NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
A: Bengkok
B: Kempis
C: Bujur
Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.
A: Gagah
B: Kacak
C: Cantik
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
A: Fasih
B: Bijak
C; Deras
Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
A: Benci
B: Marah
C: Kecewa
Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek , yang ……………….. tak datang melayang.
A: Bundar
B: Pipih
C: Ringan
Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.
A: Licin
B: Lembut
C: Kecil
Borang ini hendaklah dihantar __________ kepada pihak penganjur
A: Awal
B: Segera
C: Lambat
Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.
A: Lekas
B: Kuat
C: Lahap
Rumah................itu baru sahaja didirikan oleh penduduk
kampung.
A: Panjang
B: Teres
C: Rendah
Berikut merupakan bukan jenis kata adjektif
A: Waktu
B: Cara
C: Penguat
