wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa 2

Total questions: 26

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah:

a)

Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.

b)

Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.

c)

Nah, ambil baju ini dan basuh!

d)

Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.

2.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar:

a)

Sebesar bakul tapak tangan ditadah

b)

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

c)

Tangan memberi, bakul menerima

d)

Nyiru ditadah di atas tangan

3.

Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali:

a)

setiausaha

b)

tandatangan

c)

ibu bapa

d)

matahari

4.

Tukar ayat songsang di bawah menjadi ayat bersusunan biasa.


Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan.

a)

Kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

b)

Amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

c)

Gejala buli dalam kalangan murid amat memerlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung.

5.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokkumentari

d)

dokumentary

6.

Nyatakan pola ayat berikut:


Bakul bulat di atas meja itu daripada daun mengkuang.

a)

FN + FSN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FN

7.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedan ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas,

8.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka mendapat __________________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

9.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Supermokh akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Supermokh akan bermula?

10.

Betulkan kesalahan perkataan bergaris di bawah:


Gunung Everest merupakan gunung yang teramat tinggi sekali di dunia.

a)

teramat tinggi

b)

tinggi sangat

c)

tinggi sekali

d)

sungguh tinggi

11.

Pilih perkataan yang menjelaskan hukum D-M dengan tepat:

a)

goreng pisang

b)

Ali Restoran

c)

pendingin hawa

d)

cili sos

12.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah:


Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif itu telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.

a)

Syarat-syarat

b)

Pertandingan menulis karya kreatif

c)

Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif itu

d)

Pihak penganjur

13.
Haliza membacakan buku cerita itu kepada adiknya sambil _______________.
a)
berseloroh
b)
berseluruh
14.
Motosikal berkuasa tinggi itu __________ dari Itali.
a)
diimport
b)
diemport
15.

1.Encik Borhan ...........beberapa ekor arnab berwarna putih.

a)

menjaga

b)

memelihara

c)

menternak

d)

menyimpan

16.

4.Polis trafik itu.............lalu lintas agar pergerakan kenderaan di Pekan Meru menjadi lancar.

a)

menyekat

b)

menghalang

c)

mengawal

d)

menyusun

17.

6.Penduduk kampung bergotong-royong...........kawasan kampung agar lebih bersih dan indah.

a)

menjaga

b)

membersihkan

c)

menyapu

d)

menyiapkan

18.

"Saya tidak ______ beg yang berat itu." kata Yusof kepada Kong Li.

a)

berangkat

b)

diangkat

c)

terangkat

d)

mengangkat

19.

_____________ buah kawasan di kampung itu telah ditenggelami air.

a)

Beberapa

b)

Semua

c)

Para

d)

Segala

20.

Pasangan pengantin itu diarak ke sekeliling kampung dengan menaiki _______

a)

kereta api

b)

kereta sorong

c)

kereta kuda

d)

kereta lumba

21.

Apabila melakukan sesuatu perkara, kita mestilah melaksanakannya sehingga selesai. Bak kata pepatah __________.

a)

sarang tebuan jangana dijolok.

b)

ada gula ada semut

c)

alah membeli menang memakai

d)

alang-alang mandi biar basah

22.

Ais batu yang dibeli oleh abang sudah cair.


Pilih perkataan antonim bagi cair.

a)

basah

b)

kering

c)

beku

d)

lembap

23.
“Pada pendapat ___________ eloklah kita berangkat ke sana dengan segera,”kata Bendahara Tun Perak kepada Tun Bija Sura.
a)
beta
b)
patik
c)
hamba
d)
tuan hamba
24.
Setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Puasa, Puan Aini membakar beberapa ____________ lemang untuk hidangan keluarganya.
a)
puntung
b)
ruas
c)
bilah
d)
batang
25.
Natasha memberitahu Cikgu Mala ___________ dia tidak dapat hadir kesekolah selama seminggu kerana demam campak.
a)
bahawa
b)
padahal
c)
supaya
d)
apabila
26.
Mak Tijah __________ secubit garam ke dalam masakannya.
a)
kemasukan
b)
memasuki
c)
dimasukkan
d)
memasukkan