Font size
WorksheetsSAINS Ting2 Air & LArutan II
Total questions: 30
Worksheet time: 3hrs 30mins
Pernyataan manakah adalah sifat air tulen?
tidak berbau
tidak berwarna
berasid
membeku pada 0°C di bawah tekanan biasa
Pada suhu berapakah air laut mendidih di bawah tekanan biasa?
96°C
100°C
104°C
Tidak mendidih
Rajah menunjukkan proses air. Apakah Proses P dan Proses L?
P : Pembekuan
L : Pendidihan
P : Pendidihan
L : Kondensasi
P : Kondensasi
L : Peleburan
P : Peleburan
L : Pemejalwapan
Apakah perubahan yang berlaku kepada air pada takat leburnya?
cecair kepada gas
gas kepada pepejal
pepejal kepada cecair
cecair kepada pepejal
Apakah ciri-ciri fizikal air?
konduktor haba yang baik
berbau
konduktor elektrik yang lemah
berwarna
Rajah menunjukkan pakaian yang sedang dijemur. Apakah faktor yang menyebabkan pakaian mengering lebih cepat?
kelembapan udara yang lebih tinggi
hari hujan
suhu di sekeliling yang sangat sejuk
pergerakan udara yang laju
Apakah kesan aktiviti seperti dalam rajah terhadap takat lebur ais dan takat didih air suling?
garam biasa menurunkan takat lebur ais
garam biasa menaikkan takat lebur ais
garam biasa menurunkan takat didih air suling
garam biasa tidak memberi sebarang perubahan pada takat lebur ais.
Pada peringkat yang manakah alum ditambahkan ke dalam loji rawatan air?
penapisan
penggumpalan
penurasan
pengenapan
Mengapakah asid sulfurik cair ditambahkan ke dalam air suling?
untuk menghasilkan lebih banyak atom hidrogen
untuk menghasilkan lebih banyak atom oksigen
untuk mempercepatkan penguraian air
untuk membuatkannya mengalirkan elektrik dengan lebih baik
Mengapakah alum dan kapur mati ditambah ke dalam air semasa rawatan air?
Alum : Untuk mengumpul sedimen kepada ketulan yang besar
Kapur mati: Untuk mengurangkan keasidan air
Alum : Untuk mengurangkan keasidan air
Kapur mati: Untuk membunuh mikroorganisma di dalam air
Alum : Untuk membunuh mikroorganisma di dalam air
Kapur mati: Untuk mengurangkan keasidan air
Alum : Untuk mengumpul sedimen kepada ketulan yang besar
Kapur mati: Untuk membunuh mikroorganisma di dalam air
Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai sifat fizik air tulen?
Tidak berwarna
Takat didih melebihi 100°C
Takat beku kurang daripada 0°C
Ketumpatan iaitu 0.1 g cm-3
Rajah menunjukkan tuala lembap tergantung pada ampaian di tempat terbuka. Apakah faktor-faktor menyebabkan tuala kering dengan lebih cepat?
angin
udara lembap
cahaya matahari terik
tuala dilipat
Antara peringkat berikut, yang manakah tidak terdapat dalam loji rawatan air di Malaysia?
pengudaraan
pengklorinan
pemfluoridaan
penapisan
Proses yang manakah digunakan untuk mengasingkan komposisi air?
elektrolisis
hidrolisis
fotosintesis
simbiosis
Rajah menunjukkan radas yang digunakan untuk mengkaji takat beku air. Apakah bacaan termometer P dan Q pada akhir eksperimen?
P : O°C
Q : O°C
P : O°C
Q : -2 °C
P : -2 °C
Q : -2 °C
P : -2 °C
Q : O°C
Gula larut lebih cepat di dalam air teh yang panas. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan air teh itu?
kadar kacauan
suhu
saiz zat terlarut
jumlah luas permukaan
Pernyataan yang manakah BENAR?
air merupakan satu campuran
air terdiri daripada oksigen dan hidrogen
komposisi unsur di dalam molekul air boleh ditentukan dengan elektrolisis
garam yang dicampurkan dengan air tidak akan mempengaruhi takat didih air
Foto menunjukkan seorang petani sedang menyembur racun perosak. Apakah yang boleh dicadangkan kepada para petani untuk mengurangkan pencemaran air?
sembur racun perosak dengan lebih kerap
menggunakan racun perosak yang bersifat terbiodegradasi
menggunakan racun perosak yang bersifat tidak terbiodegradasi
menggunakan racun perosak yang berkualiti tinggi
Proses pembersihan air melibatkan beberapa peringkat. Antara berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang peringkat pembersihan air.?
pengoksidaan ialah proses menambah klorin ke dalam air untuk menyingkirkan bau dan rasa
penggumpalan ialah proses mencampurkan kapur mati untuk mengurangkan keasidan air
pemfluoridaan ialah proses memasukkan natrium fluorida untuk mengelakkan pereputan gigi
pengenapan ialah proses pemendapan bahan terampai di dasar tangki
Air bergerak dari akar ke daun melalui xilem. Apakah nama fenomena ini?
tegangan permukaan
tindakan kapilari
daya lekitan
daya lekatan
Pernyataan yang manakah BUKAN ciri penyejatan air?
proses berlaku di permukaan air
air bertukar kepada wap air
molekul- molekul air di permukaan lebih bertenaga
proses yang berlaku pada takat didih
Serangga seperti ayak-ayak boleh terapung di permukaan air kerana air mempunyai ____________ yang tinggi.
daya lekatan
daya lekitan
tegangan permukaan
tindakan kapilari
Yang manakah TIDAk mempengaruhi keterlarutan zat terlarut?
jenis pelarut
suhu pelarut
jenis zat terlarut
warna zat terlarut
Bahan manakah yang MELARUT di dalam air?
garam
petrol
minyak masak
serbuk pencuci
Yang manakah kegunaan pelarut organik turpentin?
membuat antiseptik
melekatkan plastik
mencairkan cat dan varnis
menghasilkan minyak wangi
Rajah menunjukkan proses penyulingan air lumpur. Apakah tujuan proses ini dijalankan?
menghasilkan air tulen
membuat air minuman
menyingkirkan bendasing dari air
meneutralkan asid
Gula ditambah kepada air dan dikacau sehingga tiada gula yang boleh melarut. Pernyataan yang manakah BENAR mengenai campuran tersebut?
campuran menjadi larutan cair
gula akan melarut jika campuran dipanaskan
lebih banyak gula tidak akan melarut jika air ditambahkan
gula yang tidak larut akan melarut jika campuran itu dibiarkan
Rajah menunjukkan susunan radas untuk eksperimen elektrolisis air. Pernyataan manakah yang BENAR?
Gelembung gas dibebaskan di kedua-dua elektrod
Gas K mengeruhkan air kapur
Gas L memadamkan kayu uji menyala dan bunyi 'pop' kedengaran
Nisbah isipadu gas K kepada gas L ialah 2 : 1
Rajah menunjukkan susunan radas untuk eksperimen elektrolisis air. Namakan gas K dan gas L.
K : Oksigen
L : Hidrogen
K : Hidrogen
L : Oksigen
K : Karbon dioksida
L : Hidrogen
K : Oksigen
L : Nitrogen
Baju Encik Rama telah terkena dakwat. Apakah pelarut organik yang sesuai digunakan supaya kotoran tersebut dapat ditanggalkan?
turpentin
kloroform
amil asetat
alkohol
