Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RBT 1 LANGKAH KAWALAN PERGERAKAN

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah maksud masalah bukan inventif?

a)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

b)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

c)

Masalah yang memerlukan penambahbaikan

d)

Masalah yang sukar untuk diselesaikan

2.

1. Antara berikut yang manakah masalah bukan inventif?

a)

Gelang getah diletakkan pada balang kuih bagi mengelakkan biskut lemau namun ini menyebabkan balang kuih sukar dibuka

b)

Pendingin hawa dipasang di rumah untuk menyejukkan persekitaran tetapi menyebabkan penggunaan bil elektrik yang tinggi

c)

Kaki meja kayu digantikan dengan kaki yang diperbuat daripada besi sebagai penambahbaikan tetapi ini menyebabkan meja sukar untuk diangkat

d)

Pisau yang tumpul diasah dan kerja menyiang ikan dapat dilakukan dengan mudah.

3.

1. Antara berikut yang manakah fasa pertama dalam penyelesaian masalah inventif?

a)

Model masalah

b)

Model penyelesaian

c)

Kaedah penyelesaian

d)

Analisis punca masalah

4.

Antara berikut yang manakah benar tentang supersistem?

a)

Faktor persekitaran yang memberikan kesan terhadap produk seperti lantai

b)

Gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap

c)

Tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran

d)

Penerima kesan daripada fungsi objek

5.

Pernyataan di bawah adalah contoh situasi untuk satu percanggahan fizikal.

*Payung perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan

Berdasarkan situasi itu, nyatakan percanggahan fizikal yang wujud.

a)

Panjang - pendek

b)

Tinggi - rendah

c)

Berat-ringan

d)

Besar- kecil

6.

Berikut adalah contoh prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa.


*Proses menabur serbuk gula di atas donut

untuk mengurang atau menambahkan kemanisan


Antara berikut yang manakah prinsip inventif yang betul dengan contoh itu?

a)

Tindakan keterlaluan (Partial or excessive action)

b)

Pengembangan terma (Thermal expansion)

c)

Tindakan awal (Prelimenary action)

d)

Kedinamikan (Dynamization)

7.

Berikut adalah penerangan konsep prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang.


* Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang

mendatangkan gangguan daripada objek


Antara berikut yang manakah prinsip inventif yang betul dengan penerangan konsep itu?

a)

Penyarangan (Nested doll)

b)

Pembahagian (Segmentation)

c)

Kualiti setempat (Local quality)

d)

Pengekstrakan (Taking out/ extraction)

8.

Antara berikut yang manakah benar tentang konsep analisis fungsi?

a)

FungsI - Melaksanakan tugas tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk

b)

Objek - Tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran

c)

Produk - Terdiri daripada gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap

d)

Komponen - Menerima kesan daripada fungsi produk.

9.

Antara berikut, yang manakah kaedah pemisahan ruang?

a)

Meja perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah untuk murid yang rendah

b)

Payung perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan

c)

Meja makan yang boleh dibuka bila ingin digunakan dan boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan

d)

Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan

10.

Antara berikut yang manakah halangan semula jadi kepada punca penyelesaian suatu masalah?

a)

Panas

b)

Graviti

c)

Momentum

d)

Kelembapan