wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS Ting2 BIodiversiti & Ekosistem

Total questions: 45

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menghuraikan BIODIVERSITI?

a)

kepelbagaian benda yang terdapat di Bumi

b)

kepelbagaian haiwan yang terdapat di Bumi

c)

kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di Bumi

d)

kepelbagaian benda hidup yang terdapat di Bumi

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan biodiversiti?

a)

Merupakan sumber ubat-ubatan

b)

Merupakan sumber bahan mentah industri

c)

Merupakan sumber untuk pemburu

d)

Merupakan sumber udara segar

3.

Mengapakah lintah TIDAK boleh dikelaskan bersama dengan lipan?

a)

Lipan mempunyai banyak pasang kaki manakala lintah tiada kaki

b)

Badan lipan tidak bersegmen manakala badan lintah bersegmen

c)

Lipan tinggal di dalam air manakala lintah tinggal di tanah

d)

Badan lipan lembut manakala badan lintah keras

4.

Organisma yang manakah dikelaskan sebagai HOMOIOTERMA?

a)

Ikan

b)

Katak

c)

Kuda

d)

Unta

5.

Organisma yang manakah dikelaskan sebagai POIKILOTERMA?

a)

Ular

b)

Katak

c)

Monyet

d)

Unta

6.

Rajah berikut menunjukkan sepohon pokok T. Pokok T dikelaskan sebagai tumbuhan monokotiledon kerana ia mempunyai..

a)

akar serabut

b)

daun berurat jejala

c)

biji dengan dua kotiledon

d)

banyak bunga

7.

Foto menunjukkan sepohon pokok durian. Apakah ciri-ciri pokok durian?

a)

akar serabut

b)

daun berurat jejala

c)

biji dengan dua kotiledon

d)

sedikit bunga

8.

Rajah menunjukkan klasifikasi tumbuhan. Yang manakah mewakili tumbuhan R?

a)

Pokok jagung

b)

Pokok pisang

c)

Pokok bunga mawar

d)

Pokok betik

9.

Aktiviti manusia yang manakah dapat memulihara dan memelihara alam sekitar?

a)

pemburuan

b)

pembalakan

c)

penghutanan semula

d)

pembangunan kawasan perumahan baharu

10.

Rajah menunjukkan siratan makanan. Organisma manakah berada di tapak dan puncak piramid nombor?

a)

Tapak : Ulat beluncas

Puncak : Burung pipit

b)

Tapak : Pokok jagung

Puncak : Burung pipit

c)

Tapak : Burung helang

Puncak : Pokok jagung

d)

Tapak : Pokok jagung

Puncak : Burung helang

11.

Maklumat menunjukkan ciri-ciri seekor haiwan. Haiwan yang manakah memiliki ciri-ciri tersebut?

a)

siput

b)

semut

c)

cacing tanah

d)

kala jengking

12.

Aktiviti manakah merupakan kaedah pemuliharaan biodiversiti?

a)

penyahhutanan untuk membuka lebih banyak kawasan penanaman pokok bunga

b)

menjalankan aktiviti pemeliharaan in situ

c)

mewujudkan tapak semaian anak benih tumbuhan yang mempunyai nilai komersial

d)

membina zoo dan taman botani dalam aktiviti pemuliharaan ex situ

13.

Yang manakah BUKAN kepentingan biodiversiti?

a)

sebagai sumber makanan

b)

sebagai tempat rekreasi

c)

kawasan pembangunan perumahan

d)

digunakan dalam perubatan

14.

Yang manakah menunjukkan ciri-ciri IKAN?

a)

Poikiloterma

b)

Bernafas melalui peparu

c)

Homoioterma

d)

Melakukan persenyawaan luar

15.

Foto menunjukkan sejenis haiwan. Pernyataan manakah menerangkan ciri organisma tersebut?

a)

berkaki dan badan tanpa segmen

b)

tidak berkaki dan badan bersegmen

c)

tidak berkaki dan badan tanpa segmen

d)

berkaki dan badan bersegmen

16.

Rajah menunjukkan tumbuhan paku pakis. Pernyataan yang manakah menerangkan ciri paku pakis?

a)

membiak dengan menghasilkan spora

b)

tumbuhan bukan vaskular

c)

membiak dengan menghasilkan kon

d)

mempunyai akar, batang dan daun yang nyata

17.

Foto menunjukkan pokok bunga matahari. Manakah menunjukkan ciri pokok bunga matahari.

a)

monokotilledon

b)

dikotiledon

c)

berakar serabut

d)

tidak mempunyai vaskular

18.

Yang manakah menunjukkan haiwan-haiwan yang dikelaskan dalam kumpulan yang BETUL?

a)

Ikan badut, belut, ikan paus

b)

Burung hantu, itik, salamander

c)

Kelawar, zirafah, harimau

d)

Penyu, iguana, katak

19.

Tumbuhan manakah mempunyai ciri yang SAMA dengan pokok padi?

a)
b)
c)
d)
20.

Maklumat menunjukkan ciri-ciri haiwan H. Yang manakah haiwan H?

a)

Singa

b)

Ular

c)

Katak

d)

Ayam

21.

Rajah menunjukkan organisma-organisma dan aliran tenaga dalam satu ekosistem. Apakah sumber UTAMA aliran tenaga dalam ekosistem itu?

a)

Burung pipit

b)

Helang

c)

Pokok jagung

d)

Matahari

22.

Yang manakah BUKAN pengeluar?

a)

kulat

b)

orkid

c)

alga

d)

kaktus

23.

Rajah menunjukkan satu rantai makanan di sawah padi. Apakah yang berlaku kepada populasi tikus dan helang, jika bilangan ular BERKURANGAN dengan banyak?

a)

Populasi tikus : Berkurang

Populasi helang : Berkurang

b)

Populasi tikus : Meningkat

Populasi helang : Berkurang

c)

Populasi tikus : Berkurang

Populasi helang : Meningkat

d)

Populasi tikus : Meningkat

Populasi helang : Meningkat

24.

Pernyataan manakah TIDAK benar?

a)

Air diserap oleh akar tumbuhan dari tanah dan dibebaskan ke atmosfera melalui proses transpirasi

b)

Akara tumbuhan mencengkam tanah untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah

c)

Tumbuhan menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida melalui respirasi

d)

Tumbuhan dan haiwan mati diurai oleh bakteria dan membebaskan oksigen

25.

Antara organisma berikut, yang manakah adalah PARASIT?

a)

Buran

b)

Ikan remora

c)

Cacing pita

d)

Pakis sarang burung

26.

Interaksi manakah digunakan dalam KAWALAN BIOLOGI?

a)

Mangsa-pemangsa

b)

Komensalisme

c)

Simbiosis

d)

Mutualisme

27.

Faktor manakah yang mempengaruhi migrasi haiwan dalam suatu ekosistem?

a)

perubahan cuaca

b)

udara yang tidak tercemar

c)

sumber makanan yang mencukupi

d)

perlancongan

28.

Aktiviti-aktiviti manakah menganggu keseimbangan alam?

a)

pembukaan tanah hutan yang berlebihan untuk tujuan pertanian

b)

tanam semula pokok yang sudah ditebang

c)

mewujudkan hutan simpan dan taman botani

d)

membuang bahan buangan industri yang tidak terawat ke dalam sungai

29.

Yang manakah BUKAn disebabkan oleh penyahhutanan?

a)

hakisan tanah

b)

kepupusan

c)

tanah runtuh

d)

hujan asid

30.

Apakah kesan pertanian terhadap alam sekitar?

a)

Pencemaran air

b)

Hujan asid

c)

Banjir kilat

d)

Pencemaran udara

31.

Dalam siratan makanan, yang manakah ialah sumber tenaga UtAMA?

a)

Pengurai

b)

Pengeluar

c)

Cahaya matahari

d)

Pengguna primer

32.

Di sebuah sawah padi, terdapat organisma berikut. Organisma yang manakah berfungsi sebagai pengguna SEKUNDER?

a)

Ayam

b)

Belalang

c)

Padi

d)

Burung helang

33.

Rajah menunjukkan suatu siratan makanan. Organisma manakah merupakah PENGGUNA SEKUNDER dan TERTIER dalam rajah tersebut?

a)

Burung pipit

b)

Belalang

c)

Ular

d)

Helang

34.

Proses berikut menggunakan OKSIGEN kecuali

a)

Respirasi

b)

Penguraian

c)

Fotosintesis

d)

Pembakaran

35.

Antara pasangan berikut, proses yang manakah saling berkaitan ?

a)

Transpirasi dan Fotosintesis

b)

Fotosintesis dan Respirasi

c)

Penguraian dan Respirasi

d)

Respirasi dan Transpirasi

36.

Pernyataan yang manakah tentang KITAR KARBON adalah BENAR?

a)

Karbon dikembalikan ke tanah melalaui pernafasan haiwan

b)

Karbon dioksida tidak boleh digunakan oleh tumbuhan

c)

Pereputan membebaskan karbon dioksida ke atmosfera

d)

Tumbuhan mendapat karbon daripada organisma lain dalam siratan makanan

37.

Apakah istilah yang menghuraikan sekumpulan organisma yang mempunyai ciri yang serupa dan boleh membiak antara satu sama lain?

a)

Famili

b)

Spesies

c)

Populasi

d)

Komuniti

38.

Simbiosis ditunjukkan oleh interaksi berikut KECUALI

a)

Persaingan

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

39.

Interaksi yang manakah TIDAK digunakan dalam kawalan biologi?

a)

Mangsa-pemangsa

b)

Parasitisme

c)

Komensalisme

d)

Persaingan

40.

Bagaimanakah aktiviti pertanian oleh manusia membawa kesan negatif terhadap alam sekitar?

a)

Ia menyebabkan pembentukan hujan asid dalam alam sekitar

b)

Ia menyebabkan kesan rumah hijau

c)

Ia menyebabkan saliran air tersumbat

d)

Ia menyebabkan pencemaran air

41.

Antara berikut tidak termasuk dalam konsep 5R?

a)

Reduce

b)

Repurpose

c)

Reproduce

d)

Recycle

42.

Manakah menunjukkan ciri-ciri benda hidup.?

a)

membiak

b)

pegun

c)

bernafas

d)

membuat makanan sendiri

43.

Huraian yang manakah BENAR bagi maksud KARNIVOR PRIMER?

a)

pengguna yang makan tumbuhan

b)

Haiwan yang makan herbivor

c)

Haiwan yang makan karnivor primer

d)

Tumbuhan hijau yang membuat makanan

44.

Habitat yang manakah betul bagi BERUANG KUTUB.?

a)

Laut

b)

Gurun

c)

Tundra(kawasan Artik)

d)

Kolam

45.

Habitat yang manakah betul bagi KAKTUS.?

a)

Laut

b)

Gurun

c)

Tundra(kawasan Artik)

d)

Kolam