NEW
Font size
WorksheetsKMK P2: SS Bab IX
Total questions: 11
Worksheet time: 37mins
Pilih pernyataan yang salah.
Tun Jana Pakibul, Perdana Menteri negeri Siak dititahkan oleh Raja Ibrahim Siak membawa peasalh kepada baginda tanpa beritahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dititahkan oleh SUltan ALauddin Melaka ke Siak untuk menyelesaikan permasalahan di atas.
Raja Melewar iaitu putera Sultan ALauddin dirajakan di Kampar.
Seri Nara diraja dititahkan untuk merajakan Raja Menawar di Kampar..
Pilih pernyataan yang salah.
Enam orang pembesar yang menerima wasiat oleh Sultan Alauddin ialah Bendahara Paduka Raja, khadam, Paduka Tuan, Seri Nara Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.
Antara intipati wasiat Sultan Alauddin ialah mewariskan takhta kepada puteranya Raja Mamad
Antara intipati wasiat Sultan Alauddin ialah membri amanah kepada Orang BEsar-besar supaya menjaga dan memberi tunjuk ajar/menasihati Raja Mamad dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan Kampar.
Intipati wasiat Sultan ALauddin kepada puteranya Raja Mamad ialah supaya puteranya banyak bersabar, adil dan jaga kebajikan rakyat, utamakan suruhan Allah berbanding dengan urusan dunia, berserah kepada Allah serta bertawakal kepadaNYa, jangan berlaku zalim/membunuh rakyat tanpa usul periksa, kecuali bersalahan dengan hukum syarak atau derhaka.
Pilih pernyataan yang salah mengenai pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Gelaran Raja Mamad di atas kerajaan ialah Sultan Mahmud Syah.
Seri Bija DIraja merupakan pembesar yang tidak setuju dengan pelantikan SUltan Mahmud sebagai raja Melaka menyebabkan Sultan Mahmud Syah dendam kepadanya.
Tanggungjawab Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah ketika Sultan Mahmud gering ialah Bendahara Paduka Raja menyuap makanan manakala Laksamana Hang Tuah menyuap minuman.
Raja Tua, ninda Sultan Mahmud inginkan Sultan Mahmud Syah mangkat.
Raja Tua ingin cucundanya yang disayangi, iaitu Sultan Menawar Kampar menjadi raja Melaka.
Pilih pernyataan yang salah mengenai Bendahara Paduka Raja dengan Laksamana.
Sultan Mahmud Syah telah menganugerahkan sebuah usungan seorang kepada Bendahara dan Laksamana.
Bendahara Paduka Raja tidak guna usungan tersebut kerana taat kepada raja dan tidak ingin orang ramai menyamakan dia dengan raja Melaka.
Bendahara menyerahkan perahu dan senjata yang diperolehinya kepada Laksamana kerana Laksamana Hang Tuah adalah hulubalang besar yang bertanggungjawab mempertahankan negeri Melaka daripada diseroboh.
Sultan Mahmud Syah menganugerahkan gelaran Yang Setia kepada Bendahara Paduka Raja.
Pilih pernyataan yang salah mengenai 'Wasiat Bendahara Paduka Raja.'
Antara isi wasiat Bendahara Paduka Raja kepada anak cucunya ialah minta anak cucunya berpegang teguh kepada ajaran agama dan tidak terpengaruh dengan hal-hal keduniaan.
Antara isi wasiat Bendahara Paduka Raja kepada anak cucunya ialah taat dan berbakti kepad raja, berbakti kepada Allah dan Rasul.
Antara isi wasiat Bendahara Paduka Raja kepada anak cucunya ialah memberi sedekah kepada orang susah.
Sebelum Bendahara Paduka Raja mati, beliau meramalkan Tun Mutahir akan jadi orang Besar masyhur lebih daripada kebesarannya.
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai 'Nyaris Lembing Diterbangkan ke Dada.'
Isteri Tun Biajid iaiatu anak Laksamana Hang Tuah telah berzina dengan Sultan Mahmud Syah.
Waktu peristiwa perzinaan itu berlaku, Tun Biajid pergi ke Merba, wilayah pegangannya.
Tun Biajid tidak membunuh Sultan Mahmud Syah kerana taat kepada raja/patuh kepada waad.
Tindakan Tun Biajidterhadap isterinya ialah memaafkan isterinya
Sultan Mahmud Syah murka kepada Ali Sandang kerana berada di rumah Tun Dewi yang diingini baginda.
Pilih pernyataan yang salah dalam 'Peristiwa Pembunuhan Tun Ali Sandang.'
Tun Isap nak Tun Abu Yazid telah membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja iaitu pembesar yang dikasihi SUltan Mahmud Syah merupakan keluarga Tun ALi Sandang yang marah dan ingin membunuh Tun Isap.
Tun Isap berlepas lari ke beberapa negeri bermula ke Pasai, Haru, Brunei dan akhirnya kembali semula ke Melaka.
Tun Isap dibunuh dengan cara dicabut kusa/tongkat yang berkait besai dari kuda.
Pilih pernyataan yang salah.
Pembesar-pembesar Melaka yang dikasihi oleh Sultan Mahmud Syah ialah Seri Wak Raja, Hang Isa Pantas, Tun Umar dan Hang Hussain Cengang.
Permohonan pembesar yang diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah ialah Seri Wak Raja mohon jadi Panglima Gajah.
Permohonan pembesar yang diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah ialah Tun Umar ingin jadi raja di laut.
Permohonan pembesar yang diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah ialah Hang Isa Pantas mohon emas dua tiga kati, kain baju dan banian/peti.
Permohonan pembesar yang diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah ialah Hang Hussain Cengang mohon lembu dua tiga belas kelamin dan barang empat lima puluh orang.
Pilih pernyataan yang salah mengenai 'Telatah Orang-orang Yang Dikasihi Raja.
'Gambaran telatah Seri Wak Raja ialah sering mempermain-mainkan Sultan Mahmud Syah/melambat-lambat untuk mengadap Sultan Mahmud Syah.
Tun Umar ialah anak Seri Bija Diraja Datuk Bongkok.
Sifat Tun Umar berani dan gila-gila bahasa.
Keistimewaan Hang Isa Pantas ialah dapat meniti titian di sungai Melaka ke seberang tanpa basah kura-kura kaki, sedangkan orang lain basah sampai paras pinggang.
Sifat lucu Hang Hussain Cengang ketika dia menikah iaitu haling orang angkat nasi hadapn kerana disuap sedikit sahaja dalam istiadat bersuap-suapan.
Pilih pernyataan yang salah.
Seri Bija Diraja Singapura dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana Sultan Mahmud Syah sedia dendam kepada Seri Bija Diraja yang tidak ingin bertuankan baginda.
Seri Bija Diraja Singapura dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana Sultan Mahmud Syah sedia dendam kepada Seri Bija Diraja kerana lewat sehari datang ke Melaka dalam sambutan suatu hari raya.
Sultan Mahmud Syah mengaji dengan Kadi Maulana Hassan.
Kedatangan Sultan Mahmud Syah tidak diterima oleh Maulana Yusuf kerana Sultan Mahmud Syah datang bergajah dan diiringi ramai rakyat jelata.
Pilih pernyataan yang salah dalam 'Manjong dan Kelantan Diserang.'
'Manjong diserang Melaka kerana Manjung tidak muafakat dengan Beruas.
Paduka Tuan menitahkan Sultan Mahmud Syah untuk menyerang Manjong.
Sultan Menawar Syah ialah raja yang memerintah Kelantan.
Seri Wak Raja merupakan ketua angkatan perang Melaka menyerang Kelantan.
Kelantan diserang kerana enggan tunduk di bawah naungan Melaka.
