wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Topik Sains Tahun 4 (1)

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang proses menarik nafas?

a)

Udara disedut

b)

Udara dihembus

c)

Dada mengempis

d)

Dada turun ke bawah

2.

Antara individu berikut, yang manakah mempunyai kadar pernafasan yang paling tinggi?

a)

Budak lelaki sedang membaca buku cerita.

b)

Budak perempuan edang berlari di trek.

c)

Budak perempuan sedang tidur di atas sofa.

d)

Budak lelaki sedang menunggang kuda.

3.

Apakah yang akan berlaku jika manusia tidak berkumuh dan bernyahtinja?

a)

Manusia akan jatuh sakit.

b)

Manusia akan sihat sentiasa.

c)

Manusia akan semakin kuat.

d)

Manusia akan pupus.

4.

Mengapakah pemandu yang mabuk sering menyebabkan kemalangan jalan raya?

a)

Mereka senang tidur.

b)

Mereka memandu laju.

c)

Mereka tidak dapat menekan brek.

d)

Mereka tidak dapat bergerak balas dengan cepat.

5.

Apakah organ pernafasan bagi lalat?

a)

Insang

b)

Peparu

c)

Spirakel

d)

Kulit lembap

6.

Imran merendam kepala seekor belalang di dalam air. Didapati belalang masih hidup walaupun direndam selama 15 minit. Mengapa?

a)

Belalang bernafas melalui kulitnya.

b)

Belalang bernafas melalui insang dibadannya.

c)

Belalang bernafas melalui spirakel pada badannya.

d)

Belalang dapat hidup di dalam air untuk tempoh yang lama.

7.

Apakah organ pernafasan bagi newt yang membolehkannya bernafas di darat dan di air?

a)

Insang dan peparu

b)

Peparu dan Spirakel

c)

Kulit lembap dan spirakel

d)

Peparu dan kulit lembap

8.

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan ....

a)

Air, udara, cahaya matahari dan sentuhan.

b)

Air, sentuhan, graviti, sentuhan dan cahaya matahari.

c)

Air dan cahaya sahaja.

d)

Air, sentuhan dan cahaya matahari.

9.

Daun tumbuhan akan terlipat apabila disentuh. Apakah tumbuhan itu?

a)

Pokok bunga ros.

b)

Pokok jagung.

c)

Pokok keladi.

d)

Pokok semalu.

10.

Apakah yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis?

a)

Air, baja, cahaya matahari dan klorofil.

b)

Air, karbon dioksida, klorofil dan cahaya matahari.

c)

Air, nutrien, udara dan klorofil.

d)

Air, graviti, sentuhan dan cahaya matahari.

11.

Bahagian tumbuhan yang manakah yang menjalankan proses fotosintesis?

a)

Batang

b)

Bunga

c)

Buah

d)

Daun

12.

Apakah maksud panjang?

a)

Panjang sesuatu objek.

b)

Besarnya sesuatu permukaan.

c)

Jarak antara dua titik.

d)

Tempoh antara dua ketika.

13.

Bagaimanakah cara mengukur luas permukaan yang tidak sekata?

a)

Menggunakan alat timbang.

b)

Menggunakan petak.

c)

Menggunakan silinder penyukat.

d)

Menggunakan kaedah sesaran air.

14.

Antara brikut, yang manakah mempunyai isi padu paling besar?

a)

3 cm x 2 cm x 2 cm

b)

5 mm x 2 mm x 2 mm

c)

4 cm x 2 cm x 1 cm

d)

10 cm x 3 cm

15.

Apakah unit pengukuran yang paling sesuai untuk mengukur panjang papan tulis di bilik sains?

a)

Milimeter

b)

Sentimeter

c)

Meter

d)

Kilometer

16.

Salwah ingin mengukur isi padu seketul batu. Apakah cara yang sesuai digunakannya?

a)

Kaedah sesaran air.

b)

Menggunakan tali dan pembaris.

c)

Menggunakan petak.

d)

Menggunakan pita pengukur.

17.

Apakah maksud jisim?

a)

Unit piawai untuk mengukur panjang objek.

b)

Kuantiti jirim dalam sesuatu objek.

c)

Berat sesuatu objek yang ditimbang.

d)

Peristiwa yang berlaku secara berulang dengan seragam.

18.

Antara alat-alat berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk mengukur jisim sebatang pensel?

a)
b)
c)
d)
19.

Antara susunan unit bagi jisim berikut, susunan yang manakah betul bermula dari yang ringan?

a)

Gram, kilogram, miligram

b)

Gram, miligram, kilogram

c)

miligram, gram, kilogram

d)

miligram, kilogram, gram

20.

Antara peristiwa beriku, yang manakah berulang dengan seragam?

J - Titisan air

K - Lantunan bola

L - Denyutan nadi

M - Ayunan bandul

a)

J dan K

b)

L dan M

c)

J, K, L

d)

J, L, M

21.

Apakah sumber asas bagi payung?

a)

Batuan

b)

Haiwan

c)

Tumbuhan

d)

Petroleum

22.

Antara objek berikut, yang manakah yang mempunyai daya serapan air yang paling tinggi?

a)

Getah

b)

Kertas

c)

Kain

d)

Plastik

23.

Apakah maksud bahan konduktor haba?

a)

Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

b)

Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya.

c)

Bahan penebat elektrik.

d)

Bahan Penebat haba.

24.

Antara objek berikut, yang manakah konduktor elektrik paling baik?

a)

Tembaga

b)

Timah

c)

Aluminium

d)

Emas

25.

-Kalis air

-Tidak mudah koyak

-Berasal daripada petroleum


Pernyataan di atas merujuk kepada .......

a)

kulit

b)

sutera

c)

getah

d)

kain sintetik

26.

Apakah bahan lutsinar?

a)

Bahan yang tidak membenarkan cahaya menembusinya.

b)

Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya menembusinya.

c)

Bahan yang membenarkan sepenuhnya cahaya menembusinya.

d)

Bahan yang berkilau apabila terkena cahaya.

27.

Apakah maksud karat?

a)

Lapisan perang yang terbentuk akibat tindakan mikroorganisma.

b)

Selaput perang kemerahan yang terbentuk pada permukaan objek.

c)

Selaput kebiruan yang terbentuk pada permukaan objek.

d)

Serbuk besi yang melekat pada permukaan objek.

28.

Bagaimana objek besi boleh berkarat?

a)

Apabila terdedah kepada air.

b)

Apabila terdedah kepada udara.

c)

Apabila terdedah kepada cahaya matahari.

d)

Apabila terdedah kepada air dan udara.

29.

Apakah fungsi kalsium Klorida kontang?

a)

Menyerap haba.

b)

Menyerap air.

c)

Menyerap udara.

d)

Menyerap air dan udara.

30.

Apakah komet?

a)

Batuan logam yang bergerak mengelilingi matahari.

b)

Ketulan batuan yang terapung di angkasa.

c)

Gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengeliingi matahari.

d)

Satelit yang bergerak mengelilingi matahari.