Font size
Worksheets4.1 Bahagian dan Tujuan Setiap Fungsian
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Rajah di atas menunjukkan bahagian fungsian utama bagi Kedai Runcit Hajah Minah.
Mengapakah bahagian-bahagian fungsian tersebut penting kepada Kedai Runcit Hajah Minah?
Sebagai hala tuju perniagaan
Untuk meminimumkan kos operasi
Sebagai garis panduan kepada pekerja
Untuk memaksimumkan untung perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?
(Pilih 2 jawapan)
Pembahagian kerja
Hierarki pengurusan
Panduan keselamatan
Peraturan dalam organisasi
Pernyataan yang manakah merupakan peranan pengurusan pertengahan?
Merangka polisi organisasi
Menyelaraskan aktiviti bahagian masing-masing
Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar
Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengurusan.
Encik Ahmad merupakan seorang penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data akaun.
Apakah tahap pengurusan Encik Ahmad?
Pengurusan atasan
Pengurusan pasukan
Pengurusan bawahan
Pengurusan pertengahan
Gambar di atas menunjukkan suatu bahagian fungsian bagi Butik Alisa.
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
Jualan
Pemasaran
Pengeluaran
Pengurusan sumber manusia
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pemasaran kepada organisasi perniagaan?
Menjimatkan kos
Meningkatkan kecekapan
Meluaskan pasaran produk
Meningkatkan kualiti produk
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi bahagian jualan?
(Pilih 2 jawapan)
Merancang pengeluaran
Mengawal kualiti produk
Mengemas kini rekod pelanggan
Memberi maklum balas kepada pelanggan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.
Mengawal kecekapan penggunaan sumber
Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan
Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Pemasaran
Pengeluaran
Pentadbiran
Khidmat pelanggan
Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh suatu bahagian fungsian.
X mungkin sekali ialah bahagian fungsian ...
pembelian
pemasaran
pengagihan
pengeluaran
Gambar di atas menunjukkan tugas-tugas yang dilaksanakan di suatu bahagian fungsian.
Mengapakah bahagian fungsian ini penting kepada sesebuah perniagaan?
Melancarkan operasi perniagaan
Menukarkan input kepada output
Memberikan nasihat teknikal kepada pengguna
Mengawal kualiti barangan yang dikeluarkan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan bahagian fungsian.
Encik Izzuddin adalah pemilik XYZ Trading. Baru-baru ini XYZ Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit Produk A.
Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk sampai ke tangan pelanggan?
Pemasaran
Pentadbiran
Pengagihan
Pengeluaran
Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan?
Menetapkan harga produk
Memasarkan produk di pasaran
Menambah baik produk yang sedia ada
Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan
Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?
Menyimpan dan melindungi semua maklumat organisasi
Mengubah dan memindahkan data dengan cepat dan selamat
Menyimpan dan memproses data dengan mudah dan serta merta
Membolehkan maklumat digunakan untuk memaksimumkan produktiviti
Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
Pernyataan manakah yang merujuk kepada tujuan utama bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Sentiasa menghasilkan produk baharu
Mengubah suai produk sedia ada supaya lebih bermutu
Menghasilkan produk yang mampu memuaskan keperluan masyarakat
Membolehkan perniagaan menghasilkan produk yang sentiasa berdaya saing
Mengapakah pengurus pengeluaran melaksanakan kawalan awalan?
(Pilih 2 jawapan)
Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar
Memastikan bahan mentah memenuhi spesifikasi
Memastikan hasil keluaran memenuhi piawai yang ditetapkan
Memastikan pekerja operasi mempunyai kemahiran secukupnya
Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?
Menjamin permintaan untuk barang keluaran
Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan
Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna
Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran
Rajah di atas berkaitan dengan proses pengeluaran.
Apakah X ?
Proses kawalan
Proses penilaian
Proses transformasi
Proses perancangan
Antara yang berikut, manakah unsur input dalam proses pengeluaran?
(Pilih 2 jawapan)
Buruh
Teknologi
Usahawan
Barang siap
Mengapakah aktiviti pemasaran penting bagi sesebuah organisasi perniagaan?
Dapat mengagihkan barang ke pasaran
Dapat memuaskan keperluan pengguna
Dapat mencipta permintaan untuk keluaran
Dapat memujuk pengguna membeli barang
Produk adalah salah satu unsur penting dalam sesuatu campuran pemasaran.
Manakah yang merupakan ciri sesuatu produk?
Kos
Diskaun
Publisiti
Jaminan
Gambar di atas menunjukkan sejenis keluaran.
Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran di atas?
Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna
Pengeluar -> Pemborong -> Pengguna
Pengeluar -> Ejen -> Pengguna
Pengeluar -> Peruncit -> Pengguna
Maklumat di bawah ini berkaitan Encik Azman.
Encik Azman mengusahakan labu sayong. Pesanan yang diterima adalah daripada pengguna dari seluruh dunia yang mengunjungi laman web beliau.
Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Encik Azman untuk mengedarkan keluarannya?
Pengeluar -> Pengguna
Pengeluar -> Ejen -> Pengguna
Pengeluar -> Ejen -> Peruncit -> Pengguna
Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna
Apakah peranan utama bahagian fungsian jualan?
Menjawab pertanyaan pelanggan
Mencipta permintaan untuk barang jualan
Menentukan dan mencapai sasaran jualan
Melaksanakan publisiti untuk menarik pelanggan
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan?
Menyediakan sebut harga untuk pelanggan
Mengenal pasti sasaran pelanggan perniagaan
Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui cita rasa pelanggan
Melakukan rundingan dengan pelanggan tentang harga dan diskaun
