Font size
WorksheetsANEKA PILIHAN 2010 SPM PENDIDIKAN ISLAM
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Akidah orang mukmin boleh terpesong dengan cara
menziarahi tempat ajaran sesat
memohon hajat di kubur keramat
melawat rumah ibadat agama lain
menghadiri pengkebumian orang bukan Islam
Pernyataan di bawah tepat mengenai sihir kecuali
bertujuan mengelirukan manusia
mengkhianati amanah yang diberikan
ilmu yang dikaitkan dengan bantuan syaitan
boleh memcahbelahkan pasangan suami isteri
Pilih dua pernyataan yang merupakan akibat perbuatan sihir terhadap individu?
Merosakkan harta awam
Mencetuskan pergaduhan
Membazirkan harta, tenaga dan masa
Menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT
Antara yang berikut yang manakah benar mengenai syirik khafi?
Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Meminta hajat daripada kubur keramat
Mengaku nabi Isa a.s sebagai anak tuhan
Memakai tangkal azimat untuk melindungi diri
Pilih dua pernyataan yang merujuk kepada amalan yang boleh meningkatkan iman
Menunaikan solat fardhu
Mentaati kedua ibu bapa
Sentiasa membaca al Quran
Sentiasa menghadiri majlis ilmu
Perkara wajib Umrah
Meninggalkan larangan semasa ihram
R
R dalam pernyataan di atas ialah
tawaf di Baitullah
berniat ihram di miqat
bermalam di Muzdalifah
melontar di jamrah Aqabah
Pilih dua pernyataan yang merujuk kepada perkara-perkara yang membatalkan syarikat
Seorang rakan kongsi sakit tenat
Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan
Syarikat dibatalkan oleh seorang rakan kongsi
Seorang daripada rakan kongsi berhijrah ke luar negara
Memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah haji
Mengambil masa yang singkat untuk mengerjakan haji dan umrah
Peryataan di atas merupakan kelebihan haji __________
Ifrad
Qiran
Badal
Tamattuk
- Memulakan penghidupan bayi dengan penghayatan Islam
- Tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah
tahnik
akikah
bercukur
berkhatan
Boleh berlaku perceraian
Boleh dipukul dengan tujuan mendidik
Pernyataan di atas merujuk kepada akibat
nusyuz
khuluk
fasakh
talak
Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri
Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan
Pernyataan di atas merujuk kepada
meminang
mas kahwin
pernikahan
walimatulurus
Tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam ialah untuk
memelihara maruah
mendapat ganjaran pahala
menjamin perkahwinan itu sah
merapatkan hubungan silaturrahim
Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan
Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir
Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah
Idah
rujuk
talak
fasakh
Encik Sulaiman telah menziharkan isterinya
Berikut ialah kifarah yang boleh dikenakan terhadapnya kecuali
memerdekakan seorang hamba mukmin
memberi makan 60 orang miskin
berpuasa dua bulan berturut-turut
bertaubat nasuha kepada AllahSWT
Kuttab yang didirikan pada zaman Khulafak Al Rasyidin khusus sebagai tempat belajar untuk golongan
kanak-kanak
bangsawan
buta huruf
kurang kemampuan
Antara yang berikut, manakah sumbangan Saidina Umar bin al Khatab radiallahuanhu semasa menjadi khalifah?
Mengarahkan mengumpul tulisan al Quran
Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran negara
Faktor-faktor berikut mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan pada zaman kerajaan Bani Abasiyah kecuali
penyelidikan dan penulisan
perkembangan sains dan teknologi
penggunaan peralatan yang canggih
pengaruh keilmuan daripada negara Eropah
Pilih dua pernyataan yang merupakan faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan Bani Abasiyah
Usaha dan galakan khalifah
Pembukaan wilayah-wilayah baru
Pembinaan pelabuha-pelabuhan baru
Aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Imam Malik rahimahullah
Bapanya bernama Anas
Lahir di Madinah
Terkenal sebagai Tokoh Falsafah
Mengarang Kitab al Muwattok
Ihya Ulumuddin dan Tahafut al Falasifah ialah karya
Imam Malik rahimahullah
Imam Bukhari rahimahullah
Imam al Ghazali rahimahullah
Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
