NEW
Font size
WorksheetsKuiz Topik 3 : Budaya & Warisan
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
______________________ merupakan kemuncak bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada hari ke – 15 pada masa bulan purnama
Hari Krismas
Cap Goh Meh
Hari Vesakhi
Hari Gengulang
Definisi budaya menurut kamus dewan adalah seperti berikut KECUALI?
Warisan
Tamadun
Peradaban
Cara berfikir
Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Perayaan Hari Gawai dan Pesta Menuai.
Pesta menuai juga dikenali sebagai Tadau Keamatan
Tujuan pesta menuai diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran para petani Kadazan kepada Tuhan
Hari Gawai disambut pada 1 Jun setiap tahun.
Masyarakat Bidayuh merayakan Gawai Batu, Gawai Burung, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu
Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada ___________ setiap tahun dan lazimnya, Hari kebangsaan sering kali diadakan di _________ , Kuala Lumpur.
6hb September : Dataran Putrajaya
31hb Ogos : Dataran Putrajaya
31hb Ogos : Dataran Merdeka
16hb September : Dataran Merdeka
Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan dengan sambutan perayaan setiap kaum di Malaysia.
Masyarakat Melayu : Hari Raya Puasa
Masyarakat Cina : Tahun Baru Cina
Masyarakat Sikh : Hari Thaipusam
Masyarakat India : Hari Deepavali
Perayaan ini merupakan perayaan adat dan tradisi yang telah diamalkan sejak beratus – ratus tahun dahulu oleh masyarakat Orang Asli dari suku Semai dan Temiar di Perak. Pernyataan ini merujuk kepada perayaan _______________ .
Hari Krismas
Hari Vesakhi
Hari Gengulang
Cap Goh Meh
Memakan Kuih Bakul bagi masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina dipercayai boleh membawa tuah kerana namanya melambangkan ________________ dan _________________ .
Kehidupan yang tenang dan diberkati
Setahun lagi kemajuan dan ketenangan
Kehidupan yang berkekalan dan diberkati
Setahun lagi kehidupan dan setingkat lagi kemajuan
Muruku, Roti Canai dan Tosai adalah merupakan makanan tradisional masyarakat __________.
Melayu
Cina
India
Orang Asli
Di Malaysia, Kaum wanita India kebiasaannya memakai sari, manakala kaum lelaki India pula biasanya memakai _______________ .
Dhoti
Coli
Samfu
Cheongsam
Pilih pernyataan yang BENAR mengenai sambutan Hari Keputeraan :
i. Tarikh - tarikh meraikan hari Keputeraan adalah berbeza dan lazimnya diadakan pada hari sabtu.
ii. Pada hari keputeraan, pingat-pingat kebesaran serta anugerah akan disampaikan kepada mereka yang berjasa kepada tanah air.
iii. Hari Keputeraan lazimnya disambut pada hari kelahiran Perdana Menteri.
iv. Pada hari keputeraan, Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua akan mengisytiharkan gelaran-gelaran kepada mereka yang berjasa kepada tanah air.
i sahaja
i dan ii
i, ii dan iii
i, ii dan iv
