WorksheetsDaya dan Gerakan I
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Rajah menunjukkan perjalanan Iskandar bermula dari Pulau Pinang ke Baling dan berakhir di Kuala Lumpur.
Berapakah sesaran Iskandar?
300 km
500 km
750 km
1550 km
Rajah menunjukkan sekeping kadbod ditarik dengan cepat, duit syiling 50 sen jatuh ke dalam gelas disebabkan oleh kesan inersia.
Situasi yang manakah dapat mengurangkan inersia?
Gunakan kadbod yang lebih licin.
Gunakan kepingan kadbod yang lebih besar.
Menarik kadbod dengan daya lebih kecil.
Gunakan duit syiling 5 sen.
Rajah menunjukkan pita detik bagi gerakan suatu objek.
Pernyataan manakah menerangkan situasi tersebut?
Objek memecut kemudian halaju seragam.
Objek menyahpecut kemudian halaju seragam.
Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian memecut.
Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian menyahpecut.
Jisim kereta ialah 750 kg. Berapakah pecutan kereta itu?
2 ms-²
1 ms-²
0.5 ms-²
0.1 ms-²
Satu jasad berada dalam keadaan pegun, atau terus bergerak dengan halajualar, kecuali terdapat satu daya luar yang mengubah keadaan gerakannya.
Hukum yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
Hukum Gerakan Newton Pertama
Hukum Gerakan Newton Kedua
Hukum Gerakan Newton Ketiga
Prinsip Keabadian Momentum
Kereta yang bergerak dengan halaju seragam mengalami pecutan ......
bertambah
berkurang
seragam
sifar
Satu detik dari jangkamasa detik ialah ...
Sela masa antara dua titik berturutan stas pita detik.
Jarak antara dua titik berturutan pada pita detik.
Frekuensi getaran dari jangkamasa detik.
Halaju getaran dari jangkamasa detik.
Pernyataan manakah tidak benar tentang perlanggaran kenyal?
Jumlah momentum diabadikan.
Jumlah tenaga diabadikan.
Tenaga kinetik diabadikan.
Dua objek bercantum selepas perlanggaran.
Antara berikut, yang manakah kuantiti vektor?
Jisim
Sesaran
Laju
Jarak
Objek bergerak dengan halaju negatif, bermaksud...
Objek mengalami pecutan berkurang.
Objek bergerak pada arah bertentangan.
Objek mengalami nyahpecutan.
Objek dalam keadaan pegun.
