wayground logo

Lembar Kerja Gratis yang Dapat Dicetak

BARU

Ukuran huruf

S
M
L
XL
Lembar kerja

Sains Tahun 6 : Pengawetan

Total soal: 10

Worksheet time: 5mins

Nama
Kelas
Tanggal
1.

Apakah maksud pengawetan makanan?

a)

Proses penyimpanan makanan sejukbeku

b)

Pemprosesan makanan menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

c)

Proses melindungi makanan daripada rosak

d)

Pemprosesan makanan supaya tahan lebih lama dan sedap dimakan

2.

Pendidihan dapat ....

a)

Melambatkan pertumbuhan mikroorganisma

b)

Menghalang pertumbuhan mikroorganisma

c)

Menyebabkan mikroorganisma tidak aktif

d)

Membunuh mikroorganisma

3.

Cili, mangga muda dan timun adalah contoh makanan yang sesuai diawet melalui kaedah...

a)

Pembungkusan vakum

b)

Penyalaian

c)

Penyejukbekuan

d)

Penjerukan

4.

Ketiadaan udara melalui kaedah pembungkusan vakum telah menyebabkan...

a)

Bakteria akan mati

b)

Bakteria tidak boleh bernafas

c)

Bakteria tidak boleh bertumbuh dan membiak

d)

Bakteria tidak aktif

5.

Berapakah bacaan suhu bagi kaedah penyejukbekuan?

a)

18oC ke bawah

b)

18oC ke atas

c)

0oC ke bawah

d)

0oC ke atas

6.

Di antara makanan berikut, manakah yang sesuai diawet melalui kaedah penyalaian?

a)

Epal dan sotong

b)

Pisang dan ikan

c)

Mangga dan ikan bilis

d)

Cendawan dan tomato

7.

Kegunaan garam dalam kaedah pemasinan adalah untuk...

a)

Menyingkirkan kelembapan pada makanan

b)

Menambah kemasinan pada makanan

c)

Menambah keenakan rasa makanan

d)

Menambah kesegaran makanan

8.

Di antara yang berikut manakah BUKAN kepentingan pengawetan?

a)

Boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan

b)

Makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapat dinikmati di negara lain

c)

Makanan mudah diangkut dan disimpan

d)

Makanan lebih berkualiti dan lebih mahal

9.

Sayur-sayuran yang tidak diawet akan...

a)

berlendir dan bertompok hitam

b)

bertukar menjadi kehitaman dan berbau busuk

c)

bertukar menjadi kekuningan dan layu

d)

berkulat dan berbau masam

10.

Kerosakan makanan yang tidak diawet berpunca daripada...

a)

Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab

b)

Tindakan mikroorganisma

c)

Tindakan pembekal makanan

d)

Tindakan pengusaha gerai makanan