wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah maksud kata ganda?

a)

Bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

b)

Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

c)

Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.

d)

Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.

2.

3) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

rumah-rumah, berlari-lari

b)

sekolah-sekolah, pepohon

c)

kuih-muih, gotong-royong

d)

kekasih-kekasih, budak-budak

3.

4) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan penuh

a)

meja-meja, gegelang

b)

gotong-royong, gunung-ganang

c)

jualan, jualan, kementerian-kementerian

d)

tetikus, sesiku

4.

5) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa

a)

sesiku, lelaki

b)

buku-buku, cerpen-cerpen

c)

saudara-mara, lintang pukang

d)

remeh-temeh, kekuda

5.

6) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa

a)

tadika-tadika, universiti-universiti

b)

sayur-sayuran, doa-doakan

c)

lelangit, gunung-ganang

d)

huru-hara, kucar-kacir

6.

7) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak

a)

batu-batan, batu-batu

b)

ulang-alik, berulang-ulang

c)

lauk-pauk, sayur-mayur

d)

ikan-ikan, ayam-ayam

7.

8) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan berentak

a)

rindu-rinduan, mati-matian

b)

huyung-hayang, langit-langit

c)

guru-guru, murid-murid

d)

suku-sakat, kontang-kanting

8.

9) Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Sesiku adik berdarah kerana terkena pisau.

b)

Abang suka menunggang kekuda di padang.

c)

Lauk-pauk yang disediakan semasa kenduri tersebut sungguh enak.

d)

Ayah berjalan lintang-pukang ke surau.

9.

10) Pilih contoh penggunaan kata ganda yang betul

a)

Selepas memperoleh kemerdekaan, rakyat dapat hidup dengan huru-hara.

b)

Pelajar KVKK membaca banyak buku-buku di perpustakaan.

c)

Murid itu memberi hadiah kepada gurunya sebagai kenang-kenangan.

d)

Pelajar itu menangis tersenyum-senyum kerana mendapat A dalam subjek bahasa Melayu.

10.

2) Berikut merupakan jenis-jenis penggandaan kecuali

a)

Penggandaan penuh

b)

Penggandaan separa

c)

Penggandaan berentak

d)

Penggandaan berbunyi

11.
     ____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
12.
 Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur
13.
_______________ merupakan haiwan invertebrata pemangsa yang menghasilkan sutera, dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap.
   
a)
A. Jejentik
b)
B. Lelabah
c)
C. Rama-rama
d)
D. Pepijat
14.
____________ ialah sejenis haiwan yang suka berada di celah-celah tilam dan bantal.
   
a)
A. jejentik
b)
B. lelabah
c)
C. rama-rama
d)
D. pepijat
15.
Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
   
a)
A. dedaun
b)
B. kayuan
c)
C. lelangit
d)
D. pepara
16.
Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
 
a)
A. jejantas
b)
B. jambatan
c)
C. jejambat
d)
D. jejari
17.
____________ Puan Siti boleh menaip dengan pantas sekali.
   
a)
A. Jejarum
b)
B. Jari-jemari 
c)
C. Jejaki
d)
D. Lelabi   
18.
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ sayong yang
digunakan untuk menyimpan air minuman.
a)
A. kekuda
b)
B. sesiku
c)
C. kekisi
d)
D. lelabu
19.
Setiap kali tiba musim perayaan __________________ akan berkumpul beramai-ramai di rumah datuk.
a)
makcik - makcik
b)
saudara-mara
c)
adik beradik
20.
Pihak pemaju menggunakan ________________ yang berkualiti tinggi untuk membina bangunan asrama itu.
a)
batu -batu
b)
batu kecil
c)
batu-bata