WorksheetsUlangkaji Sains Tingkatan 3 (Bab 1-3)
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Sistem saraf merupakan salah satu sistem yang terdapat dalam manusia. Sistem saraf manusia terdiri daripada :
Sistem saraf pusat
Sistem saraf terkawal
Sistem saraf periferi
Sistem saraf luar kawal
Tindakan yang boleh dikawal oleh kemahuan seseorang dikenali sebagai
Tindakan luar kawal
Tindakan terkawal
Tindakan panik
Tindakan spontan
Dinding bola mata terdiri daripada tiga lapisan iaitu sklera,koroid dan...
Konjuktiva
Pupil
Iris
Retina
Mengapakah seseorang yang menghidapi selesema tidak dapat mengesan bau dengan baik?
Rongga hidung dilitupi dengan udara kotor
Arus udara tersekat dan menyebabkan impuls saraf tidak dapat dihantar ke otak
Terlalu banyak mukus dihasilkan dan menghalang bau kimia daripada merangsang reseptor bau
Reseptor bau tidak peka kepada bau semasa selesema
Sekiranya seseorang itu menghadapi masalah rabun jauh (miopia), apakah cara yang dapat dilakukan untuk membetulkan masalah ini?
Memakai cermin mata kanta cekung
Memakai cermin mata kanta cembung
Memakai cermin mata kanta silinder
Memakai kaca mata kanta dwifokus
Apakah fungsi pina telinga ?
Menerima gelombang bunyi dan bergetar
Mengumpul gelombang bunyi dan menghantarnya ke salur telinga
Merangsang reseptor untuk menghasilkan impuls saraf
Membawa impuls saraf ke otak
Tropisme ialah gerak balas pertumbuhan yang berarah tertentu dan terbahagi kepada 3 jenis iaitu fototropisme, geotropisme dan hidrotropisme. Fototropisme positif berlaku apabila
Akar tumbuh menjauhi cahaya
Pucuk tumbuh ke arah cahaya
Pucuk tumbuh ke arah graviti
Akar tumbuh ke arah air
Tigmotropisme ialah pergerakan pertumbuhan tumbuhan ke arah/terhadap
Cahaya
Graviti
Sentuhan
AIr
Haiwan karnivor dan herbivor mempunyai jenis penglihatan yang berbeza. Haiwan karnivor kebiasaannya mempunyai penglihatan jenis .....
Monokular
Stereoskopik
Stereofonik
Feromon
Apakah fungsi organ Jacobson yang terdapat pada lelangit mulut reptilia?
Mengesan gangguang daripada objek/organisma berdekatan
Mengesan bunyi dan pergerakan udara
Mengesan pergerakan dan kedalaman objek
Mengesan bau yang terkumpul pada lidah dan mengesan musuh
Udara masuk ke dalam peparu melalui trakea dari salur hidung. Fungsi cincin rawan di sepanjang trakea ialah
Mengekalkan bentuk trakea
Menyalurkan udara ke dalam peparu
Mengawal isi padu rongga trakea
Memerangkap bakteria dan zarah asing
Apabila menarik nafas,
Otot interkosta luar mengecut
Tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar
Udara memasuki peparu
Otot interkosta luar mengendur
Di dalam kapilari darah, oksigen bergabung dengan haemoglobin dalam sel darah bagi membentuk
Oksihemoglobin
Karbaminohemoglobin
Carboxyhemoglobin
Methemoglobin
Apakah adaptasi struktur alveolus untuk memaksimumkan pertukaran gas ?
(Pilih semua jawapan yang berkenaan)
Luas permukaan yang besar
Dikelilingi jaringan kapilari darah
Permukaan yang lembap
Ketebalan satu sel
Penyakit bronkitis berlaku disebabkan oleh
Alveolus menjadi tidak kenyal dan membesar
Dinding sel alveolus rosak
Jangkitan oleh virus/bakteria
Alergi
Nikotin yang terdapat dalam tembakau boleh menyebabkan
ketagihan
kanser peparu
gangguan fungsi organ respirasi
Asma
Sistem Trakea ialah sistem respirasi bagi
Mamalia
Amfibia
Ikan
Serangga
Penyakit anemia menyebabkan kekurangan haemoglobin dibentuk. Penyakit ini disebabkan oleh seseorang individu mengalami kekurangan mineral
Kalsium
Fosforus
Besi
Kalium
Pertukaran gas dalam tumbuhan berlaku melalui
Sel pengawal
Stoma
Kloroplas
Nuklues
Pada waktu malam,stoma tertutup. Mengapa?
Sel pengawal menjadi segah pada waktu malam
Air memasuki sel pengawal pada waktu malam
Fotosintesis tidak berlaku pada waktu malam
Tumbuhan tidak melakukan proses respirasi pada waktu malam
Jantung manusia terdiri daripada tiga jenis injap iaitu ....
Trikuspid
Bikuspid
Septum
Sabit
Apakah fungsi injap pada jantung ?
Memastikan darah beroksigen dan darah ternyahoksigen tidak bercampur
Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja
Membawa darah ke jantung
Membawa darah keluar dari jantung
Fungsi kapilari darah adalah
Membawa darah ke jantung
Membawa darah keluar dari jantung
Menghubungkan arteri dan vena
Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja
Tisu xilem dalam tumbuhan berfungsi untuk
Mengangkut air dan mineral dari akar ke daun
Mengangkut bahan makanan dari daun ke akar
Memberi sokongan
Menyerap tenaga (cahaya matahari)
Apakah bahagian tumbuhan yang berlabel i) dan ii) di atas?
(Pilih dua jawapan yang tepat)
i) xilem
i) floem
ii) xilem
ii) floem
