NEW
Font size
WorksheetsBAB 1 PENGENALAN EKONOMI
Total questions: 13
Worksheet time: 9mins
Antara yang berikut manakah menjadi asas kewujudan ilmu ekonomi?
A Usaha manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak
dalam kehidupan seharian mereka
B Usaha manusia untuk menyeimbangkan pelbagai keinginan
dengan sumber ekonomi yang ada
C Usaha manusia dalam menggunakan semua sumber
ekonomi yang ada
D Usaha manusia untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia
A menyelesaikan masalah asas ekonominya
B mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat
C memenuhi kehendak berdasarkan sumber yang
dimiliki
D menyeimbangkan jurang antara golongan kaya dan
miskin
Mengapakah seseorang individu boleh dilabelkan sebagai usahawan?
A Mempunyai matlamat untuk memaksimumkan Keuntungan
B Bersifat kreatif dan inovatif
C Sanggup menghadapi risiko kerugian
D Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
Apakah tujuan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan?
A Memaksimumkan kos pengeluaran dan meminimumkan
keuntungan
B Memaksimumkan kebajikan rakyat dengan menyediakan
barang awam
C Memaksimumkan kepuasan pengguna dengan
menyediakan barang sosial
D Meminimumkan kebajikan masyarakat dengan
mengurangkan kos social
Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.
"Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan".
Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan
keluaran
kepuasan
kebajikan
keuntungan
Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang akan dijalankan?
A Memaksimumkan kepuasan
B Memaksimumkan keuntungan
C Meminimumkan kos pengeluaran
D Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat
Seorang penganggur telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelayan restoran. Kos lepas untuk keputusan penganggur tersebut adalah
A masa luang yang terpaksa dilepaskan
B upah yang diterima sebagai pelayan resto
C kos latihan yang terpaksa ditanggung oleh pemilik restoran
D kos pengangkutan yang ditanggung berulang alik ke tempat
kerja
Andaian yang digunakan untuk membina sebuah kelik kemungkinan pengeluaran ialah
I Tiada pengangguran di dalam ekonomi
II Ekonomi mengeluarkan barangan
III Tingkat teknologi semakin berkembang
IV Sumber ekonomi tetap dan terhad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.
"Barangan dikeluarkan berdasarkan permintaan masyarakat"
Apakah masalah asas ekonomi tersebut?
A Apa yang hendak dikeluarkan?
B Berapa yang hendak dikeluarkan?
C Bagaimana hendak dikeluarkan?
D Untuk siapa hendak dikeluarkan?
Syarikat Kejora mengeluarkan makanan ringan dan memerlukan sumber ekonomi untuk menghasilkan keluaran tersebut. Apabila mendapati ramai buruh yang menganggur di kawasan tesebut,syarikat memilih untuk menggunakan 25 orang buruh.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syarikat tersebut?
I Jenis barang yang hendak dikeluarkan
II Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
III Kaedah barang hendak dikeluarkan
IV Corak agihan barang yang hendak dikeluarkan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh Dapur Rayhan Sdn. Bhd.
"Dapur Rayhan telah mengeluarkan pelbagai jenis pastri dan kek. Pekerja yang bekerja dikilang tersebut terdiri daripada 15 orang wanita tempatan".
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Dapur Rayhan?
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Berapa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa dikeluarkan
A I dan IV
B II dan IV
C II dan IV
D I dan III
Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan makanan
"Penggunaan teknologi nano dalam pengeluaran daging dingin beku membolehkan penghasilan makanan bermutu tinggi"
Penyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi
A apa dan untuk siapa dikeluarkan
B bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan
C apa dan bagaimana hendak dikeluarkan
D bagaimana dan berapa hendak dikeluarkan
Bagaimanakah sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi?
I Jenis barang ditentukan oleh pengeluar
II Kuantiti barang ditentukan oleh pengguna
III Kaedah pengeluaran berdasarkan untung maksimum
IV Agihan barang berdasarkan corak agihan pendapatan
masyarakat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
