wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ANEKA PILIHAN 2008 SPM PENDIDIKAN ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

· Mengubah konsep ibadat

· Menolak syariat Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri

a)

ajaran sesat

b)

amalan syirik

c)

ajaran samawi

d)

amalan taqiyyah

2.

Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

sihir

b)

nifak

c)

syirik

d)

khurafat

3.

Hukuman terhadap orang yang melakukan qazaf (menuduh seorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil) ialah

a)

dipenjara

b)

dibuang daerah

c)

40 kali sebatan

d)

80 kali sebatan

4.

Antara hikmah diharamkan qazaf ialah

a)

menjamin kesihatan fizikal

b)

menjamin hubungan sosial yang baik

c)

menggalakkan sifat suka berterus terang

d)

menggalakkan sifat suka tolong menolong

5.

Seseorang wanita haram dikahwini disebabkan hubungan penyusuan

Antara syarat pengharaman hubungan tersebut ialah

a)

mempunyai hubungan kekeluargaan

b)

umur kanak-kanak melebihi dua tahun

c)

wanita yang menyusukan itu telah berkahwin

d)

menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang

6.

Berikut ialah ciri-ciri mukmin yang mencapai tahap kemanisan iman kecuali

a)

mengerjakan ibadat wajib

b)

mengasihi sesama manusia kerana Allah

c)

membenci kekufuran kerana takut azab api neraka

d)

mencintai Allah SWT dan rasulNya melebihi segala-galanya

7.

Mengunjungi Baitullah al Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Pernyataan di atas ialah pengertian

a)

haji

b)

tawaf

c)

umrah

d)

miqat

8.

· Berada di Arafah

Gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah

Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

a)

wukuf

b)

bercukur

c)

niat ihram

d)

melontar Jumrah

9.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat sai

a)

Haji sah tetapi dikenakan dam jika meninggalkannya

b)

Wajib mengambil wudhuk apabila mengerjakannya

c)

Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah

d)

Wajib masuk ke tempat sai melalui pintu Safa

10.

Isteri dalam idah kerana kematian suami dilarang melakukan perkara-perkara berikut kecuali

a)

berkahwin dengan lelaki lain

b)

berhias diri semasa berada di dalam dan diluar rumah

c)

menerima pinangan yang dilakukan secara terang

d)

keluar rumah kerana keperluan yang dibenarkan syarak

11.

Antara yang berikut manakah bukan hikmah walimatul urus

a)

Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah

b)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah

c)

Melambangkan kasih sayang antara suami isteri

d)

Menggambarkan kegembiraan atas ikatan perkahwinan

12.

Penerima

Pemberi

Barang

Sighah (Akad)


Perkara di atas merujuk kepada ________ hutang

a)

ciri

b)

rukun

c)

hikmah

d)

syarat sah

13.

Pilih susunan wali nikah yang betul

a)

Bapa – Datuk – Bapa saudara sebelah ibu

b)

Bapa – Datuk – Saudara lelaki seibu sebapa

c)

Datuk – Bapa – Bapa saudara seibu sebapa

d)

Datuk – Bapa – Saudara lelaki sebapa

14.

Kekuatan ekonomi Kerajaan Bani Umayyah ialah

a)

pertanian dan perdagangan

b)

perlombongan dan pertanian

c)

perlombongan dan perindustrian

d)

perindustrian dan perdagangan

15.

Pilih tiga pernyataan yang menunjukkan faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umayyah

a)

penentangan rakyat terhadap pemerintah

b)

campurtangan negara luar dalam pemerintahan

c)

sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab

d)

segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian tuntutan Islam

16.

Diwan al Jund pada zaman kerajaan Bani Abasiyah dikaitkan dengan

a)

pentadbiran

b)

ketenteraan

c)

pendidikan

d)

kewangan

17.

Berikut adalah faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Abasiyah kecuali

a)

kestabilan politik

b)

kekuatan ekonomi

c)

kedudukan Baghdad yang strategik

d)

sokongan padu daripada negara-negara jiran

18.

Pilih dua pernyataan yang menunjukkan kesan pembaharuan islah yang dibawa oleh Syyid Jamaludin al Afghani

a)

mengutamakan ilmu fardhu kifayah

b)

mendokong amalan budaya hidup barat

c)

membangkitkan semangat jihad menentang penjajah

d)

mengembalikan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar

19.

Gelaran al Syafie kepada Imam Muhammad bin Idris rahimahullah adalah sempena nama

a)

anaknya

b)

datuknya

c)

tempat lahirnya

d)

gurunya yang masyhur

20.

Imam al Bukhari rahimahullah terkenal sebagai ahli

a)

fikah

b)

tafsir

c)

hadis

d)

tauhid