NEW
Font size
WorksheetsIBADAH UPKK (TAHUN 3)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan syarat dan rukun yang tertentu bagi menggantikan wuduk apabila telah masuk waktu solat.
Berikut ialah pengertian ?
Wudhuk
Tayammum
Hadas
Mandi wajib
Berapakah angota tayammum?
3
1
4
2
Apakah had sapuan muka bagi tayammum?
Dari anak telinga kanan hingga telinga kiri
Dari hujung jari hingga ke siku
Dari tumbuhnya rambut hingga ke dagu, dari anak telinga kanan hingga telinga kiri
Dari tumbuhnya rambut hingga ke dagu
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ
Apakah surah yang berkaitan dengan ayat di atas ?
Surah Al-Maidah : 6
Surah Al-Maidah :58
Surah Al-Baqarah :110
Surah Al-Jum'ah : 9
Yang manakah bukan sebab-sebab tayammum ?
Bekalan air terhad
Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya
Terdapat halangan dari menggunakan air (uzur)
Musafir yang mudah mendapatkan air
Apakah syarat sah tayammum?
Yakin telah masuk waktu solat
Menggunakan debu tanah yang syubhah
Menghadap kiblat
Menipiskan debu
Rukun tayammum ialah ................
Menyapu kedua belah kaki hingga ke buku lali
Menyapu kedua belah tangan hingga ke siku secara bersilih ganti
Menyapu telinga
Menyapu sebahagian kepala
Berikut merupakan perkara sunat tayammum kecuali .............
Menipiskan debu tanah
Mendahulukan anggota kanan
Berkumur-kumur
Merenggangkan tangan ketika bertayammum
Apakah perkara yang membatalkan tayammum ?
Bersin
Mengucap dua kalimah syahadah
Mengetahui masuknya waktu solat
Mengetahui adanya air setelah bertayammum
Manakah bukan hikmah pensyariatan tayammum ?
Islam agama yang sesuai dan praktikal dalam semua keadaan
Tayammum merupakan rahmat Allah kepada hambaNya
Boleh menghimpunkan solat kepada satu waktu sahaja
Islam itu agama yang mudah
Dalam tayammum, anggota tayammum disapu dengan tiga kali sapuan sahaja.
Betul
Salah
Ahmad bermusafir dan telah masuk waktu zohor. Namun dia hanya mempunyai bekalan air untuk diminum sahaja.
Apakah hukum bagi situasi diatas ?
Harus bertayammum
Sunat tayammum
Haram tayammum
Tidak sah tayammum
Syahmi sedang mendirikan solat dengan bertayammum, semasa dalam solat, dia terdengar ada bunyi air keluar di bilik mandi.
Apakah hukum solat tersebut ?
Wajib menghabiskan solat
Tidak sah solat dan perlu mengambil wuduk
Perlu bertayammum sekali lagi
Harus meneruskan solat
Meratakan air mutlak keseluruh anggota badan disertai niat dan syarat tertentu bagi seseorang yang berhadas besar atau mati kecuali mati syahid.
Apakah pengertian di atas ?
Mandi sunat
Tayammum
Berwuduk
Mandi wajib
Berikut merupakan sebab-sebab mandi wajib kecuali .............
Keluar air mani
Bersetubuh
Mati syahid
Haid
Adakah jenazah orang yang mati syahid perlu dimandikan ?
Ya
Tidak
Apakah yang dimaksudkan dengan nifas?
Berlaku kepada perempuan yang melahirkan anak
Darah kotor yang keluar dari qubul wanita setelah cukup umur
Lelaki dan wanita yang telah melakukan persetubuhan
Darah yang keluar dalam tempoh tertentu setelah seseorang itu melahirkan anak
Rukun mandi wajib ialah .......
Menghilangkan najis dan kotoran pada badan terlebih dahulu
Meratakan air ke sebahagian anggota sahaja
Membasuh tangan 3 kali
Membaca doa selepas mandi
Berikut merupakan cara-cara mandi wajib kecuali
Membasuh kemaluan
Membaca basmalah
Tawaf
Menggosok-gosok dan meratakan air ke seluruh anggota badan
Manakah bukan perkara sunat mandi wajib?
Mengambil wuduk terlebih dahulu
Menghilangkan najis dan kotoran pada badan
Menyelati rambut
Mendahulukan sebelah kanan badan
Perkara yang dilarang ketika berhadas besar ialah ..........
Berzikir
Memasak
Membaca al-quran
Mengemas rumah
Apakah yang dimaksudkan dengan wiladah (ولادة)
Air berwarna putih kekuningan yang keluar dari qubul lelaki disebabkan mimpi
Darah yang keluar ketika saat kelahiran
Darah yang keluar dalam tempoh tertentu setelah seseorang itu melahirkan anak
Suami dan isteri yang melakukan persetubuhan
Aisyah dalam keadaan hadas besar, namun dia tetap meneruskan puasa.
Apakah hukum bagi situasi di atas?
Sunat
Makruh
Wajib
Haram
Nasuha mendapati darah haidnya sudah berhenti ketika waktu asar masih panjang, adakah dia perlu mandi wajib dan terus solat asar ?
Ya
Tidak
Manakah bukan perkara yang dilarang ketika berhadas besar?
Mendirikan solat
Duduk dalam masjid
Berzikir
Menyentuh dan membaca Al-Quran
