wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KMK P2: SS Bab XIII

Total questions: 12

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang salah mengenai '

Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja.'

a)

Tun Hassan Temenggung merupakan saudara Tun Fatimah.

b)

Suami Tun Fatimah ialah Tun Ahmad, anak Seri Nara DIraja.

c)

Raja DIbaruh ialah saudara kepada Sultan Mahmud Syah, kekanda tua Sultan Alauddin Riayat Syah.

d)

Raja Dibaruh terkilan kepada Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud Syah terlebih dahulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.

2.

Pilih pernyataan yang tidak benar.

a)

Adat Melayu Melaka apabila permaisuri/raja perempuan mangkat maka anak Bendahara akan jadi raja perempuan.

b)

Adat Melayu Melaka apabila permaisuri/raja perempuan mangkat maka anak Temenggung akan jadi raja perempuan.

c)

Sultan Mahmud Syah dendan dengan Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan anaknya Tun Fatimah terlebih dahulu kepada baginda sebelum mengahwinkannya dengan Tun Ali.

3.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai 'Kekayaan Bendahara Seri Maharaja.'

a)

Jawatan yang dipegang oleh Raja Mendeliar ialah Syahbandar Melaka.

b)

Raja Mendeliar memiliki emas sebanyak lima bahara (50 kati).

c)

Bendahara Seri Maharaja memiliki tujuh bahara emas.

d)

Gambaran kekayaan Bendahara Seri Maharaja ialah anak buahnya diberi emas segenggam seorang buat permainan. Emas dimasukkan oleh anak buahnya ke dalam lubang-lubang/pahatan bendul dan pahatan pintu. JIka emas hilang diambil orang, Bendahara akan menggantikannya. JIka anak buahnya keluar berburu dan tidak dapat hasil perburuan, maka kerbau dikandang akan disembelih (sudah menjadi adat).

4.

Pilih pernyataan yang salah mengenai 'Kekayaan Bendahara Seri Maharaja.'

a)

Ali Manu Nayan ialah seorang biaperi/saudagara/pedagang.

b)

Tabiat Ali Manu Nayan ialah memberi emas/kain kepada Orang Besar-besar dan hulubalang yang datang ke rumahnya.

c)

Pembesar yang tidak pernah datang ke rumah Ali Manu Nayan ialah Tun Hussein Temenggung.

5.

Pilih pernyataan yang salah mengenai "Punca Mencetuskan Sekejam-kejam Hukuman."

a)

Nina Sura Dewana ialah Penghulu segala saudagar dalam negeri Melaka ada berbantah-bantah dengan Raja Mendeliar.

b)

Mereka pergi berbicara kepada Bendahara Seri Maharaja tetapi tidak selesai kerana hari lewat petang.

c)

Pada malam sebelum hari perbicaraan, Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dan menghadiahkan 2 bahara emas/20 kati emas kepada Bendahara.

d)

Seornag Keling bernama Kitul telah mengetahui perbuatan Nina Sura Dewana menemasi Bendahara lalu mengkhabarkannya kepad Raja Mendeliar.

e)

Raja Mendeliar marah kepada Bendahara kerana sangkanya Bendahara akan memihak kepada Nina Sura Dewana.

6.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Raja Mendeliar berjumpa dengan Laksamana Khoja Hassan dan menghadiahkan 10 bahara emas, permata dan pakaian dengan tujuan Laksamana sanggup menyampaikan fitnah terhadap Bendahara kepada Sultan Mahmud Syah.

b)

Raja Mendeliar berjumpa dengan Laksamana Khoja Hassan dan tidak dengan pembesar-pembesar lain kerana Khoja Hassan dan kaumnya terlalu karib kepada Sultan Mahmud Syah.

c)

Isi fitnah Raja Mendeliar ialah Bendahara Seri Maharaja ingin merampas takhta/kuasa kerajaan Melaka dari tangan Sultan Mahmud Syah.

d)

Alasan yang diberikan untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa Bendahara Seri Maharaja menempa Ciu emas (tikar tebal tiga rangkap yang dihias dengan emas) dan kaus emas (kasut emas)

e)

Laksamana sanggup menyampaikan fitnah tersebut kerana tertakluk dengan harta dunia.

7.

Pilih pernyataan yang salah mengenai "Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara."

a)

Tun Sura Diraja dititahkan supaya membunuh Bendahara Seri Maharaja.

b)

Bendahara Seri Maharaja menerima hukuman bunuh ke atasnya dengan rela hati kerana terlalu taat kepada raja/waad.

c)

Tun Hassan cuba menghalang pembunuhan ke atas Bendahara Seri Maharaja.

d)

Sultan Mahmud Syah juga menyuruh pembesar membunuh Seri Nara DIraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali serta Tun Fatimah.

8.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Tun Hamzah, anak Seri Nara DIraja dan Tun Fatimah terselamat dari dibunuh.

b)

Kesudahan peristiwa ini, Tun Fatimah diperisterikan Sultan Mahmud Syah.

c)

Hukuman yang diterima oleh Raja Mendeliar ialah dibunuh, Laksamana Khoja Hassan dilucutkan dari jawatan Bendahara manakal Kitul, termasuk anak isterinya disula melintang.

9.

Pilih pernyataan yang salah mengenai "Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok."

a)

Paduka Tuan ialah anak Bendahara Paduka Raja.

b)

Maksud tepok ialah lumpuh dan tidak dapat berjalan.

c)

Paduka Tepok mengadap raja Melaka dengan cara disuruh/usung sampai ke balairung.

d)

Nama lain bagi Paduka Tepok ialah Bendahara Lubok Hantu.

e)

Kegemaran Bendahara Tepok ialah makan sireh dan sepahnya diberikan kepada anak cucunya.

10.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Tabiat Bendahara Tepok ialah makan nasi banyak. Sekali makan habis pinggan lingkar/sepinggan besar dan lauk setalam. JIka ibu ayam sebesar-besarnya habis dimakannya, nasi segantang, susu searai/secupak dan sakar/gula secupak sebagai mengalas perut, sementara menunggu nasi yang ditanak masak.

b)

Hubungan Bendahara Tepok dengan Laksamana Hang Tuah ialah dua pupu dengan istri Laksamana Hang Tuah sedahan yang condong.

c)

Lain-lain tabiat Bendahara Tepok ialah jika berendam di sungai, makan buah habis ke air, jika hendak berjalan sepasu minyak wangi dilumur ke badan..

11.

Pilih pernyataan yang salah mengenai "Sultan Mahmud Membuang Kerajaan."

a)

Tun Fatimah tidak pernah senyum dan ketawa ketika menjadi isteri Sultan Mahmud Syah kerana Tun Fatimah terlalu kasih dan mengenangkan ayahandanya Bendahara Seri Maharaja yang mati dibunuh oleh suaminya Sultan Mahmud Syah.

b)

Sultan Mahmud Syah kesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja yang tidak berdosa, hanya berdasarkan fitnah semata-mata lalu baginda turun takhta.

c)

Raja Ahmad ditabalkan menjadi raja Melaka yang baharu.

d)

Selepas bersar, Sultan Mahmud Syah diam di Pokok Ara yang terletak di hulu Melaka.

12.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Sang Sapurba menjadi teman Sultan Mahmud Syah.

b)

Tun Fatimah membuang anaknya ketika hamil kerana Melaka sudah ada pewarisnya.

c)

Sultan Mahmud Syah berjanji kepada Tun Fatimah iaitu jika Tun Fatimah melahirkan anak laki-laki, ia akan ditabalkan sebagai raja Melaka.

d)

Anak yang dilahirkan selepas janji tersebut ialah Raja Putih dan Raja Khadijah.