wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MORAL EDUCATION (TEST 1)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah maksud/definisi moral. Pilih jawapan yang tepat.

a)

satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang seperti kod etika perguruan , guaman, perubatan, etika pelajar dan sebagainya.

b)

kualiti perbuatan manusia yang dengannya dapat dikatakan samada perbuatan itu benar ataupun buruk.

c)

sifat-sifat dalam diri atau jiwa yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

d)

perangai atau tingkahlaku, tabiat, kepercayaan, pegangan ataupun agama.

2.

Dari sudut bahasa:daripada perkataan Arab iaitu ‘khuluk’ yang bermaksud perangai atau tingkahlaku, tabiat, kepercayaan, pegangan ataupun agama.


Manakala dari sudut istilah: sifat-sifat dalam diri atau jiwa yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.


Berdasarkan definisi/maksud yang diberi, pilih elemen yang betul.

a)

moral

b)

etika

c)

akhlak

d)

aplikasi moral

3.

Antara jawapan yang berikut, pilih pernyataan yang berkaitan dengan sifat tidak beretika?

a)

Beratur ketika menunggu giliran .

b)

Berpakaian kemas mengikut peraturan organisasi.

c)

Melayan pelanggan dengan sopan.

d)

Melambat-lambatkan proses kerja.

4.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan akhlak.

a)

Akan memberi kesan kepada seseorang dan akan merasa kepuasan apabila melakukan kebaikan.

b)

Keadaan masyarakat yang berkehendakkan & bukannya lahir daripada keikhlasan diri sendiri.

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berubah mengikut tempat dan keadaan majoriti masyarakat.

5.

Pembahagian Etika dikenal sebagai normatif dan deskriptif. Daripada pernyataan dibawah, pilih jenis pembahagian etika yang betul.


Suatu displin ilmu yang berfungsi untuk menilai dan mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Etika ini akan menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik dan sepatutnya bukan undang-undang moral yang telah sedia ada dan sedia diterima.

a)

Pembahagian Etika - Normatif

b)

Pembahagian Etika - Deskriptif

6.

Pembahagian Etika dikenal sebagai normatif dan deskriptif. Daripada pernyataan dibawah, pilih jenis pembahagian etika yang betul.


Suatu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral, apakah sistem moral yang dianuti oleh individu atau golongan tertentu. Berbagai etika wujud seperti etika Kristian, Buddha, Yahudi, Islam, Etika Abad Pertengahan dan sebagainya. Etika ini tidak akan membuat penilaian dan pengadilan dan keputusan terhadap sistem moral.

a)

Pembahagian Etika - Normatif

b)

Pembahagian Etika - Deskriptif

7.

-Keadaan masyarakat yang berkehendakkan & bukannya lahir daripada keikhlasan diri sendiri.

-Kesejahteraan hidup bermasyarakat, berdisiplin dan menurut peraturan.

-Berubah mengikut tempat dan keadaan majoriti masyarakat.

-Peraturan dan undang-undang


Pilih jenis moral yang berkaitan dengan pernyataan di atas.

a)

Akhlak

b)

Etika

c)

moral

d)

kemoralan sosial

8.

- Akan memberi kesan kepada seseorang dan akan merasa kepuasan apabila melakukan kebaikan.

- Kesejahteraan hidup masyarakat.

-Tetap dan tidak berubah.

a)

Akhlak

b)

Etka

c)

Moral

d)

Kemoralan Sosial

9.

Seorang pemandu sentiasa tidak mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu. Kesannya adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk.


Pilih jawapan yang berkaitan dengan situasi berikut.

a)

Pemandu tersebut tidak mempunyai sifat akhlak semasa memandu di jalan raya.

b)

Pemandu tersebut tidak mempunyai sifat kemoralan semasa memandu di jalan raya.

c)

Pemandu tersebut tidak mempunyai sifat etika semasa memandu di jalan raya.

10.

Sekumpulan pelajar bersedia untuk menolong mangsa pembuli yang tidak dikenali.


Pilih jawapan yang berkaitan dengan situasi berikut.

a)

Kumpulan pelajar tersebut mempunyai sifat etika.

b)

Kumpulan pelajar tersebut tidak mempunyai sifat akhlak

c)

Kumpulan pelajar tersebut mempunyai sifat akhlak

d)

Kumpulan pelajar tersebut mempunyai sifat kemoralan.

11.

Suatu pertimbangan nilai baik atau buruk, betul atau salah, diterima atau ditolak dikenali sebagai pernyataan...

a)

Deskriptif

b)

Konsep asas nilai

c)

Jenis nilai moral

d)

Normatif

12.

Pilih pernyataan yang betul tentang PERNYATAAN DESKRIPTIF.

a)

Menentukan matlamat dalam mengurus dan merancang pemikiran, kepercayaan, perasaan dan perlakuan dalam kehidupan.

b)

Pertimbangan kewajipan moral(deontik atau obligasi)

c)

Kompleks Sukan Negara terletak di Bukit Jalil.

d)

Rasuah adalah salah di sisi undang-undang

13.

Pilih pernyataan normatif dengn pertimbangan kewajipan moral.

a)

Rasuah adalah salah di sisi undang-undang

b)

Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.

c)

Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

d)

Setiap individu mempunyai hak memiliki barang persendirian. Oleh itu, kita tidak boleh mengambil barang orang lain tanpa kebenaran.

14.

Pilih pernyataan normatif dengan pertimbangan nilai moral.

a)

Rasuah adalah salah di sisi undang-undang

b)

Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.

c)

Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

d)

Setiap individu mempunyai hak memiliki barang persendirian. Oleh itu, kita tidak boleh mengambil barang orang lain tanpa kebenaran.

15.

Pilih pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.

a)

Rasuah adalah salah di sisi undang-undang

b)

Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.

c)

Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

d)

Setiap individu mempunyai hak memiliki barang persendirian. Oleh itu, kita tidak boleh mengambil barang orang lain tanpa kebenaran.

16.

-Seorang hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada seorang pengedar dadah semata-mata kerana kewajipannya berbuat demikian mengikut peruntukan undang-undang yang ada, bukan kerana ia ingin turut sama membasmi kegiatan pengedaran dadah.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

Nilai Mutlak

b)

Nilai Relatif

17.

-Seseorang itu perlu bersikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam hidup.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan situasi diatas.

a)

Nilai mutlak

b)

Nilai Relatif

c)

Nilai Subjektif

d)

Nilai Instrumental

18.

Kasih sayang terhadap ibubapa merupakan suatu kewajipan anak.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan situasi diatas.

a)

Nilai Intrinstik

b)

Nilai Objektif

c)

Nilai Relatif

d)

Nilai Mutlak

19.

Penderaan kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan situasi diatas.

a)

Nilai Subjektif

b)

Nilai Objektif

c)

Nilai Intelek

d)

Nilai Mutlak

20.

Di Kuala Lumpur sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui perkahwinan rasmi.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan situasi diatas.

a)

Nilai Subjektif

b)

Nilai Objektif

c)

Nilai Relatif

d)

Nilai Mutlak

21.

Hidup bekeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.


Pilih jenis moral yang sesuai dengan situasi diatas.

a)

Nilai Subjektif

b)

Nilai Instrumental

c)

Nilai Mutlak

d)

Nilai Relatif

22.

• Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusan yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.


Pilih insan moral yang sesuai untuk situasi diatas.

a)

Kandungan

b)

Dimensi

c)

Bentuk

23.

Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja .


Pilih insan moral yang sesuai untuk situasi diatas.

a)

Bentuk - Prinsp Keadilan

b)

Bentuk - Prinsip Kepedulian

c)

Bentuk - Dimensi

d)

Bentuk - Kandungan

24.

Ketegangan yang timbul akibat terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan dalam usaha menanggani sesuatu isu bermaksud...

a)

Konflik

b)

Bentuk

c)

Dimensi

d)

Kandungan

25.

• PEMBINAAN HIERARKI

• PENCAIRAN MASALAH

• KOMPROMI


Elemen-elemen diatas dikenali sebagai...

a)

Strategi Penyelesaikan Konflik Moral

b)

Strategi Pembinaan Hierarki