NEW
Font size
WorksheetsCHM4M-4.2
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
Q dan R ialah dua unsur yang terletak dalam kumpulan yang sama. Nombor proton Q ialah 9. Apakah susunan elektron yang mungkin bagi atom R.
2.8.7
2.8.8
2.8.8.1
2.8.8.4
Antara yang berikut,yang manakah benar tentang kala dalam Jadual berkala?
Merentasi kala,saiz atom bertambah
Setiap kala mengandungi bukan logam sahaja
Merentasi kala,kelektronegatifan bertambah
Atom-atom dalam kala yang sama mempunyai bilangan elektorn valens yang sama
Antara yang berikut,yang manakah betul mengenai perubahan sifat unsur merentasi kala dalam jadual berkala unsur?
Jejari atom meningkat
Jisim atom relatif berkurang
Bilangan proton dalam setiap atom meningkat
Bilangan elektron valens dalam setiap atom berkurang
Persamaan kimia yang manakah yang mewakili tindak balas antara logam natrium dan gas oksigen?
Na + O2 --> NaO2
Na + O2 --> Na2O
2Na + O2 --> Na2O
4Na + O2 --> 2Na2O
Y terletak dalam kumpulan yang sama dengan argon dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut,yang manakah ciri-ciri bagi Y?
I Zarah monoatom
II Lengai secara kimia
III Cecair pada suhu bilik
IV Mengkonduksi elektrik
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?
Keupayaan ion untuk membebaskan elektron
Keupayaan ion untuk menerima elektron
Keupayaan atom untu membebaskan elektron
Keupayaan atom untuk menerima elektron
Antara yang berikut ,yang manakah adalah gas monoatom?
Oksigen
Fluorin
Helium
Nitrogen
Unsur-unsur dalam jadual berkala unsur moden disusun mengikut tertib....
Menaik nombor proton
Menurun nombor proton
Menaik nombor nukleon
menurun nombor nukleon
Lajur menegak dalam Jadual berkala unsur dinamakan sebagai....
Kala
Kumpulan
Baris mengufuk dalam Jadual Berkala unsur dinamakan sebagai
Kala
Kumpulan
