wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AQIDAH UPKK (Tahun 4)

Total questions: 32

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan qada'?

a)

Penentuan

b)

Perlaksanaan

c)

Pemeriksaan

d)

Penjelasan

2.

"Penetapan iaitu setiap perkara yang telah ditentukan oleh Allah terhadap semua makhlukNya termasuk perkara yang telah, sedang dan akan berlaku."


Berikut ialah maksud?

a)

Qada'

b)

Qada Mubram

c)

Qadar

d)

Qada' Muallaq

3.

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

(Surah Al-Qamar : 49)


Berikut merupakan dalil apa?

a)

Beriman kepada Qada' dan Qadar

b)

Beriman kepada Allah

c)

Beriman kepada Hari Kiamat

d)

Beriman kepada Rasul

4.

Apakah hukum beriman kepada Qada' dan Qadar?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

5.

Yang manakah bukan contoh perkara qada' dan qadar?

a)

Kehidupan dan kematian

b)

Kejadian langit dan bumi

c)

Api yang bersifat panas dan tarikan graviti

d)

Penciptaan kenderaan

6.

Berapakah bahagian qada'?

a)

2

b)

3

c)

6

d)

4

7.

Apakah contoh qada' mubram?

a)

Orang yang rajin belajar menjadi pandai

b)

Setiap yang hidup pasti akan mati

c)

Orang yang menjaga kesihatan pasti akan sihat

d)

Orang yang berniaga menjadi kaya-raya

8.

Apakah contoh qada' muallaq ?

a)

Setiap yang hidup pasti akan mati

b)

Keturunan dan bangsa

c)

Orang yang bersedekah rezekinya akan bertambah

d)

Hari kiamat pasti berlaku

9.

Apakah perkara yang bukan berkaitan qada' dan qadar ?

a)

Tawakkal

b)

Sambil lewa

c)

Usaha

d)

Doa

10.

"Setelah berusaha dan berdoa, kita mestilah menerima segala yang ditetapkan oleh Allah dengan pasrah dan hati yang terbuka."

a)

Betul

b)

Salah

11.

Dalam kehidupan, manusia kadang kala diberikan pilihan, antara pilihannya adalah ..........

a)

Ajal dan usia kita

b)

Kategori jenis darah

c)

Memilih untuk berperangai baik ataupun buruk

d)

Bentuk fizikal kita seperti warna dan ketinggian

12.

Antara perkara yang manusia tidak diberikan pilihan adalah ...........

a)

Memilih untuk berjaya ataupun gagal

b)

Melaksanakan perintah Allah atau tidak

c)

Menjadi miskin atau kaya

d)

Bentuk fizikal seperti ketinggian dan warna kulit

13.

"Seorang mukmin perlulah berserah diri kepada Allah dan redha dengan ketentuanNya sebelum, semasa dan selepas berusaha."


Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas?

a)

Usaha

b)

Doa

c)

Tawakkal

d)

Redha

14.

Hikmah beriman dengan qada' dan qadar ialah ...............

a)

Sentiasa merasa gelisah dalam kehidupan

b)

Sentiasa bermalasan dan tidak bersungguh dalam kehidupan

c)

Selalu bersangka buruk dengan Allah

d)

Tidak mudah berputus asa dalam kehidupan

15.

Yang manakah bukan kesan tidak beriman kepada qada' dan qadar ?

a)

Mudah menyalahkan takdir

b)

Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam kehidupan

c)

Berprasangka buruk terhadap Allah

d)

Gelisah dalam membuat keputusan hidup

16.

Apakah peranan doa dalam kehidupan ?

a)

Menghubungkan hamba dengan Allah

b)

Mengekalkan kehidupan jahil manusia

c)

Melemahkan jiwa manusia

d)

Menjatuhkan motivasi jiwa

17.

"Peranan tawakkal dalam kehidupan manusia akan menjadikan segala kehidupan manusia sentiasa tenang dalam mengharungi cabaran hidup yang diberikan oleh Allah."

a)

Betul

b)

Salah

18.

Secara adatnya, Allah akan memberikan kejayaan kepada orang yang berusaha dan sebaliknya.


Apakah perkara yang berkaitan di atas ?

a)

Doa

b)

Usaha

c)

Tawakkal

d)

Perkara baik

19.

Apakah surah yang dikaitkan dengan beriman kepada qada' dan qadar?

a)

Surah As-Syuraa : 11

b)

Surah Ar-Rahman : 27

c)

Surah Al-Qamar : 49

d)

Surah Ali Imran : 2

20.

Beriman kepada qada' dan qadar menjadikan kita lebih malas berusaha dalam menjalani kehidupan.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Erti sifat وحدانية ialah ........

a)

Berkuasa

b)

Kekal

c)

Tunggal / Esa

d)

Mendengar

22.

Allah Maha Esa dari segi zat, sifat dan perbuatan serta tiada persamaan dengan makhluk.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Lawan bagi sifat وحدانية ialah ...........

a)

عمي

b)

تعدد

c)

بكم

d)

عجز

24.

Kesan beriman kepada sifat وحدانية ..............

a)

Menambahkan kekufuran

b)

Sentiasa bermalasan dalam kerja

c)

Tidak mengenal Allah

d)

Mempunyai akidah yang teguh

25.

Yang manakah bukan akibat tidak beriman kepada sifat وحدانية

a)

Tidak mengenal Allah sebagai Pencipta kita

b)

Mudah disesatkan oleh Syaitan

c)

Iman semakin kuat dan teguh

d)

Mudah berasa sombong dan bangga diri

26.

Bukti Allah bersifat Esa

a)

Allah boleh dibandingkan dengan makhluk

b)

Allah itu berbilang-bilang

c)

Allah berkehendak terhadap sesuatu

d)

Allah tidak beranak dan diperanakkan

27.

Keadaan Allah yang berkuasa terhadap sesuatu dan tiada tandingan diantara kekuasaanNya dengan segala makhluk.


Ayat di atas berkaitan dengan sifat .........

a)

وحدانية

b)

قدرة

c)

إرادة

d)

وجود

28.

Manakah antara berikut bukan ciri-ciri kekuasaan Allah ?

a)

Menciptakan sesuatu dengan bantuan makhluk

b)

Setiap kejadian Allah mempunyai kesempurnaan

c)

Terdapat pelbagai manfaat dalam PenciptaanNya

d)

Kepelbagaian warna, jenis rasa serta bentuk dalam sesuatu Penciptaan

29.

Kesan tidak beriman dengan sifat قدرة .........

a)

Sentiasa melakukan pahala

b)

Sentiasa memohon keampunan dari Allah

c)

Meletakkan kehebatan makhluk mengatasi Allah

d)

Membuat amalan kebaikan yang banyak

30.

Hikmah beriman dengan sifat قدرة ..........

a)

Tidak bersyukur dengan nikmat Allah

b)

Sentiasa menyekutukan Allah

c)

Dekat dengan amalan Syirik

d)

Bersungguh dalam melaksanakan ibadah

31.

Manakah bukti kehebatan ciptaan Allah?

a)

Segala ciptaan Allah berfungsi mengikut ketetapan

b)

Menciptakan langit dan bumi dengan adanya tiang

c)

Tidak wujud perbezaan serta persamaan di dalam setiap kejadian

d)

Tidak mampu menghidupkan sesuatu yang tidak bernyawa

32.

Apakah lawan bagi sifat قدرة ?

a)

كارها

b)

عجز

c)

عدم

d)

فناء