wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKAT 3 KSSM GABUNGAN

Total questions: 132

Worksheet time: 3575secs

Name
Class
Date
1.

Perkataan historia berasal daripada

a)

Bahasa Itali

b)

Bahasa Yunani

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Portugis

2.

Manakah antara tokoh-tokoh yang berikut bukan sejarawan yang mengeluarkan fakta mengenai pengertian Sejarah?

a)

Muhd Yusof Haslam

b)

Ibn Khaldun

c)

Herodotus

d)

Khoo Kay Kim

3.

Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan Y. Y juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku mengikut urutan masa yang berlaku dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. Apakah Y?

a)

Masihi

b)

Darsawarsa

c)

Kronologi

d)

Dekad

4.

Apakah istilah sejarah yang sesuai digunakan dengan penyataan berikut?


Alatan ciptaan manusia

a)

Ekofak

b)

Artifak

c)

Jurnal

d)

Fosil

5.

Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M?

a)

Teknik peperangan

b)

Sistem pentadbiran

c)

Hukum Agama Islam

d)

Kaedah perdagangan

6.

Berapakah kaedah penyelidikan dalam sejarah?

a)

1 Kaedah sahaja

b)

4 Kaedah sahaja

c)

3 Kaedah sahaja

d)

5 Kaedah sahaja

7.

X merupakan kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Apakah X?

a)

Arkeologi Bawah Air

b)

Arkeologi Dasar Laut

c)

Arkeologi Tasik Dalam

d)

Arkeologi Dalam Air

8.

Manakah antara yang berikut bukan merupakan kepentingan mempelajari sejarah?

a)

Mengenal asal usul

b)

Menjadikan diri lebih rajin

c)

Mengambil iktibar

d)

Membangunkan negara dan bangsa

9.

Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk. Ahli sains menjangkakan usia bumi melebihi

a)

3.6 bilion tahun

b)

4.6 bilion tahun

c)

5.6 bilion tahun

d)

2.6 bilion tahun

10.

Apakah ciri-ciri tumbuhan utama pada zaman air batu akhir?

a)

Besar dan bersepah

b)

Panjang dan berjarak

c)

Renek dan menjalar

d)

Tiada tumbuhan yang wujud

11.

Yang manakah berikut merupakan tamadun awal dunia? Pilih 4

a)

Tamadun Huang He

b)

Tamadun Mesopotamia

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Indus

e)

Tamadun Islam

12.

Sila pilih padanan sungai dengan tamadun yang betul.

a)

Tamadun Huang He - Sungai Kuning

b)

Tamadun Mesopotamia - Sungai Nil

c)

Tamadun Indus - Sungai Indus

d)

Tamadun Mesir Purba - Sungai Tigris dan Sungai Euphrates

13.

Apakah kepentingan sungai kepada tamadun awal dunia?

a)

Sumber makanan

b)

Sumber air

c)

Perhubungan dan pengangkutan

d)

Suasana permandangan yang indah

e)

Memudahkan kapal perdagangan untuk berlabuh

14.

Raja dalam tamadun Mesopotamia berfungsi sebagai apa? Pilih 2.

a)

Tuhan / Wakil Tuhan

b)

Pemilik negara kota yang berkuasa

c)

Pendeta yang berkuasa

d)

Bangsawan yang kaya

15.

Tulisan tamadun Mesopotamia bermula dengan gambar, seterusnya menjadi simbol yang dikenali sebagai?

a)

Kuneiform

b)

Hieroglif

c)

Piktograf

d)

Holograf

16.

Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia yang penting kepada zaman kini?

a)

Undang-Undang Kod Hammurabi

b)

Kalendar tahunan selama 365 tahun

c)

Hasil cipta sutera

d)

Kemajuan matematik dan geometri

17.

Tamadun Mesir Purba dibahagikan kepada tiga tahap iaitu? Pilih 3.

a)

Kerajaan Purba

b)

Kerajaan Pertengahan

c)

Kerajaan Baru

d)

Kerajaan Akhir

e)

Kerajaan Suku

18.

Raja tamadun Mesir Purba berfungsi sebagai? Pilih 2

a)

Pemilik negara-kota

b)

Raja yang berkuasa mutlak dan suci

c)

Jelmaan Tuhan

d)

Ketua masyarakat dan keluarga

19.

Apakah ciri-ciri tamadun Mesir Purba? Pilih 2.

a)

Kepercayaan selepas mati

b)

Pertanian sebagai kegiatan utama

c)

Kemahiran dalam mencipta roda, sauh, dan bajak

d)

Penciptaan wang syiling

20.

Apakah tulisan yang digunakan dalam Tamadun Mesir Purba?

a)

Hieroglif

b)

Kuneiform

c)

Piktograf

d)

Hologram

21.

Tamadun Indus membina kota yang sistematik. Ia mempunyai dua bahagian iaitu?

a)

Pusat pentadbiran dan agama

b)

Kawasan perumahan

c)

Kawasan perdagangan

d)

Kawasan pelabuhan

22.

Apakah tulisan yang digunakan dalam Tamadun Indus?

a)

Hieroglif

b)

Piktograf

c)

Kuneiform

d)

Hologram

23.

Apakah bangunan tamadun Indus dalam gambar tersebut?

a)

Kolam mandi besar

b)

Piramid

c)

Sfinks

d)

Zigurat

24.

Kuasa maharaja dalam Tamadun Hunang He datang daripada?

a)

Neraka

b)

Bumi

c)

Langit

d)

Syurga

25.

Tamadun Huang He telah mencipta kalendar lunar cina yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Pilihkan 2.

a)

30 hari sebulan

b)

360 hari setahun

c)

24 jam sehari

d)

360 darjah

26.

Siapakah pengasas Kesultanan Johor Riau?

a)

Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Muzaffar Shah

27.

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris dari mana?

a)

Kesultanan Melayu Melaka

b)

Kerajaan Alam Melayu

c)

Kerajaan Siam

d)

Kesultanan Brunei

28.

Di manakah tempat pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau dibina?

a)

Kota Sayong, Sayong Pinang

b)

Kota Tinggi, Johor

c)

Kota Batu, Johor Lama

d)

Kota Kara, Pekan Tua

29.

Mengapakah Kota Kara dipilih sebagai pusat pemerintahan? Pilih 2.

a)

Berhampiran sungai yang lebar untuk memudahkan kapal keluar masuk

b)

Sungai yang mendalam memudahkan kapal besar berlabuh

c)

Berbukit-bukau sesuai menjadi benteng pertahanan

d)

Sumber makanan dan air yang banyak

30.

Selepas Kota Kara diserang dan dimusnahkan oleh Portugis, Kota Sayong dipilih sebagai pusat pemerintahan kerana?

a)

Sungai yang lebar sesuai untuk kapal berlabuh

b)

Sungai yang sempit menyukarkan kapal perang untuk melintasi

c)

Paya bakau yang menyukarkan pergerakan musuh

d)

Berbukit bukau yang sesuai menjadi benteng pertahanan

31.

Pada akhirnya, pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di mana?

a)

Tanjung Batu

b)

Kota Sayong

c)

Kota Kara

d)

Kota Tinggi

32.

Pilihkan 3 (tiga) kuasa yang bersaing untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Acheh

d)

Portugis

33.

Kesultanan Johor Riau berjaya menewaskan beberapa ancaman kuasa. Pilihkan 3 kuasa yang berjaya ditewaskan.

a)

Portugis

b)

Jambi

c)

Raja Kechil

d)

Acheh

34.

Mengapakah pemindahan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau berlaku? Pilih 2.

a)

Keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan

b)

Kekurangan sumber makanan dan air

c)

Mengelakkan diri daripada bencana alam

d)

Muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh

35.

Apakah ciri-ciri kota pertahanan yang dibina oleh Kesultanan Johor Riau? Pilih 2.

a)

Menggunakan askar gajah yang kuat

b)

Pagar dibuat dengan pancang kayu besar

c)

Diperkuatkan dengan bedil dan meriam

d)

Menanam paya bakau untuk pertahanan

36.

Faktor utama Kesultanan Johor Riau dapat menewaskan Portugis ialah?

a)

Mendapat sokongan daripada Melaka

b)

Membuat perjanjian dengan Acheh

c)

Mempunyai kota pertahanan yang kukuh

d)

Menjalinkan hubungan dengan Belanda

37.

Pada pendapat anda, apakah yang dapat anda pelajari daripada kejayaan Kesultanan Johor Riau?

a)

Kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintah

b)

Mencintai alam sekitar untuk generasi muda

c)

Mengeratkan hubungan silaturahim untuk keamanan

d)

Berfikiran kreatif dalam menghadapi cabaran

38.

Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva. Raja Srivijaya digelar sebagai...

a)

Raja di Gunung dan Tuhan di Bumi

b)

Tuhan di Bumi dan Maharaja di Pulau

c)

Raja di Gunung dan Bayangan Tuhan

d)

Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau

39.

Masyarakat dalam kerajaan Majapahit menggunakan tulisan...

a)

Jawa Kuno

b)

Palava

c)

Kawi

d)

Khmer

40.

Undang-undang Laut Melaka ditulis bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Undang-undang ini ditulis pada zaman...

a)

Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

41.

Akibat serangan Portugis ke atas Pekan Tua pada tahun 1535, Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di...

a)

Kota Kara

b)

Kota Batu

c)

Kota Sayong

d)

Kota Lama

42.

Apakah tujuan campur tangan British di Negeri-negeri Melayu?

a)

Mengatasi kekurangan tenaga buruh

b)

Mendapatkan bahan mentah utk kilang mereka

c)

Membantu pemodal menambahkn pelaburan

d)

Menyekat perkembangan pengaruh asing

43.

Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan sehingga Johor mengalami zaman pemodenan pada zaman baginda. Tokoh yang dimaksudkan ialah...

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Maharaja Abu Bakar

d)

Temenggung Daeng Ibrahim

44.

Kepercayaan masyarakat Kerajaan Alam Melayu...

a)

Animisme

b)

Dinamisme

c)

Politisme

d)

Mesolitik

45.

Agama masyarakat Kerajaan Alam Melayu

a)

Hindu

b)

Buddha

c)

Islam

d)

Kristian

46.

Gelaran sultan digunakan selepas

a)

Kedatangan agama Hindu

b)

Kedatangan agama Buddha

c)

Kedatangan agama Islam

d)

Kedatangan agama Kristian

47.

Kerajaan Champa dan Funan raja dipilih dalam kalangan

a)

Guru

b)

Artisan

c)

Tentera

d)

Petani

48.

Raja wanita pernah terjadi dalam kerajaan

a)

Funan

b)

Majapahit

c)

Angkor

d)

Champa

49.

Jenis-jenis pelabuhan di Alam Melayu ialah

a)

Pelabuhan Kerajaan

b)

Pelabuhan Entrepot

c)

Pelabuhan Pembekal

d)

Pelabuhan daerah

50.

Mana ialah

a)

Hati

b)

Perasaan

c)

Semangat

d)

Tingkah laku

51.

Agama Islam tersebar di Majapahit sejak abad ke-

a)

14

b)

15

c)

16

d)

17

52.

Hubungan diplomatik masyarakat Kerajaan Alam Melayu

a)

Hubungan perdagangan

b)

Hubungan persahabatan

c)

Bantuan ketenteraan atau senjata

d)

Perkahwinan

53.

Candi Buddha tinggalan kerajaan Srivijaya

a)

Candi Wat

b)

Candi Bahal

c)

Candi Muara Takus

d)

Candi Muara Sungai

54.

Monumen yang membuktikan penyebaran agama Buddha di Champa?

a)

Candi Sukuh

b)

Candi Go Cay Thi

c)

Candi Dong Duong

d)

Candi Siva-Bhadresvara

55.

Pemerintah Kedah yang memeluk Islam pada tahun 1136

a)

Merah Silu

b)

Malik al-Saleh

c)

Sultan Zainal Abidin

d)

Maharaja Derbar Raja II

56.

Ukiran pada dinding Angkor Thom menggambarkan seni

a)

Ukiran pada bangunan

b)

Bina pusat ibadat

c)

Bina perkapalan

d)

Ukiran candi

57.

Keunikan amalan beragama masyarakat Alam Melayu sebagai simbol

a)

Penyatuan rakyat

b)

Penyatuan kerajaan

c)

Penyatuan golongan agama

d)

Penyatuan raja dan rakyat

58.

Selain sebagai pusat ibadat, masjid juga berfungsi sebagai pusat...

a)

Kebajikan

b)

Pengkajian

c)

Kebudayaan

d)

Perjumpaan

59.

Siapakah yang menyatukan agama Hindu dan Buddha dalam kerajaan Majapahit?

a)

Wu Ping

b)

Hayam Wuruk

c)

Gan Eng Chou

d)

Patih Gajah Mada

60.

Apakah yang dimaksudkan dengan Titisan Dewa?

a)

Tuhan

b)

Kesaktian

c)

Kekuatan

d)

Penjelmaan

61.

Kepentingan seni bina dalam kehidupan...

a)

Politik

b)

Kesenian

c)

Pelayaran

d)

Kesusasteraan

62.

Peranan Candi Borobudur

a)

Pemujaan roh nenek moyang

b)

Pusat ibadat

c)

Perdagangan

d)

Raja berehat

63.

Apakah sistem perundangan yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Sarawak sebelum kedatangan kuasa Barat?

a)

Undang-undang adat

b)

Undang-undang bertulis

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Hukum Kanun Pahang

64.

Antara berikut, hierarki manakah yang paling akhir dalam struktrur masyarakat di Negeri Sembilan?

a)

Buapak

b)

Undang

c)

Ibu Sako

d)

Anak Buah

65.

Masyarakat tempatan di negara kita telah mempunyai sistem sukatan yang tersendiri sebelum kedatangan Barat.


Pilih padanan jawapan yang betul.

a)

1 Kal bersamaan 1 kepul

b)

1 Kal bersamaan 2 kepul

c)

1 Kal bersamaan 1 leng

d)

1 Kal bersamaan 2 leng

66.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN


Apakah negara yang terawal sekali mengalami peristiwa tersebut?

a)

Sepanyol

b)

Portugis

c)

Perancis

d)

Britain

67.

Slogan berikut telah digunakan oleh kuasa Barat untuk menguasai Asia Tenggara.


"BEBAN ORANG PUTIH"


Apakah kuasa Barat tersebut?

a)

Britain

b)

Portugis

c)

Perancis

d)

Belanda

68.

Apakah strategi yang dilakukan oleh Portugis untuk menguasai Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengadakan pakatan

b)

Melakukan desakan

c)

Melancarkan serangan

d)

Melaksanakan manipulasi

69.

Apakah peristiwa yang membawa kepada campur tangan British di Selangor?

a)

Penyerangan Siam

b)

Kegiatan perlanunan

c)

Perebutan takhta

d)

Konflik pembesar

70.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1812 di Lingga, Tengku Abdul Rahman, iaitu putera bongsu telah dilantik menggantikan ayahanda baginda.


Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Pertelingkahan dengan ayandanya

d)

Berkahwin dengan bukan kerabat diraja

71.

Bagaimanakah orang Sumatera mendapat kawasan Batu Uban yang merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang ?

a)

Anugerah daripada Sultan Kedah

b)

Hasil hubungan baik dengan Belanda

c)

Melalui rampasan

d)

Perluasan kuasa

72.

Senarai berikut adalah ancaman yang dihadapi oleh kerajaan Kedah pada abad ke-18.


-Ancaman Bugis

-Ancaman Siam


Apakah tindakan Sultan Kedah untuk mengatasi ancaman tersebut?

a)

Memohon bantuan luar

b)

Mendirikan kubu pertahanan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Melancarkan serangan

73.

Mengapakah British memilih Pulau Pinang untuk memperluas kuasanya?

a)

Sesuai dijadikan pusat pelancongan

b)

Sesuai dijadikan pusat pelabuhan pengumpulan bijih besi

c)

Sesuai dijadikan pangkalan tentera

d)

Sesuai dijadikan pusat pentadbiran

74.

Dialog dibawah mungkin berlaku pada abad ke-19.


William Farquhar :

Nampaknya usaha kita untuk mendapat pengiktirafan pemerintah Johor gagal.


Stamford Raffles :

Jangan putus asa. Kita akan menggunakan muslihat untuk mendapatkan Singapura.


Apakah muslihat yang dimaksudkan dalam dialog di atas?

a)

Mengiktiraf Sultan Abdul Rahman

b)

Melucutkan takhta Sultan Mahmud III

c)

Menabalkan Tengku Hussein sebagai Sultan

d)

Menawarkan hadiah

75.

Apakah kesan Perjanjian London 1824 kepada empayar Kesultanan Johor-Riau?

a)

Pengisyhtiharan kedaulatan Perak

b)

Singapura menjadi tanah jajahan British

c)

Selat Melaka di bawah penguasaan British

d)

Pembahagian Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

76.

Apakah pengajaran daripada peristiwa pembahagian kawasan pengaruh

British dan Belanda kesan daripada perjanjian London 1824?

a)

Bertolak ansur dengan penjajah

b)

Berwaspada terhadap kuasa asing

c)

Kesabaran merupakan kunci kejayaan

d)

Berdisiplin dalam membuat keputusan

77.

Bagaimanakah Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786?

a)

Menghantar penasihat

b)

Melalui tipu muslihat

c)

Memonopoli hasil bumi

d)

Melalui pakatan

78.

Antara berikut, apakah pihak yang terlibat dalam pemeteraian perjanjian pada tahun 1795.


-SURAT KEW-

a)

Itali

b)

Britain

c)

Perancis

d)

Belanda

79.

Apakah kuasa luar yang pernah mengancam Kedah semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa

( 1710 - 1778 )?

a)

Burma

b)

Pattani

c)

Acheh

d)

Bugis

80.

Apakah faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Kepulauan Melayu sekitar abad ke-16?

a)

Penyebaran agama Kristian

b)

Berlakunya revolusi perindustrian

c)

Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

d)

Pelabuhan persinggahan

e)

Barangan mewah

81.

Negara kita dikenali juga sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan.


Apakah manfaat sumber tersebut kepada masyarakat tempatan?

a)

Mempunyai sumber pendapatan yang tetap

b)

Mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi

c)

Mempunyai sifat ingin tahu dan ingin menerokai

d)

Mempunyai sifat mementingkan diri

82.

Peta di atas menunjukkan pembahagian Alam Melayu kepada pengaruh British dan Belanda. Apakah peristiwa yang menyebabkan pembahagian tersebut?

a)

Perang Napoleon

b)

Perjanjian Surat Kew

c)

Perjanjian London 1824

d)

Pembentukan Negeri-negeri Selat

83.

Pada tahun 1826, negeri-negeri dalam peta di atas telah disatukan oleh British di bawah satu pentadbiran.

Mengapakah British menyatukan negeri-negeri tersebut?

a)

Mengukuhkan pertahanan

b)

Menjimatkan perbelanjaan

c)

Menyeragamkan pentadbiran

d)

Mengamalkan perkongsian pakar

84.

Tahun 1819

Pelantikan Residen British yang pertama di Singapura


Tokoh yang terlibat ialah _____________________

a)

Stamford Raffles

b)

Francis Light

c)

John Crowford

d)

William Farquhar

85.

1786

Sultan Abdullah menawarkan Francis Light untuk membuka petempatan di Pulau Pinang


Mengapakah baginda berbuat demikian?

a)

Kemerosotan hasil negeri

b)

Kepentingan perdagangan

c)

Kedaulatan negeri tergugat

d)

Keperluan bekalan bahan mentah

86.

Apakah iktibar yang dapat anda peroleh berdasarkan strategi kuasa Barat di Alam Melayu

a)

Perlunya menepati janji

b)

Berhati-hati dengan anasir luar

c)

Sentiasa berusaha menuntut ilmu

d)

Bertindak mengukuhkan pertahanan

87.

Mengapakah berlaku pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke Pejabat Tanah Jajahan London pada tahun 1876?

a)

Melindungi kaum pendatang

b)

Menjaga hak kaum peribumi

c)

Menjaga kepentingan perdagangan

d)

Mengawal kuasa politik tempatan

88.

Mengapakah kajian terhadap Zaman Prasejarah dilakukan berdasarkan peralatan yang digunakan dan bukannya dalam bentuk tulisan?

a)

Tulisan sukar dibaca

b)

Tulisan telah musnah

c)

Tulisan belum dicipta

d)

Tulisan pelbagai bentuk

89.

Apakah peralatan tersebut?

a)

Sabit

b)

Pisau

c)

Kapak

d)

Tulang mawas

90.

Mengapakah manusia Zaman Neolitik menguruskan mayat dengan teliti?

a)

Mengamalkan animisme

b)

Mempercayai kuasa alam

c)

Mempercayai kehidupan selepas mati

d)

Mewujudkan pembahagian dalam sosial

91.

Apakah Zaman Prasejarah yang dilalui oleh Malaysia?

a)

Zaman Neolitik dan Zaman Logam

b)

Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik

c)

Zaman Peralihan dan Zaman Mesolitik

d)

Zaman Logam dan Zaman Peralihan

92.

Mengapakah Zaman Hoabinhian yang wujud di Asia Tenggara juga dikenali sebagai Zaman Epi-Paleolitik?

a)

Penggunaan alatan kerikil repih

b)

Pembuatan peralatan batu mikrolit

c)

Penggunaan alat menggali dan roda

d)

Penciptaan peralatan penanaman padi

93.

Dalam bukunya yang berjudul Muqaddimah, Ibnu Khaldun memperkenalkan konsep tamadun Islam. Apakah ciri kehidupan yang dimaksudkannya?

a)

Kebebasan beragama

b)

Kesejahteraan hidup kaum

c)

Kemajuan ekonomi masyarakat

d)

Kehidupan berpusat kepada wahyu

94.

Apakah yang membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah?

a)

Penciptaan tulisan

b)

Pembentukan bandar

c)

Pembinaan monumen

d)

Penghasilan karya sastera

95.

Maklumat berikut berkaitan dengan tamadun awal manusia:


"Tanah di antara dua sungai"


Apakah tamadun tersebut?

a)

Tamadun Indus

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

96.

Gambar menunjukkan binaan Zigurat Tamadun Mesopotamia.


Apakah fungsi binaan tersebut?

a)

Kubu pertahanan

b)

Pusat pendidikan

c)

Rumah ibadat

d)

Negara kota

97.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan dalam Tamadun Mesopotamia:


Kod Undang-undang Hammurabi


Apakah kepentingan sistem perundangan tersebut?

a)

Melicinkan pemerintahan dan pentadbiran

b)

Mengelakkan serangan dari luar

c)

Menggalakkan perdagangan

d)

Menjamin hak rakyat

98.

Apakah bentuk kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Animisme dan Hindu

b)

Animisme dan Buddha

c)

Hindu dan Buddha

d)

Animisme dan Dinamisme

99.

Mengapakah masyarakat kerajaan Alam Melayu memuja semangat tanaman?

a)

Amalan nenek moyang

b)

Mencorak nasib mereka

c)

Mendapat hasil yang banyak

d)

Menghindari kesusahan di dunia

100.

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan Alam Melayu di bawah?


  • Funan
  • Majapahit
a)

Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak

b)

Agama Hindu merupakan agama anutan utama pada mulanya

c)

Pusat agama Hindu dan Buddha yang terpenting

d)

Perkembangan agama Hindu menyusuli agama Buddha

101.

Apakah kepentingan Candi Dong Duong di Champa?

a)

Bukti penyebaran agama Kristian

b)

Bukti penyebaran agama Hindu

c)

Bukti penyebaran agama Buddha

d)

Bukti penyebaran agama Hindu-Buddha

102.

Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau merupakan gelaran bagi raja Srivijaya.


Apakah yang dilambangkan dengan gelaran tersebut?

a)

Kesucian raja

b)

Kesaktian raja

c)

Kebesaran kuasa raja

d)

Tanggungjawab raja

103.

Lokasi Melaka di Selat Melaka dikatakan lokasi yang strategik. Mengapakah?

a)

Air sungai yang dalam memudahkan kapal berlabuh

b)

Mempunyai benteng pertahanan

c)

Sering didatangi pedagang asing

d)

Dapat mengawal laluan kapal dagang

104.

Pembesar Kesultanan Melayu Melaka manakah yang mempunyai peranan seperti berikut?


  • Hakim di darat
  • Pegawai protokol istana
a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

105.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kesan daripada pelaksanaan undang-undang tersebut?

a)

Rakyat Melaka bersatu padu

b)

Melaka mencapai kegemilangan

c)

Melaka berjaya meluaskan empayar

d)

Undang-undang adat semakin pupus

106.

Maklumat berikut berkaitan dengan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau:


X

  • Lokasi di Kuala Sungai Telor
  • Sungai yang lebar membolehkan kapal besar keluar masuk
  • Pagar dibuat dengan pancang kayu besar


Apakah nama pusat pemerintahan X?

a)

Kota Kara

b)

Kota Batu

c)

Kota Lama

d)

Kota Sayong

107.

"Beta adalah putera Almarhum Sultan Mahmud Shah II dan takhta Johor adalah milik beta." - Raja Kechil


Bagaimanakah pemerintah Kesultanan Johor Riau menghadapi ancaman tersebut?

a)

Bekerjasama dengan Belanda

b)

Mengenepikan konflik pembesar

c)

Menyatupadukan penduduk Johor

d)

Mendapatkan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara

108.

Perjanjian berikut ditandatangani oleh British dengan Siam:


Perjanjian Sulit British-Siam 6 April 1897


Apakah tujuan British menandatangani perjanjian tersebut?

a)

Menjalin hubungan perdagangan dengan Siam

b)

Menyekat kemaraan Perancis ke Alam Melayu

c)

Mengukuhkan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Utara

d)

Menghalang pertapakan kuasa lain di Negeri-negeri Melayu Utara

109.

Maklumat berikut berkaitan dengan syarat perjanjian antara British dengan Siam:


  • Siam mengawal hubungan luar negeri Kelantan dan Terengganu
  • Kelantan dan Terengganu tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing tanpa izin Siam


Syarat perjanjian tersebut terkandung di dalam...

a)

Perjanjian Burney 1826

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian Sempadan 1899

d)

Perjanjian Pengisytiharan British-Siam 1902

110.

Hasrat British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara tercapai melalui...

a)

Perjanjian Bangkok

b)

Persetujuan Raja-raja Melayu

c)

Pemberian bantuan ketenteraan

d)

Penentuan sempadan dengan Siam

111.

Bagaimanakah British memanipulasikan keadaan di Johor bagi meluaskan pengaruhnya di negeri tersebut pada akhir kurun ke-19?

a)

Memberikan bantuan ketenteraan

b)

Menempatkan seorang konsul British

c)

Menawarkan pinjaman wang

d)

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri

112.

Konsep Alam Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu dari sudut geografi, bahasa dan ..........................

a)

sains

b)

matematik

c)

budaya

d)

ilmu

113.

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga Selatan Thailand.

  • Tokoh X


Siapakah Tokoh X?

a)

Profesor Dr. Ding Choo Ming

b)

Dato' A. Aziz Deraman

c)

Alfred Russel Wallace

d)

Abdul Hadi Haji Hassan

114.

Antara berikut, yang manakah merupakan nilai serumpun yang wujud dalam kalangan masyarakat Alam Melayu?

a)

Permainan gasing

b)

Perdagangan rempah

c)

Gotong - royong

d)

Kematangan pemikiran

115.

Siapakah pemerintah empayar Maurya yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Buddha?

a)

Asoka

b)

Suyavarman

c)

Jayavarman

d)

Chandragupta

116.

Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong. Bilakah kewujudan kerajaan tersebut?

a)

Abad ke-8 Masihi

b)

Abad ke-9 Masihi

c)

Abad ke-10 Masihi

d)

Abad ke-11 Masihi

117.

Gambar di atas merupakan binaan Gapura Bajang Ratu.

Namakan kerajaan awal Alam Melayu yang telah membina binaan candi tersebut.

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

118.

Qutb Minar merupakan seni bina kerajaan luar X yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu sekitar abad ke-14.

Apakah kerajaan luar X?

a)

Kerajaan Turki Uthmaniyah

b)

Kesultanan Delhi

c)

Dinasti Tang

d)

Empayar Mongol

119.

Apakah bentuk hubungan yang terjalin antara kedua-dua buah kerajaan berikut pada abad ketiga Masihi?

China ----> Funan

a)

Hubungan keagamaan

b)

Hubungan ketenteraan

c)

Hubungan perdagangan

d)

Hubungan persahabatan

120.

Apakah kerajaan luar yang pernah menjalinkan hubungan dengan kerajaan Alam Melayu pada abad pertama Masihi?

a)

Dinasti Tang

b)

Kerajaan Chola

c)

Empayar Kushan

d)

Kerajaan Abbasiyah

121.

Singapura ialah wilayah ____________ pada abad ke-16 hingga abad ke - 19

a)

Kesultanan Johor Riau

b)

Kesultanan Melayu Melaka

122.

Bilakah Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura ?

a)

Januari 1819

b)

Mac 1918

123.

Siapakah yang memanipulasi isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau ?

a)

Stamford Raffles

b)

James Harrison

124.

Apakah tujuan Stamford Raffles untuk memanipulasi takhta Kesultanan Johor Riau?

a)

Mahu takhta untuk dirinya sendiri.

b)

Mengesahkan perjanjian bagi mengukuhkan Kuasa British di Singapura

125.

Perjanjian 6 Feb 1819 membuatkan British ________.

a)

kalah perang.

b)

Penempatan British diiktiraf.

126.

Sultan Johor Riau yang mangkat pada tahun 1812

a)

Sultan Mahmud Shah III

b)

Sultan Abdullah II

127.

Perjanjian 2 Ogos 1824 menyebabkan __________.

a)

Singapura Dimiliki oleh Johor Riau

b)

Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya

128.

Siapakah yang mewarisi takhta selepas Sultan Mahmud Shah III.

a)

Tengku Hussein

b)

Tungku Abdul Rahman

129.

Mengapakah Singapura penting kepada British

a)

Pelabuhan British di P.Pinang dan Bangkahulu tidak mampu menyaingi pelabuhan Belanda dan ingin membuat pelabuhan baharu.

b)

Singapura merupakan kawasan tidak strategik untuk pelabuhan.

130.

Mengapakah Tengku Hussein tidak hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan?

a)

Tengku Hussein berada di Pahang

b)

Tengk Hussein berada di Lingga.

131.

Barangan apakah yang British mahukan daripada China?

a)

Teh

b)

Mandarin

132.

Mengapakah British mahukan pelabuhan persinggahan?

a)

Tempat yang boleh digunakan untuk meramal masa hadapan

b)

Tempat membaiki kapal dan mendapatkan bekalan makanan