENJAGA, KP_PENJAGA
Antara yang berikut, yang manakah kekunci asing bagi entiti penjaga?
ID_PEMOHON
ID_PENJAGA
KP_PEMOHON
KP_PENJAGA
Maklumat berikut adalah mengenai pertanyaan (query):
SELECT kategori, nama_produk, harga
FROM produk
ORDER BY kategori ASC
Diberi entiti produk, manakala atribut bagi entiti ialah kategori, nama_produk, harga dan kuantiti.
Apakah jangkaan output yang terhasil?
atribut kategori diisih secara menaik
atribut kategori diisih secara menurun
atribut kategori diisih
atribut kategori ditapis berdasarkan kriteria yang ditetapkan
Teliti maklumat entiti dan atribut berikut:
ENTITI : MURID
ATRIBUT : ID_MURID, NAMA_MURID, JANTINA, ID_KELAS
ENTITI : KELAS
ATRIBUT : ID_KELAS, NAMA KELAS, NAMA_GURU
Yang manakah kod query yang akan memaparkan semua maklumat dari entiti KELAS?
SELECT ID_KELAS, NAMA_KELAS
FROM KELAS;
SELECT ID_KELAS, NAMA_KELAS, NAMA_GURU
FROM MURID;
SELECT ID_KELAS, NAMA_KELAS, NAMA_GURU
FROM KELAS;
SELECT ID_MURID, NAMA_MURID, ID_KELAS
FROM MURID
Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang atribut? (PILIH DUA JAWAPAN)
satu kumpulan objek yang sama jenis
merupakan lajur dalam jadual pengkalan data
mempunyai data mengenainya dan boleh dikutip dan disimpan
diwakili dengan bentuk bulatan bujur dalam gambar rajah perhubungan entiti
Yang manakah antara berikut BETUL mengenai kekunci primer?
Atribut dengan nilai unik
Tidak akan berulang
Atribut dalam satu jadual hubungan
Mengaitkan rekod-rekod dari dua atau lebih daripada jadual yang mempunyai hubungan
