wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KMK P2: SS Bab VIII

Total questions: 12

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang salah mengenai Raja Cempa dan zuriatnya.

a)

Raja Cempa dapat anak iaitu seorang budak lelaki berasal daripada seludang pinang.

b)

Budak lelaki tersebut diberi nama Pau Cacing.

c)

Bagi negeri Cempa, 'mayang' dijadikan 'gong jebang' manakala 'seludang pinang' jadi sebilah pedang beladau.

d)

Unsur Hindu yang terdapat dalam peristiwa raja Cempa mendapat zuriat daripada mayang pinang ialah Raja Cempa dan keturunannya tidak makan dan bunuh lembu.

2.

Pilih pernyataan yang salah mengenai 'Gema Peristiwa Rampas Kuasa di Pasai.'

a)

Raja Muda iaitu kakanda kepada Sultan Zainal ABidin merampas takhta kerajaan Pasai daripada Sultan Zainal Abidin.

b)

Sultan Zainal ABidin melarikan diri ke Melaka untuk meminta pertolongan.

c)

Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja, Laksamana dan hulubalang-hulubalang Melaka sebagai pembesar telah dititahkan oleh Sultan Mansor Syah untuk mengembalikan kuasa Sultan Zainal Abidin.

3.

Pilih pernyataan yang tidak benar.

a)

Sultan Zainal Abidin bersikap biadap kerana enggan berkirim sembah kepada raja Melaka.

b)

Akibat kebiadaban Sultan Zainal Abidin, takhta kerajaan Pasai dirampas kembali oleh Raja Muda.

c)

Sultan Mansor Syah murka kepada Bendahara Paduka Raja kerana Laksamana berjahat sembah kepada Sultan Mansor Syah dengan memburuk-burukkan Bendahara Paduka Raja ketika berada di Pasai.

d)

Sikap Bendahara Paduka Raja setelah anak buahnya mengkhabarkan Laksamana memburukburukkannya di hadapan raja Melaka dengan berdiam dan sebaliknya memuji-muji Laksamana semasa berada di Pasai.

e)

Sikap Laksama setelah anak buahnya mengkhabarkan bahawa Bendahara Paduka Raja memuji-mujinya di hadapan raja Melaka iaitu Laksamana mengadap Bendahara Paduka Raja, meniarap dan menyembah kaki Bendahara sebanyak 10 kali.

4.

Manakah yang tidak benar berkaitan wasiat Sultan Mansor Syah.

a)

Raden Kalung merupakan putera Sultan Mansor Syah yang dibunuh oleh seorang pengamuk.

b)

Isi wasiat yang disampaikan oleh Sultan Mansor Syah kepada Bendahara Paduka Raja dan Orang Besar-besar iaitu Raja Ahmad adalah pewaris kerajaan Melaka, diamanahkan supaya Bendahara Paduka dan Orang Besar-besar menjaga dan menasihati Raja Ahmad dalam menjalankan pemerintahan.

c)

Isi wasiat Sultan Mansor Syah kepada Raja Mamad iaitu minta Raja Mamad jaga iman dan budi pekerti, adil dan saksama, bertanggungjawab dan jaga kebajikan rakyat, berhati-hati dan siasat sebelum ambil sesuatu tindakan/jatuhkan hukuman, muafakat dengan segala menteri dan Orang besar-besar.

d)

Falsafah yang terkandung dalam wasiat Sultan Mansor Syah ialah raja itu umpama api, segala menteri umpamanya kayu, rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.

5.

Pilih pernyataan yang tidak benar.

a)

Nama asal Sultan Alaudin ialah Raja Ahmad dan timang-timangan Raja Hussain.

b)

Hang Isap dan Hang Ishak yang menemani Sultan Alaudin dalam peristiwa hapus pencuri.

c)

10 orang pencuri terserempak dengan Sultan Alaudin pada malam tersebut.

d)

3 orang pencuri yang berjaya dibunuh pada malam tersebut

e)

Sultan Alaudin berjaya membunuh 2 orang pencuri iaitu seorang di atas Bukit Melaka dan seorang di bawah pohon beringin. Seorang lagi pencuri berjaya dibunuh oleh Hang Isap di hujung jambatan.

6.

Pilih pernyataan yang salah mengenai Langkah Membasmi Pencuri.

a)

Kebijaksanaan Sultan Alauddin dalam episod bunuh pencuri ialah menyindir secara halus tetapi tajam terhadap Temenggung Seri Maharaja yang tidak berkawal sehingga tidak mengetahui peristiwa 3 orang pencuri dibunuh.

b)

Sifat adil Sultan Alauddin Riayat Syah ialah mengembalikan peti yang dicuri oleh kepada tuan empunya, iaitu saudagar Ki Tarambulum.

c)

Pembaharuan yang yang dibawa oleh Sultan ALauddin dalam pemerintahan baginda ialah memperkenalkan undang-undang jenayah yang mirip kepada hukum Islam.

d)

Undang-undang jenayah yang diperkenalkan oleh Sultan Alauddin ialah pencuri akan dikenakan hukuman potong tangan dan membina balai di simpang tiga tengah negeri sebagai tempat menyimpan barang-barang yang tercicir.

7.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Maharaja Diraja merupakan raja yang memerintah Haru dan ayahandanya bernama Sultan Sujak.

b)

Raja Pahlawan adalah utusan Haru ke Pasai untuk membawa surat/bingkisan.

c)

Raja Pahlawan marah kepada khatib Pasai kerana khatib Pasai menukar kata 'salam paduka kekanda' kepada 'sembah paduka kekandan empunya sembah.'

d)

Raja Pahlawan mengamok dan banyak membunuh orang Pasai. Akhirnya Raja Pahlawan menang.

8.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Ekoran pembunuhan Raja Pahlawan maka berlaku peperangan antara hulubalang Haru dengan Pasai.

b)

Haru menyerang Pasai hingga masuk ke jajahan Melaka.

c)

Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja, Laksamana Hang Tuah dan Seri Bija DIraja diutuskan oleh Sultan Alauddin untuk memerangi angkatan Pasai.

9.

Pilih pernyataan yang salah mengenai Mia Ruzul dengan Kambing Randuk.

a)

Unsur lucu dan unsur kritikan yang terdapat dalam episod ini ialah menyindir keturunan keling Melaka yang bersifat lucu dan bodoh, kerana tidak dapat mengenali dan membezakan antara manusia dengan kambing randuk.

b)

Kesudahan perang Haru dengan hulubalang Melaka di mana Haru kalah dan Maharaja Jaya berkirim sembah/surat ke Melaka.

c)

Kesudahan perang Haru dengan hulubalang Melaka di mana Haru menang dan Maharaja Jaya berkirim sembah/surat ke Melaka.

10.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Raja Kastilan mengalahkan negeri Maluku.

b)

Raja Maluku melarikan diri ke Melaka.

c)

Kepandaian yang dimiliki oleh Raja Maluku ialah bermain bola sepak.

d)

Watak yang sebanding kegagahannya dengan Raja Maluku ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Tun Perak.

11.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Sultan Muhammad Syah menitahkan Seri Akar Raja membunuh Hang Tuah.

b)

Setelah mengetahui Telanai mati dibunuh, Sultan Alauddin murka dan bercadang menyerang Pahang.

c)

Laksamana Hang Tuah diutus ke Pahang untuk menyelesaikan permasalahan di atas.

12.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Seri Pikrama Raja, iaitu Penghulu Bendahari Pahang merupakan pembesar Pahang yang dititahkan untuk menjemput surat dari Melaka.

b)

Pesanan Laksamana kepada orang-orangnya ialah mengarah membunuh seorang keluarga Seri Akar Raja, ketika surat sembah raja Melaka dibaca di hadapan Sultan Muhammad Syah, Pahang

c)

Bapa saudara Seri Akar Raja dibunuh oleh orang-orang Laksamana.