Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 1, BAB 3 & BAB 4 (TING 4)

Total questions: 37

Worksheet time: 1hrs 14mins

Name
Class
Date
1.

Peralatan perlindungan diri yang berikut digunakan di makmal sekolah kecuali

a)

kot makmal

b)

topeng muka

c)

topi keselamatan

d)

sarung tangan getah

2.

Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Asid yang mempunyai nilai pH 6

b)

Asid yang mempunyai nilai pH 3

c)

Alkali yang mempunyai nilai pH 13

d)

Asid dengan kepekatan yang tinggi

3.

Apakah kaedah yang paling efektif untuk mengurus sisa biologi seperti jarum?

a)

Mengguna semula

b)

Mengitar semula

c)

Tanam dalam tanah

d)

Buang dalam bekas sisa tajam

4.

Rajah 1 menunjukkan peralatan perlindungan diri di makmal:


Apakah fungsi peralatan di atas?

a)

Melindungi mata daripada sinaran

cahaya matahari

b)

Melindungi mata daripada penyakit mata

c)

Melindungi mata daripada terkena

bahan kimia

d)

Melindungi mata daripada terkena habuk

5.

Apakah kesan yang bahaya akibat daripada keracunan merkuri?

a)

Menyebabkan strok

b)

Menyebabkan luka

c)

Menyebabkan sawan

d)

Memberi kesan kepada sistem saraf

6.

Satu eksperimen melibatkan tindakbalas antara asid hidroklorik pekat dengan larutan ammonia pekat akan dijalankan. Dimanakah tempat yang sesuai untuk melakukan amali ini?

a)

Kabinet aliran laminar

b)

Di atas meja makmal sains

c)

Di atas kabinet berdekatan radas makmal

d)

Kebuk wasap

7.

Pelupusan bahan sisa K dilakukan dengan dibalut dalam kertas penyerap dan dibungkus dalam beg biobahaya, seterusnya disimpan dalam peti sejuk sebelum dilupuskan.


Apakah bahan K?

a)

Darah

b)

Jarum

c)

Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen

d)

Media kultur

8.

Semasa sekumpulan murid menjalankan eksperimen di makmal, sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah.

Antara tindakan berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan oleh murid tersebut?

a)

Maklumkan kepada guru dengan segera

b)

Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan

c)

Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

d)

Kutip serpihan kaca dan tumpahan merkuri menggunakan tangan

9.

Apakah kelebihan menggunakan alat pemadam api jenis seperti rajah yang ditunjukkan?

a)

Ringan

b)

Boleh memadamkan semua jenis kebakaran termasuk letupan

c)

Boleh digunakan untuk memadamkan api pada badan manusia

d)

Kelembapan yang dihasilkan lama, menghalang api daripada merebak semula

10.
a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Antara yang berikut, manakah suhu badan normal manusia?

a)

37.9 °C

b)

35.9 °C

c)

38.9°C

d)

36.9°C

12.

Rajah 5 menunjukkkan sejenis termometer. Apakah fungsi termoter tersebut?

a)

Mengambil suhu badan

b)

Mengambil suhu badan bayi berumur kurang dari dua bulan

c)

Mengambil suhu cecair

d)

Mengambil suhu badan tanpa termometer bersentuhan dengan pesakit

13.

Pada bahagian badan manakah denyutan nadi biasanya diukur?

a)

Pergelangan tangan

b)

Tapak tangan

c)

Kepala

d)

Pipi

14.

Antara individu berikut, manakah mempunyai kadar denyutan nadi yang paling tinggi?

a)

Siti sedang berlari

b)

Chong sedang berjalan

c)

Naim yang sedang membaca

d)

Pavitra yang sedang tidur

15.

Rajah 3 menunjukkan skrin sebuah alat mengukur tekanan darah. Yang manakah di bawah menunjukkan bacaan betul yang dicatatkan?

a)

Tekanan sistolik : 78

Tekanan diastolik: 118

b)

Tekanan sistolik:118

Tekanan diastolik: 78

c)

Tekanan sistolik:70

Tekanan diastolik: 78

d)

Tekanan sistolik: 78

Tekanan diastolik: 79

16.

Antara yang berikut alat yang manakah digunakan untuk mengukur tekanan darah?

a)

Stetoskop

b)

Sfigmomanometer

c)

Sonografmeter

d)

Sfignometer

17.

Apakah factor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

Makan berlebihan

b)

Minum berlebihan

c)

Tidur berlebihan

d)

Jangkitan kuman

18.

Sarah mempunyai jisim badan 44kg dan tinggi 1.51m. Apakah indeks jisim badan (BMI) Sarah?

a)

15.1

b)

19.3

c)

19.8

d)

29.0

19.

Jika June mempunyai BMI 25.0, dalam kategori manakah June dikelaskan?

a)

Kurang jisim badan

b)

Unggul

c)

Berlebihan jisim badan

d)

Obes

20.

Antara berikut, manakah kesan yang disebabkan oleh jisim badan berlebihan?

a)

Diabetes mellitus

b)

Anemia

c)

Anoreksia

d)

Demam

21.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

a)

Teknologi yang hanya menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu sahaja.

b)

Teknologi yang meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan.

c)

Teknologi yang berupaya meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau.

d)

Teknologi yang berhasrat untuk mengurangkan atau menangani kesan negatif aktiviti manusia terhadap alam semulajadi.

22.

Sektor manakah yang tidak terlibat dalam Teknologi Hijau?

a)

Sektor tenaga

b)

Sektor pengangkutan

c)

Sektor kewangan

d)

Sektor perindustrian dan pembuatan

23.

Antara sumber tenaga yang berikut, yang manakah terbaik digunakan untuk menjana elektrik bagi menggantikan bahan api fosil di masa hadapan?

a)

Tenaga hidro

b)

Tenaga angin

c)

Tenaga solar

d)

Tenaga geoterma

24.

Gas rumah hijau yang menjadi punca keadaan di atas ialah

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

karbon

d)

NGV

25.

Salah satu aplikasi teknologi hijau dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa adalah aplikasi 5R. Antara berikut yang manakah bukan item 5R?

a)

Reform

b)

Recovery

c)

Refuse

d)

Reduce

26.

Berikut adalah isu sosiosaintifik dalam sektor perhutanan dan pertanian kecuali:

a)

Jerebu

b)

Tanah runtuh

c)

Kepupusan hidupan laut

d)

penggunaan racun serangga dan bahan kimia

27.

Isikan contoh pengangkutan yang mewakili tempat kosong di rajah mod pengangkutan hijau di atas:

a)

Bus

b)

Grab

c)

Motosikal

d)

Skuter

28.

Apakah faktor isu sosiosaintifik 'hujan asid' dalam sektor pengangkutan?

a)

Pembebasan gas berbahaya dari kenderaan

b)

Penggunaan kenderaan elektrik

c)

Penebangan hutan yang berleluasa

d)

Bencana alam semula jadi

29.

Apakah sektor yang boleh dikaitkan dengan rajah berikut?

a)

Tenaga

b)

Pertanian dan perhutanan

c)

Bangunan

d)

Pengurusan sisa dan air sisa

30.

Sehingga kini, berapa bab yang telah anda pelajari dalam subjek sains tingkatan 4 di PMA?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

31.

Apakah aplikasi teknologi hijau yang boleh dilakukan ke atas sisa organik & sisa makanan?

a)

Kitar semula

b)

Di proses menjadi baja organik

c)

Penjanaan gas oksigen

d)

Buang di tempat sepatutnya

32.

Nyatakan bahan tambah yang tidak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak oleh pesakit yang berisiko untuk mendapat darah tinggi?

a)

Gula

b)

Garam

c)

Cuka

d)

Ajinomoto (perisa tambahan)

33.

Apakah maksud suhu?

a)

Haba dalam badan seseorang

b)

Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan

c)

Bahan yang disukat dengan termometer

d)

Haba kepanasan badan

34.

Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Apakah masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh masalah tekanan darah tinggi?

a)

Strok dan serangan jantung

b)

Kanser peparu dan diabetes melitus

c)

Sakit jantung dan diabetes melitus

d)

Diabetes melitus dan strok

35.

Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada amalan kecekapan tenaga?

a)

Peningkatan dalam penjimatan sumber tenaga

b)

Menjejaskan ekonomi negara

c)

Pertambahan penggunaan tenaga yang digunakan setiap tahun

d)

Meningkatkan kos sara hidup

36.

Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala

Q: Memaklumkan guru

R: Membilas menggunakan penyiram mata

S: Meniup mata Zarif

a)

P dan Q

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

Q dan S

37.

Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?

a)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal

b)

Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

c)

Dimasukkan ke dalam bekas khas

d)

Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya