wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan 2

Total questions: 40

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Saya makan beberapa _________________ cendawan yang digoreng oleh ibu.

a)

A kaki

b)

B helai

c)

C kuntum

d)

D mayang

2.

Ayah membeli lima _______________ jagung rebus di pasar malam.

a)

A biji

b)

B batang

c)

C tongkol

d)

D buah

3.

Pemuda itu makan dua _______________ petai semasa makan tengah hari

a)

A batang

b)

B papan

c)

C tangkai

d)

D biji

4.

Adik mengambil beberapa _____________ batu lalu membaling ke tasik.

a)

A ketul

b)

B biji

c)

C butir

d)

D buku

5.

Encik Ali membeli _____________ surat khabar.

a)

A sekeping

b)

B segulung

c)

C senaskhah

d)

D segulung

6.

Atuk memotong __________________ tebu.

a)

A serumpun

b)

B sebiji

c)

C sebatang

d)

D seruas

7.

Puan Siti membeli tiga ______________ anggur di pasar.

a)

A tangkai

b)

B gugus

c)

C ikat

d)

D biji

8.

Emak menggunting kain dengan ____________ gunting yang tajam.

a)

A sebentuk

b)

B sebilah

c)

C sebuah

d)

D sebentuk

9.

Pak Abu memikul ______________ pisang untuk di jual di pasar.

a)

setandan

b)

sesikat

c)

sebiji

d)

sebakul

10.

Ibu memasukkan _____________ garam ke dalam masakannya.

a)

A segenggam

b)

B secubit

c)

C sejemput

d)

D semangkuk

11.
Ali membeli dua ________________ minuman berkarbonat untuk menghilangkan dahaganya.
a)
buah
b)
botol
c)
ketul
d)
biji
12.
Mei Lin membeli tiga _______________ sabun di kedai runcit itu.
a)
buah
b)
biji
c)
bungkus
d)
buku
13.
Ayah membeli se__________ kereta berjenama Proton Saga.
a)
sebatang
b)
biji
c)
buah
d)
buku
14.
Polis itu memasukkan se_______________ peluru ke dalam senapang itu.
a)
butir
b)
buah
c)
bentuk
d)
buku
15.
Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.
a)
utas
b)
gulung
c)
gelung
d)
bidang
16.
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
a)
sejambak
b)
sekuntum
c)
sejambangan
d)
sebatang
17.
Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
a)
utas
b)
untai
c)
gulung
d)
lembar
18.
“Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.
a)
cubit
b)
cuit
c)
colet
d)
genggam
19.
__________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
a)
segugus
b)
sekelompok
c)
sehamparan
d)
sekumpulan
20.
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
a)
kelompok
b)
tompok
c)
buah
d)
biji
21.
Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadapmeja tulisnya
a)
patah
b)
potong
c)
cebis
d)
untai
22.
Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
a)
biji
b)
ulas
c)
buah
d)
buku
23.
Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
a)
cebis
b)
bentuk
c)
lembar
d)
cucuk
24.
Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
a)
butir
b)
das
c)
biji
d)
pucuk
25.

Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.

a)

seekor

b)

secubit

c)

seketul

d)

segenggam

26.

Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.

a)

segugus.... setangkai

b)

segugus.... seikat

c)

sebiji ...... selonggok

d)

setangkai.....segugus

27.

Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.

a)

sekuntum..... sebilah

b)

sejambangan...... seberkas

c)

setangkai...... sepucuk

d)

sejambak...... sebatang

28.

Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan

menggunakan lima _________ rifel M16.

a)

butir..... pucuk

b)

das...... laras

c)

biji..... batang

d)

laras....das

29.

Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai

Payang.

a)

sehelai..... segulung

b)

secarik..... segelung

c)

secebis..... sehamparan

d)

sehelai..... sebidang

30.

Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________

burung ciak itu.

a)

genggam..... segerombolan

b)

batang..... sekumpulan

c)

ketul..... sekawan

d)

kepal..... seekor

31.

1. Kakak memetik dua___________________Bunga Ros di taman.

a)

orang

b)

kuntum

c)

biji

d)

helai

32.

Salmah makan dua ______________ roti sebelum ke sekolah.

a)

biji

b)

utas

c)

helai

d)

keping

33.

Abang menghadiahi emak se_______ cincin permata sempena hari lahirnya.

a)

bentuk

b)

utas

c)

urat

d)

biji

34.

Pak Dollah membeli tiga papan petai untuk di buat jeruk.

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Amin membeli sebuah buku di Kedai Koperasi sekolah.

a)

SALAH

b)

BETUL

36.

Berikut merupakan penjodoh bilangan KECUALI

a)

kaki

b)

helai

c)

untuk

d)

pucuk

37.

Penjodoh bilangan bagi pisau ialah________

a)

batang

b)

pucuk

c)

bilah

d)

keping

38.

Emak membeli se________ baju kurung yang sangat cantik untuk kakak.

a)

helai

b)

pasang

c)

keping

d)

papan

39.
Pelakon terkenal itu telah memberi se________ banglo yang mewah di Kuala Lumpur. 
a)
biji
b)
buah
c)
deret
d)
bilah
40.
Alaina memberi se_________ kek pelangi kepada jirannya, Laila. 
a)
cubit
b)
biji
c)
potong
d)
kerat