NEW
Font size
WorksheetsUjian Tatabahasa
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Farish sering ke warung Pak Sarip. ___________ suka makan soto di situ
Dia
Anda
Awak
Kami
“Keberangkatan Duli Tuanku pada hari ini dibatalkan. __________ gering secara tiba-tiba,” kata Bentara kepada Laksamana.
Beta
Patik
Beliau
Baginda
Antara tugas __________ ialah menulis minit mesyuarat selain urusan surat-menyurat persatuan.
setiausaha
pengerusi
penasihat
bendahari
Kak Shima menerima se __________ cincin berlian sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kelahirannya.
biji
buah
bentuk
pasang
Ainul menggoreng ikan __________ adik Anis sedang menanak nasi.
manakala
sekiranya
setelah
jika
Suasana di __________ sungguh sibuk dengan pelbagai urusan seperti membeli setem, mengepos surat, kiriman wang, dan sebagainya.
balai polis
pejabat pos
bank negara
pejabat sekolah
Kita boleh melancong ke Pulau Tioman dengan menaiki kenderaan berikut kecuali __________
bot laju
feri
kereta
kapal terbang
Peluang pekerjaan di ladang nanas itu hanya terbuka untuk __________ Malaysia sahaja.
kakitangan
bumiputera
antarabangsa
warganegara
Anis Maisara __________ kek itu untuk diagihkan kepada rakan-rakannya.
mengerat
menghiris
menyukat
memotong
Tok Din tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________.
buta gaji
buta hati
buta kayu
buta huruf
Kumpulan Za’ba telah ___________ sebagai juara pertandingan Bicara Berirama peringkat sekolah.
dijuarai
dinobatkan
dimenangi
diiktirafkan
Piliih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Pemuda yang berbaju putih itu sangat biadab terhadap jirannnya .
patuh
sopan
hormat
kurang ajar
Pilih ayat pasif yang betul.
Jualan amal dilakukan oleh murid Tahun 4 Arif.
Murid Tahun 4 Bijak membuat kutipan wang kelas.
Mubin mendengar ceramah cara menyimpan wang.
Mereka membeli bunga sempena Hari Guru.
Piliih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nenek menasihati Najwa supaya belajar bersungguh-sungguh agar berjaya suatu hari nanti.
Nenek dinasihati oleh Najwa supaya belajar bersungguh-sungguh
agar berjaya suatu hari nanti.
Najwa menasihati nenek supaya belajar bersungguh-sungguh
hingga berjaya suatu hari nanti.
Najwa telah dinasihati oleh nenek supaya belajar bersungguh-
sungguh agar berjaya suatu hari nanti.
Najwa dan nenek telah dinasihati olehnya supaya belajar
bersungguh - sungguh agar berjaya suatu hari nanti.
Piliih ayat yang betul.
Di pinggang pengantin lelaki itu terhunus sebilah keris.
Pelbagai barang-barang kraftangan ada dipamerkan di
Karyaneka.
Walaupun baru berusia tiga tahun, anak kecil itu petah mengaji al-
Quran.
Saya masih terkenang-kenang akan peristiwa pahit yang berlaku
lima tahun dahulu.
Terdapat beberapa __________ dakwat pen di poket baju abang setelah dia balik dari sekolah.
titis
calit
tompok
keping
Rumah datuk sedang __________ oleh ayah dan pekerja kerana dapurnya dihempap oleh pokok yang tumbang.
dibaik pulih
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
Cikgu Zaharah meminta Syuhadah membantunya untuk _____________ permaidani di bilik media.
menebarkan
melayangkan
menyusunkan
menghamparkan
Walaupun umur datuk saya sudah ____________ abad, namun dia masih mampu melakukan kerja-kerja berat.
suku
seluruh
separuh
sekalian
Ayah berusaha mencabut paku yang ____________ itu dengan menggunakan tukul besi.
tirus
lurus
condong
bengkok
Kanak-kanak itu _______________ di tepi sawah padi sambil mengejar seekor anak kambing.
berlari-larian
bergesel-geselan
berhimpit-himpitan
berlompat-lompatan
Minumlah susu setiap hari ____________ gigi dan tulang kita kuat.
lalu
agar
sambil
kerana
Murid-murid terpaksa _______________ untuk menjawab soalan matematik itu.
berat hati
memerah otak
senyum kambing
mengikut telunjuk
Sultan berasa gembira mendengar berita bahawa kudanya telah berjaya diselamatkan oleh Laksamana Hang Tuah.
Baginda telah menghadiahkan ____________ kepada Laksamana Hang Tuah.
sepersalinan pakaian
seuntai kalung mutiara
sebuah lancang kuning
sebilah pedang panjang
Pak Ismail membatalkan hasratnya untuk mengail di sungai kerana hari agak redup.
Pilih perkataan sinonim bagi redup
cerah
kelam
suram
mendung
Hanya orang yang bersemangat kental sahaja yang dapat menamatkan ekspedisi lumba basikal itu.
Pilih perkataan antonim bagi kental
lemah
longlai
lembut
lembap
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kaki adik melecet kerana memakai kasut ketat.
II Syuhadah mengikat bungkusan itu dengan ketat.
III Peraturan untuk menghadiri majlis itu sungguh ketat.
IV Keadaan di dewan itu ketat dengan penonton yang ramai.
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
“ Nampaknya kita terpaksa _____________ dengan sekeping roti setiap seorang sementara menunggu nasi ini masak,” kata kakak.
ikat perut
alas perut
makan hati
makan garam
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Suhaila meminjam dua buah novel di Perpustakaan Desa Kampung Kuantan.
Dua buah novel dipinjam oleh Suhaila di Perpustakaan Desa Kampung
Perpustakaan Desa Kampung Kuantan meminjam dua buah novel dari Suhaila.
Suhaila pergi ke Perpustakaan Desa Kampung Kuantan untuk
meminjam dua buah novel.
Perpustakaan Desa Kampung Kuantan adalah tempat Suhaila
meminjam buku
Pilih ayat yang betul.
Yang merah itu tidak kereta ayah saya.
Rahim bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan.
Wah, sampainya hati kamu membiarkan dia seorang diri pagi tadi !
Tahir berjanji telah menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.
