WorksheetsSEJARAH TING 5 BAB 1
Total questions: 24
Worksheet time: 11mins
Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut?
A. Politik stabil
B. Banyak bahan mentah
C. Pentadbiran mantap
D. Mata wang sistematik
Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
A. Bahan mentah banyak
B. Tenaga mahir ramai
C. Tanah subur
D. Pasaran luas
Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17, telah membantu kuasa - kuasa Barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia Tenggara.
Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?
A. Menjimatkan kos
B. Mempercepat arahan
C. Mempermudah kegiatan perisikan
D. Membolehkan penyebaran propaganda
Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
A. Pengekalan pemerintahan beraja
B. Pelantikan pembesar daerah
C. Pengenalan sistem ufti
D. Pentadbiran melalui biro
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?
A. Syarat kerakyatan ketat
B. Harga komoditi rendah
C. Cukai tinggi
D. Imigran bertambah
Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan jawatan Encomiendero di Filipina. Apakah tugas jawatan tersebut?
I Mengutip cukai
II Memelihara keamanan
III Menggubal undang-undang
IV Memajukan kegiatan pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah kesan pengenalan undang - undang Barat semasa penjajahan British di Burma?
A. Ekonomi dikuasai oleh orang Cina
B. Kuasa golongan Mandarin bertambah
C. Pengaruh golongan agama merosot
D. Kemerdekaan negara dipercepat
Akta Kampung Ulu Burma 1887
Akta Perkampungan Burma 1889
Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?
A. Pengaruh golongan agama meningkat
B. Sistem pentadbiran tradisional terhapus
C. Kedudukan institusi beraja diperkukuhkan
D. Pendapatan penduduk tempatan merosot
Gambar 2 menunjukkan pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.
Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran.
A. Warisan turun-temurun
B. Melalui peperiksaan
C. Diperkenan oleh raja
D. Cadangan golongan agama
Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu.
RESIDEN
PENASIHAT BRITISH
Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut?
A . Melatih peribumi dalam pentadbiran
B. Memperbaik taraf hidup penduduk
C. Mengekalkan kedaulatan negeri
D. Menguasai sumber ekonomi
British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
A. Tanah peribumi dirampas
B. Pemimpin kehilangan kuasa
C. Pengaruh golongan agama merosot
D. Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
RAJA MONGKUT
RAJA CHULALONGKORN
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
A. Persaingan kuasa besar
B. Pemantapan kuasa pemerintah
C. Pengekalan kemerdekaan negara
D. Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya?
A. Kekuatan tentera
B. Perkongsian kuasa
C. Pemodenan pentadbiran
D. Kedudukan strategik
Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
A. Meningkatkan ekonomi
B. Mewujudkan jurang ekonomi
C. Menghapuskan cukai pertanian
D. Menyediakan peluang pekerjaan
Penjajah Belanda mengasingkan pendidikan untuk anak golongan priyayi dengan anak golongan rakyat biasa di Indonesia.
Mengapakah penjajah Belanda bertindak demikian?
A. Memecahbelahkan penduduk pribumi
B. Mengawal kurikulum sekolah agama
C. Mempertahan warisan budaya
D. Menambah peluang pekerjaan
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A. Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
B. Kemunculan ramai golongan intelek
C. Kewujudan golongan bangsawan
D. Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Akhbar berikut diterbitkan di Asia Tenggara pada abad ke-19.
· Tribune Indegene
· Cloche Felee
· Warta Malaya
Mengapakah pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar tersebut?
A. Membendung fahaman komunis
B. Mengelakkan kebangkitan rakyat
C. Mengurangkan campurtangan asing
D. Melemahkan pengaruh kelas bangsawan
Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?
A Sekatan pengaruh luar
B Perjuangan tidak berkesan
C Kekurangan sumber kewangan
Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
A Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
B Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
C Memperjuangkan kemajuan ekonomi
D Menghindari ancaman sekularisme
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. Apakah kesan revolusi tersebut?
A Dasar tutup pintu dikuatkan
B Pemerintahan republik dilaksanakan
C Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
D Sistem raja berkuasa mutlak tamat
21 Pasangan manakah yang betul tentang perbezaan matlamat gerakan nasionalisme di
Thailand dengan matlamat gerakan nasionalisme di negara-negara lain di Asia Tenggara
Thailand Negara-negara lain di Asia Tenggara
A Menentang raja berkuasa mutlak Mengusir penjajah dari tanah air
B Menyekat kemasukan kaum pendatang Menuntut kaum pendatang dihantar pulang ke negara asal
C Mempertahan hak rakyat tempatan dalam jawatan kerajaan Memperjuang konsep perkongsian kuasa
D Menuntut petempatan khas untuk rakyat tempatan Menggesa rakyat asal diberikan petempatan sama dengan bangsa penjajah
A
B
C
D
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing. Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
A Bantuan golongan bangsawan
B Perpaduan penduduk peribumi
C Kerjasama dengan kuasa asing
D Kepelbagaian hasil dalam negara
Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.
Pak Sako – Tanah Melayu
Jose Rizal – Filipina
Chairil Anwar – Indonesia
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka?
A Pembentukan kerajaan sendiri
B Penggunaan bahasa peribumi
C Penindasan terhadap rakyat
D Pembelaan terhadap wanita
Harapan Anda Untuk SUBJEK SEJARAH SPM 2020
LULUS
CEMERLANG
BAIK
KEPUJIAN
