Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Pertama

a)

Saya

b)

Beta

c)

Kami

d)

Hamba

2.

Yang manakah merupakan Kata Ganti Nama Kedua?

a)

Dia

b)

Tuanku

c)

Kalian

d)

Tuan hamba

3.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga KECUALI

a)

Pak Abu

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Patik

4.

"__________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Beliau

5.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

6.

Beberapa orang murid terlibat dalam pertandingan kawad kaki. _______ berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kalian

d)

Kami

7.

Sekarang sedang berlangsung siaran Perutusan Khas Perdana Menteri. _________ akan menerangkan tentang tatacara kerajaan menangani wabak COVID 19.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Mereka

8.

________ yang ingin datang ke sekolah untuk mengadakan kelas tambahan, perlu minta keizinan daripada Guru Besar.

a)

Siapa

b)

Siapa-siapa

c)

Apa-apa

d)

Apa

9.

"____________ kamu membeli buku rujukan ini?" Tanya Nazihan kepada Aqilah.

a)

Bagaimana

b)

Berapa

c)

Mengapa

d)

Di manakah

10.

____________ orang kakitangan syarikat itu telah dinaikkan pangkat kerana khidmat cemerlang _________.

a)

Sebahagian......dia

b)

Beberapa......nya

c)

Separuh.......mereka

d)

Beberapa.......mereka

11.

Pilih penggunaan kata ganti nama diri yang betul.

a)

Pokok itu ditanam oleh ibu.

b)

Baginda menitahkan supaya rakyat bertenang.

c)

Kasut kulit itu dibeli oleh saya semalam.

d)

Nasi ayam yang sedap ini kami masak.

12.

Berikut merupakan ayat yang betul KECUALI

a)

Setiap hujung minggu, ayah akan mencuci keretanya.

b)

"Patik akan memastikan negeri Melaka aman dan damai," sembah Tun Perak kepada Sultan Alauddin Syah.

c)

Fahim tekun menyiapkan kerja sekolah dia.

d)

Beliau sedang merasmikan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan.

13.

Apakah yang dilakukan oleh mereka?

a)

Para peserta berada di padang untuk menyertai acara tarik tali.

b)

Murid-murid bertepuk tangan sambil memberi sokongan kepada peserta tarik tali.

c)

Mereka sedang menyertai pertandingan tarik tali.

d)

Murid-murid bersungguh-sungguh semasa acara tarik tali.

14.

Lauk asam pedas ikan kembung yang dimasak oleh ibu sungguh enak.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Sultan Azlan Syah berkenan menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian kepada Nur Afiah sempena Hari Keputeraan baginda semalam.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Semua tugasan yang diberi oleh cikgu telah disiapkan oleh saya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Semua buah nangka itu telah kami jual kepada pemborong.

a)

Betul

b)

Salah

18.

"Tuanku perlu bersiap sedia kerana kita akan berangkat ke Kedah esok," kata Tun Ali kepada panglima.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Mintalah apa yang kamu inginkan, nescaya saya akan tunaikan.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Kata Ganti Nama Diri pertama dan kedua tidak boleh menerima imbuhan 'di' pada kata kerja.


Contoh : Buku itu saya baca.

Kasut itu kamu beli.

a)

Betul

b)

Salah