Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa Tahun 4

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Saya mahu _____ siapkan latihan ini pada hari ini juga," kata Cikgu Malin kepada semua murid tahun 4 Mawar.

a)

kalian

b)

awak

c)

anda

2.

Tangan adik _______ oleh ayah semasa berjalan-jalan di pasar malam.

a)

ditarik

b)

diheret

c)

dipimpin

d)

didukung

3.
Latif berhati-hati sewaktu _______ sungai dengan menggunakan titi batang pokok kelapa.
a)
meniti
b)
melalui
c)
meredah
d)
menyeberang
4.
Biskut lemak yang dibiarkan semalaman di atas meja itu telah __________.
a)
keras
b)
lemau
c)
lembik
d)
lembut
5.
Suasana di dalam kelas lima Kemboja itu sungguh ________ kerana ketiadaan guru di situ.
a)
ramah-tamah
b)
porak-peranda
c)
hingar-bingar
d)
huru-hara
6.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

7.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

8.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang

9.

Puan Mona membina beberapa ________________ rumah untuk anak-anaknya demi masa depan mereka.

a)

biji

b)

buah

c)

bilah

d)

bidang

10.

Bagaimanakah kita dapat menghargai jasa guru?

a)

Jasa guru boleh dihargai setiap tahun

b)

Guru merupakan insan yang memberikan ilmu pengetahuan

c)

Jasa guru merupakan perkara yang tidak ternilai

d)

Kita dapat menghargai jasa guru dengan menghormati mereka