Font size
WorksheetsBahasa Melayu A
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Seluruh negeri Inderapura berasa sedih apabila mengetahui bahawa baginda sultan sedang __________ di istana.
sakit
parah
gering
tenat
Pihak kerajaan menasihatkan ____________ kilang agar tidak melepaskan asap untuk mengelakkan masalah jerebu.
pengusaha
perusahaan
pengusahaan
mengusahakan
Penduduk kampung berjaya menangkap seekor ular sawa yang kekenyangan setelah ____________ seekor anak kambing.
menggigit
menelan
membaham
mengunyah
Puan Salina bergegas ke dapur untuk menutup api dapur gasnya apabila dia terhidu bau ___________.
hapak
hangit
hanyir
tengik
Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________ sauh untuk meneruskan pelayaran mereka.
menarik
melabuh
mencabut
membongkar
Ayah tersesat semasa mahu menghadiri majlis perkahwinan kawannya kerana jalan di kawasan itu __________.
bersimpang-siur
berselang-seli
berlekuk-lekak
tunggang-langgang
Sekumpulan _______________ Islam telah berjaya menganjurkan seminar yang bertajuk "Islam dan Sains".
karyawan
sasterawan
budayawan
cendekiawan
Jabun digelar _______________ oleh rakan-rakannya kerana suka meminjam pakaian orang lain untuk dipakai.
umang-umang
pijat-pijat
dekak-dekak
pari-pari
Kanak-kanak itu telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki didera oleh ayah tirinya.
Pilih perkataan sinonim bagi didera.
dihina
dilapah
disebat
diseksa
Hartawan itu segera mengusir seorang pengemis apabila dilihatnya sedang menyelongkar sampah sarap.
Pilih perkataan antonim bagi mengusir.
memujuk
menghalau
menjemput
mengherdik
Pak Cik Hussin _____________ getah sebagai punca pendapatan untuk menyara dan membiayai persekolahan anak-anaknya.
mengukir
menakik
menghiris
memotong
Suatu ketika dahulu, tradisi ____________ atau menumbuk padi merupakan kegiatan yang cukup istimewa bagi masyarakat Melayu di kampung.
mengemping
memungut
mengutip
menuai
Kamal merajuk kerana tidak dipedulikan oleh keluarganya.
Oleh sebab Kamal merajuk, dia tidak dipedulikan oleh keluarganya.
Oleh sebab tidak dipedulikan oleh keluarganya, Kamal pun merajuk.
Oleh sebab keluarga Kamal merajuk, mereka tidak dipedulikannya.
Oleh sebab tidak dipedulikan oleh Kamal, keluarganya pun merajuk.
"Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap ________ kamu itu akan mengundang penyakit," tegur ibu.
buruk siku
bawa angin
telinga kuali
telinga tempayan
Mengapakah kita tidak dibenarkan turun ke pantai pada musim tengkujuh?
Ya. Kita tidak dibenarkan turun ke pantai.
Pada musim tengkujuh kita tidak digalakkan turun ke laut.
Pengawal pantai yang tidak membenarkan kita turun ke pantai.
Kita tidak dibenarkan turun ke pantai pada musim tengkujuh kerana berbahaya.
Pilih ayat yang betul.
Jika kita saling bantu-membantu kerja yang berat akan menjadi ringan.
Pak Sudin menebas di belakang rumah semak-samun yang sudah panjang.
Wau bulan itu tergantung di dinding ruang tamu rumah Puan Hajah Suriati.
Jalan utama ke kampung orang asli itu akan diperlebar oleh Jabatan Kerja Raya.
Pilih ayat yang betul.
Ketiga-tiga pegawai "Bank Bumiputra Commerce" itu kawan baik ayah saya.
Skema jawapan Matematik ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa sahaja.
Di waktu malam, gerai ikan bakar di Kuala Perlis menjadi tumpuan orang ramai.
Berbagai-bagai jenis kuih kuih-muih dijual di bazar Ramadan Teluk Intan setiap hari.
Pilih gandingan dua ayat yang betul.
Rumah kembar dua tingkat ini kami duduki sejak empat tahun yang lalu.
Emak sedang menggulai kepala ikan merah untuk hidangan makan tengah hari.
Sumbangan orang ramai itu demi untuk membantu mangsa banjir di kampung itu.
Di atas permintaan ramai, program masakan Lima Rencah Lima Rasa itu dilanjutkan.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Kakak menyatakan bahawa ibu dan ayah baik sahaja.
Guru Kelas saya memang baik dan penyayang orangnya.
Adik baru baik daripada demam panas yang dialaminya itu.
Terdapat banyak baik jika kita mengamalkan gaya hidup sihat.
Cikgu Megat selalu memuji anak muridnya, Nur Fatin Sofea kerana dia seorang yang bijak dalam bidang akademik.
Pilih dua perkataan sinonim bagi bijak.
baik
bagus
pintar
pandai
