wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Simpulan bahasa

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pak Darmawan terpaksa __________ untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.

a)

ikat perut

b)

alas perut

c)

buta perut

d)

besar perut

2.

Penonton berasa tidak puas hati apabila pengadil dari Korea itu bersikap __________ dengan melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia.

a)

berat tulang

b)

berat mata

c)

berat sebelah

d)

berat perut

3.

Keluarga Puan Vimala __________ sejak kematian suaminya minggu lalu.

a)

patah hati

b)

patah tumbuh

c)

patah kandar

d)

patah balik

4.

"Yusri yang nakal itu jangan di__________ sangat. Nanti bertambah teruk perangainya," kata Encik Rahman kepada isterinya.

a)

duit muka

b)

tebal muka

c)

angkat muka

d)

beri muka

5.

Cikgu Damia terpaksa __________ untuk meleraikan pergaduhan antara Afreena dan Humairah itu.

a)

angkat tangan

b)

campur tangan

c)

naik tangan

d)

lepas tangan

6.

Rumah Hijau yakin kedudukan pertama dalam acara itu berada ___________ mereka.

a)

dalam tangan

b)

campur tangan

c)

dalam hati

d)

sudut hati

7.

Bancian Penduduk yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Negara bertujuan untuk mengetahui jumlah __________ di seluruh negara.

a)

isi hati

b)

isi rumah

c)

suri rumah

d)

rumah tangga

8.

Sementara menunggu ibu membeli-belah, kami beristirahat di ____________ pasar raya itu.

a)

kaki tangga

b)

kaki pokok

c)

kaki bangku

d)

kaki lima

9.

Persembahan lawak jenaka itu sungguh __________ penonton.

a)

melukakan hati

b)

mencuit hati

c)

menawan hati

d)

mencuri hati

10.

Sikap Wie Hoi yang __________ itu menyebabkan dia sukar mendapat kawan.

a)

makan angin

b)

masuk angin

c)

naik angin

d)

kepala angin

11.

Sikap degil murid-murid yang suka ponteng menyebabkan guru-guru hanya menemui __________.

a)

jalan mati

b)

jalan buntu

c)

jalan pintas

d)

ada jalan

12.

Untuk mengelakkan _________ antara Danish dan Firdaus, Zul hanya berdiam diri sahaja.

a)

perang dingin

b)

perang mulut

c)

mulut murai

d)

tebal mulut

13.

Pak Hamid __________ apabila melihat rumah baharunya musnah dijilat api.

a)

panjang akal

b)

hilang akal

c)

cari akal

d)

tajam akal

14.

Barang-barang di pasar raya itu dijual dengan ____________ tiada tawar-menawar.

a)

harga runtuh

b)

harga diri

c)

harga mati

d)

tiada harga

15.

Kecantikan hiasan pada wau itu menyebabkan pelancong Arab itu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibeli.

a)

gelap mata

b)

putih mata

c)

juling mata

d)

rambang mata

16.

Encik Maniam sungguh __________ apabila melihat kereta baru kesayangannya telah dicalarkan.

a)

panas baran

b)

panas hati

c)

besar hati

d)

sejuk panas

17.

Kejayaan salah seorang murid sekolah ini yang berjaya di peringkat antarabangsa telah menjadi ________ semua orang.

a)

buah tangan

b)

buah mulut

c)

mulut tempayan

d)

mulut murai

18.

Murid-murid yang tidak __________ semasa pengajaran guru mereka akan dikenakan denda.

a)

pasang badan

b)

pasang dua

c)

pasang niat

d)

pasang telinga

19.

Dia memang ________, segala nasihat daripada kawan-kawannya dan orang tua tidak dihiraukannya.

a)

naik kepala

b)

sakit kepala

c)

kepala batu

d)

kepala angin

20.

Jaga-jaga percakapan kamu, Natasya boleh mendengar apa yang kamu katakan kerana dia __________.

a)

telinga kuali

b)

telinga gajah

c)

telinga lintah

d)

lintah darat

21.

Sebelum ke sekolah, ibu menghidangkan sekeping roti dan secawan susu sebagai ________.

a)

ta;i barut

b)

alas perut

c)

kembung perut

d)

ikat perut

22.

Cikgu Amalina tidak boleh memandu pada waktu malam ketana dia _________.

a)

ajak-ajak ayam

b)

tidur ayam

c)

rabun ayam

d)

cakar ayam

23.

Setiap petang ayah dan ibu _________ di tepi pantai hadapan rumah kami.

a)

makan angin

b)

naik angin

c)

atas angin

d)

ambil angin

24.

Setelah lima tahun belajar di ____________ kakak pulang untuk menerajui syarikat milik keluarga.

a)

atas angin

b)

laut dalam

c)

anak negeri

d)

hujan emas

25.

Semua jaringan bola pasukan kami dijaring oleh Rais kerana dialah ____________ sekolah.

a)

ayam jantan

b)

ayam tambatan

c)

ajak ayam

d)

kasut emas