wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis 1 (T4: TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan pendapatan negara

c)

Melibatkan urus niaga jual beli keluaran

d)

Memenuhi kelangsungan kehidupan manusia

2.

Antara berikut yang manakah komponen berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

c)

Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pemborong

3.

Antara berikut yang manakah bukan contoh keperluan bagi manusia?

a)

Pakaian

b)

Makanan

c)

Tempat berlindung

d)

Tempat pelancongon

4.

Manakah yang benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

Mewujudkan faedah kepada pengguna

c)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

d)

Melakukan pembaharuan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan

5.

Manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)?

a)

Menjalankan perniagaan secara jualan pada harga kos

b)

Memastikan nasib setiap insan yang mmerlukan terus terbela

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan keuntungan

d)

Bermatlamat meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan masyarakat

6.

Antara berikut, manakah kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Secara percuma

b)

Jualan secara borong

c)

Jualan pada harga kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

7.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

Untuk mengukur tahap prestasi perniagaan

b)

Untuk imej perniagaan yang baik di mata pihak berkepentingan

c)

Untuk menjadi dorongan kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih gigih lagi

d)

Untuk melipat kali gandakan keuntungan agar dapat mengumpul kekayaan

8.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang milikan tunggal?

a)

Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu sahaja

b)

Sumber pembiayaan diperoleh daripada pinjaman saudara mara

c)

Bilangan ahli yanh dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang

d)

Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu

9.

Manakah langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul?

a)

Mendapat Borang D --> Membuat Pembayaran --> Mengisi Borang A --> Mengisi Borang Carian Nama

b)

Membuat pembayaran --> Mengisi Borang A --> Mengisi Borang Carian Nama --> Mendapat Borang D

c)

Mengisi Borang A --> Mengisi Borang Carian Nama --> Mendapat Borang D --> Membuat Pembayaran

d)

Mengisi Borang Carian Nama --> Mengisi Borang A --> Membuat Pembayaran ---> Mendapatkan Borang D

10.

Apakah kelebihan milikan perkongsian?

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Menanggung Liabiliti Terhad

d)

Dapat membuat keputusan sendirian

11.

Gambar di atas menunjukkan suatu bentuk milikan perniagaan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan bentuk milikan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Modal lebih besar

c)

Mudah ditubuhkan

d)

Beban cukai yang rendah

12.

"Puan Tyra dan Puan Ryna telah menubuhkan perniagaan bersama dan telah membayar cukai pendapatan perseorangan."


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis milikan perniagaan mereka?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat berhad

13.

"Encik Amir merupakan pemilik Perniagaan Amir. Setelah 2 tahun beroperasi, Encik Amir telah mengajak rakannya iaitu Encik Shah untuk menjalankan perniagaan bersama dan menukar nama Perniagaan Amir dan Shah."


Berdasarkan kepada pernyataan di atas, mengapakah peniaga mengambil tindakan tersebut?

a)

Perniagaan berterusan

b)

Risiko dapat disebarkan

c)

Menanggung liabiliti terhad

d)

Dapat berkongsi kepakaran

14.

Antara berikut, yang manakah jenis rakan kongsi yang betul

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi terhad

e)

Rakan kongsi nominal

15.

Antara berikut, maklumat yang manakah yang benar mengenai Perkongsian Liabiliti Terhad?

a)

Had minimum rakan kongsi ialah satu orang

b)

Tiada had maksimum bilangan rakan kongsi

c)

Menanggung liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja

d)

Jangka hayat bagi perkongsian jenis ini adalah tidak kekal sekiranya ada rakan kongsi meninggal

16.

Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang awam

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan penubuhan syarikat?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Cukai pendapatan yang rendah

d)

Kebebasan mengurus oleh pemilik

18.

Maklumat di bawah ialah berkaitan dengan pemilikan perniagaan.


"Tenaga Nasional Berhad"


Berdasarkan maklumat ini, yang manakah menerangkan mengenai pemilikan perniagaan ini?

a)

Tiada had maksimum pemilikan

b)

Dikenakan cukai pendapatan yang rendah

c)

Kedudukan kewangan diumumkan kepada orang ramai

d)

Jangka hayat perniagaan adalah tidak kekal

19.

"Syarikat Permata Indah Berhad"


Maklumat di atas ialah satu jenis pemilikan perniagaan. Berdasarkan maklumat ini, siapakah yang berhak untuk mengurus dan mengawal perniagaan tersebut?

a)

Pemegang syer

b)

Pengurus syarikat

c)

Ahli lembaga pengarah

d)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

20.

Antara berikut, yang manakah perniagaan yang mempunyai liabiliti terhad?

a)

Kedai Kasut Yap

b)

Perniagaan Hassan Bersaudara

c)

Syarikat Mutusami Sdn. Bhd.

d)

Syarikat Petro Gali Berhad