wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Covid 19_Ulangkaji Sejarah SPM 2020 (Topik Ting 4)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

1 Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah.


Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?

a)

A. Kepelbagaian kepercayaan

b)

B. Kepelbagaian kemahiran

c)

C. Ketinggian pemikiran

d)

D. Ketinggian tatasusila

2.

Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun.

a)

Kemajuan sistem perhubungan

b)

Hubungan antara kerajaan

c)

Kehidupan berorganisasi

d)

Perkembangan ekonomi

3.

Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.

Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah tertumpu ke lembah sungai?

I Mempunyai tanah yang subur

II Mengekalkan warisan tradisi

III Mendapat mandat tuhan

IV Memudahkan perhubungan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.


[Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.]


Apakah sistem tulisan tersebut?

a)

Hieroglif

b)

Ideogram

c)

Cuneiform

d)

Piktograf

5.

Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut ?


[Mohenjo – Daro]

[Harappa ]

a)

A. Lokasi strategik

b)

B. Penduduk ramai

c)

C. Bidang geometri yang maju

d)

D. Sumber alam yang banyak

6.

Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.


Apakah maksud simbol tersebut?

a)

A. Mandat dari syurga

b)

B. Pemujaan roh nenek moyang

c)

C. Unsur alam yang saling melengkapi

d)

D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku

7.

Sistem demokrasi diwarisi daripada tamadun Yunani.

Mengapakah sistem tersebut masih diamalkan sehingga kini?

a)

A. Kekayaan individu dikawal

b)

B. Hasil bumi milik negara

c)

C. Kuasa rakyat diiktiraf

d)

D. Raja berkuasa penuh

8.

Rajah menunjukkan berkaitan dengan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Tamadun Rom.


Apakah kebaikan sistem pemerintahan tersebut ?

a)

A. Mengawal kuasa pembesar

b)

B. Memperkukuh kuasa gereja

c)

C. Memulihkan sistem monarki

d)

D. Menghalang pemusatan kuasa

9.

Gambar menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China.

Mengapakah tembok tersebut dibina?

a)

A. Menandakan sempadan negeri

b)

B. Menjamin keselamatan wilayah

c)

C. Menjadi benteng penghalang banjir

d)

D. Melambangkan keagungan kerajaan

10.

Sresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India. Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

A. Melahirkan pekerja mahir

b)

B. Mengawal kadar gaji pekerja

c)

C. Menjaga kepentingan majikan

d)

D. Menetapkan had masa bekerja

11.

Mengapakah masyarakat Athens mementingkan sistem pendidikan?

a)

A. Mengukuhkan kedudukan politik

b)

B. Memperkuat anggota tentera

c)

C. Memajukan bidang ekonomi

d)

D. Melahirkan rakyat yang seimbang

12.

Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan tamadun. Apakah sumbangan mereka?

a)

A. Membentuk empayar pemerintahan

b)

B. Memperkenalkan pemerintahan monarki

c)

C. Mengasaskan pentadbiran secara birokrasi

d)

D. Melaksanakan sistem pemerintahan republik

13.

Senarai berikut adalah artifak yang ditemui di lokasi kerajaan Kedah Tua.

Penemuan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua

a)

A. menjadi pusat penyebaran agama

b)

B. mengutamakan pengkhususan pekerjaan

c)

C. sebagai pusat pembuatan barang hiasan

d)

D. merupakan sebuah pelabuhan entrepot

14.

Bagaimanakah pemerintah kerajaan Agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?

a)

A. Membina sistem pengairan

b)

B. Membawa masuk tenaga buruh

c)

C. Menaik taraf kemudahan pelabuhan

d)

D. Memperkenal kaedah penggiliran tanaman

15.

Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?

a)

A. Kekayaan hasil pertanian

b)

B. Kekayaan hasil hutan

c)

C. Kemahiran membina kapal

d)

D. Kebolehan membina terusan

16.

Maklumat dalam rajah berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?

a)

A. Mengutamakan pendidikan golongan bangsawan

b)

B. Menerima pertuanan China

c)

C. Menerima pengaruh Hindu-Buddha

d)

D. Menjalin perdagangan dengan Funan

17.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

Mengetuai upacara keagamaan

b)

Menguruskan perbendaharaan

c)

Menjaga keamanan

d)

Mentadbir wilayah

18.

Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.

Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja?

a)

Mengekalkan pemerintahan yang adil

b)

Memantapkan adat istiadat di istana

c)

Mempelbagai upacara keagamaan

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

19.

Senarai di bawah merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara. Apakah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?

a)

Dipengaruhi unsur India

b)

Ditulis golongan pendeta

c)

Diminati para bangsawan

d)

Dijadikan dasar perundangan

20.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah. Apakah kesan amalan sistem tersebut?

I Perang kerap berlaku

II Sistem beraja merosot

III Pengaruh asing lemah

IV Semangat assabiah muncul

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.


Apakah X?

a)

Membina petempatan kekal

b)

Mahir membina sistem pengairan

c)

Mengamalkan semangat assabiah

d)

Mempunyai susun lapis masyarakat

22.

Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.


" Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7"


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

a)

A. Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

b)

B. Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

C. Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

D. Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

23.

Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana


I kepercayaan

II persamaan taraf

III menghormati tetamu

IV mentaati pemimpin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberi jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

25.

Dialog di atas mungkin berlaku antara pemimpin Quraisy di Makkah. Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai dimeterai

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

26.

Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.

Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?

a)

Penyebaran Islam di Makkah

b)

Perbalahan antara kaum dielakkan

c)

Perkembangan perdagangan di Makkah

d)

Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah.


Apakah perkara yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut?

I Memutuskan hubungan dengan Yahudi

II Rasulullah menjadi ketua negara

III Beriman kepada Allah dan rasul

IV Membantu dalam perjuangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Jadual 1 berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam.


Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

I Persaudaraan ummah diperkukuh

II Kerajaan yang adil dibentuk

III Perang saudara tamat

IV Struktur masyarakat berubah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi?

a)

Memberi panduan pemerintahan negara

b)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

c)

Menamatkan permusuhan dengan Rom

d)

Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

30.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?

I Terbinanya bangunan yang lengkap

II Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah

III Wujudnya gelaran Muhajirin dan Ansar

IV Mempersaudarakan orang Islam Mekah dengan orang Islam Madinah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?

a)

Perjanjian Hudaibiyah

b)

Perjanjian Aqabah

c)

Baiah al-Ridwan

d)

Majlis Tahkim

32.

Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?

a)

Penyebaran Islam tergendala

b)

Pembukaan semula kota Makkah

c)

Penduduk Madinah semakin terancam

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

33.

Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?

a)

Pembebasan golongan hamba

b)

Pemulauan keluarga Bani Hashim

c)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

34.

Uthman bin Affan dihantar untuk berunding engan orang Quraisy Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah dalam perjalanan menuju ke Makkah.

Apakah faktor pemilihan beliau?

a)

Memiliki sifat diplomasi

b)

Keturunan Bani Hasyim

c)

Disokong kaum Ansar

d)

Seorang hartawan

35.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah?

a)

Penyeksaan terhadap golongan hamba

b)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

c)

Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj

36.

Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?

I Diiktiraf sebagai penduduk Madinah

II Bebas menjalinkan hubungan dengan pihak luar

III Terlibat dalam pentadbiran negara

IV Dijamin keselamatan selagi setia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Perjanjian tersebut dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah.


Apakah kesan perjanjian tersebut

a)

Ancaman Rom dan Parsi berkurangan

b)

Keseimbangan komposisi kaum

c)

Genjatan senjata dikuatkuasakan

d)

Penyebaran agama meluas

38.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyebarkan ajaran islam setelah mendidikan kerajaan Islam Madinah?

a)

Menawarkan bantuan kepada wilayah lain

b)

Meneroka kawasan petempatan baharu

c)

Mengutus surat kepada kerajaan asing

d)

Melaksanakan dasar perluasan kuasa

39.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam.


Apakah sumbangan mereka?

a)

Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam

b)

Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah

c)

Meneruskan dakwah ke Taif

d)

Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah

40.

Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.

Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut?

a)

Perluasan kegiatan tentera Quraisy

b)

Penguasaan ekonomi oleh Rom

c)

Penawanan khalifah perdagangan Parsi

d)

Pembunuhan seorang anggota Bani Khuzaah