Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING2 BAB9 HABA II

Total questions: 35

Worksheet time: 3hrs 55mins

Name
Class
Date
1.

Apakah unit S.I bagi haba?

a)

Joule

b)

Watt

c)

Newton

d)

Darjah Celsius

2.

Pernyataan manakah yang BENAR?

a)

Haba ialah sukatan darjah kepanasan dan kesejukan suatu objek

b)

Suhu ialah satu bentuk tenaga

c)

Konduksi ialah proses pengaliran haba dari kawasan panas ke kawasan sejuk melalui medium gas

d)

Sinaran ialah proses pemindahan haba tanpa sebarang medium

3.

Yang manakah contoh PEROLAKAN?

a)

Bayu darat

b)

Bayu laut

c)

Pemanasan Bumi oleh Matahari

d)

Pemanasan sudu besi di dalam air panas

4.

Mengapakah ayam yang dibakar di dalam ketuhar dibalut dengan kerajang aluminium?

a)

untuk melindungi ayam daripada hangus

b)

kerajang aluminium ialah konduktor haba yang baik

c)

kerajang aluminium ialah pemantul haba yang baik

d)

untuk mengelakkan tangan daripada melecur

5.

Rajah menunjukkan satu aktiviti pengembangan dan pengecutan jirim.

Apakah inferens bagi pemerhatian di aras?

a)

zarah udara di dalam belon mengembang

b)

zarah udara dalam belon bergerak lebih laju

c)

zarah udara dalam belon menjadi semakin rapat antara satu sama lain

d)

zarah udara di dalam belon mengecut

6.

Rajah menunjukkan landasan kereta api. Mengapakah terdapat ruang di antara penyambung rel?

a)

memudahkan pemasangan landasan kereta api

b)

membolehkan pengecutan rel di waktu malam

c)

membolehkan pengembangan rel di waktu panas

d)

membolehkan landasan membengkok pada cuaca panas

7.

Apakah akan berlaku pada molekul cecair apabila disejukkan.?

a)

Molekul bergerak perlahan

b)

Haba dibebaskan

c)

Saiz molekul mengecil

d)

Tenaga molekul bertambah

8.

Baju warna apakah yang paling sesuai dipakai oleh Yasmin ketika membuat aktiviti sukan pada waktu tengah hari?

a)
b)
c)
d)
9.

Tapak cerek elektrik diperbuat daripada logam dan pemegangnya diperbuat daripada bahan bukan logam. Mengapakah bahan BUKAN LOGAM digunakan untuk membuat pemegang cerek?

a)

Tidak berkarat dan tahan lebih lama

b)

Penebat haba yang baik

c)

Membebaskan haba dengan cepat

d)

Menyerap haba dengan baik

10.

Pernyataan yang manakah BETUL mengenaik HABA dan SUHU?

a)

Haba : Diukur dalam Joule (J)

Suhu : Diukur dalam °C atau K

b)

Haba : Diukur dalam °C atau K

Suhu : Diukur dalam Joule (J)

c)

Haba : Satu bentuk daya

Suhu : Satu bentuk tenaga

d)

Haba : Satu bentuk tenaga

Suhu : Satu bentuk daya

11.

Rumah-rumah di negara tropika biasanya dicat putih untuk...

a)

menyerap haba

b)

mengesan haba

c)

menyinar haba

d)

memantul haba

12.

Apakah prinsip pengaliran haba manakah yang digunakan di dalam sistem pengudaraan sebuah bilik?

a)

Sinaran

b)

Konduksi

c)

Perolakan

d)

Penyerapan

13.

Foto menunjukkan proses mengeringkan ikan dengan menggunakan haba dari unggun api. Apakah bentuk pergerakan haba dari unggun api ke ikan?

a)

Pemejalwapan

b)

Peleburan

c)

Pendidihan

d)

Konduksi

14.

Yang manakah BENAR tentang HABA?

a)

satu bentuk tenaga

b)

tidak boleh disukat

c)

boleh dilihat

d)

darjah kepanasan bagi suatu objek

15.

Apakah proses pemindahan haba dari Matahari ke Bumi?

a)

Penyejatan

b)

Konduksi

c)

Perolakan

d)

Sinaran

16.

Yang manakah BENAR tentang BAYU LAUT?

a)

bayu laut berlaku pada waktu malam

b)

bayu laut bertiup dari darat ke laut

c)

bayu laut berlaku kerana daratan lebih cepat panas daripada laut

d)

bayu laut berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat

17.

Antara kaedah aliran haba berikut, yang manakah membolehkan kita untuk mendidihkan air?

a)

Sinaran

b)

Perolakan

c)

Konduksi

d)

Pemejalwapan

18.

Rajah menunjukkan tiga paku tekan dilekatkan pada sebatang rod besi dengan lilin. Apakah yang akan berlaku kepada paku tekan P, Q dan R apabila salah satu hujung rod tersebut dipanaskan?

a)

Ketiga-tiga paku tekan jatuh pada masa yang sama

b)

Paku tekan P jatuh dahulu diikuti paku tekan Q dan R

c)

Paku tekan R jatuh dahulu diikuti paku tekan Q dan P

d)

Ketiga-tiga paku tekan tidak jatuh

19.

Suhu ialah ukuran darjah..

a)

saiz zarah

b)

kepanasan suatu objek

c)

kesejukan suatu objek

d)

bentuk tenaga

20.

Rajah menunjukkan satu aktiviti di mana dua bikar mempunyai suhu yang sama. Apakah kesimpulan daripada aktiviti ini?

a)

Tenaga haba dalam kedua-dua bikar adalah sama

b)

Tenaga haba dalam kedua-dua bikar menurun

c)

Tenaga haba dalam bikar A adalah dua kali lebih tinggi daripada tenaga haba dalam bikar B

d)

Tenaga haba dalam bikar B adalah dua kali lebih tinggi daripada tenaga haba dalam bikar A

21.

Konduktor haba yang baik ialah...

a)

air

b)

merkuri

c)

gabus

d)

udara

22.

Rajah menunjukkan kesemua rod disalut dengan lilin. Lilin pada rod manakah paling cepat cair hingga ke titik M?

a)

Rod kuprum

b)

Rod kayu

c)

Rod besi

d)

Rod timah

23.

Apakah fungsi dinding kaca dilapisi dengan perak dalam botol termos?

a)

Mengelakkan sinaran haba

b)

Mengelakkan konduksi haba

c)

Mengelakkan perolakan haba

d)

Mencantikkan kelalang termos

24.

Apakah fungsi vakum dalam botol termos?

a)

Mengelakkan sinaran haba

b)

Mengelakkan konduksi haba

c)

Mengelakkan perolakan haba

d)

Mencantikkan kelalang termos

25.

Ciri-ciri bangunan hijau yang mesra alam termasuk...

a)

penggunaan bahan kitar semula

b)

penggunaan peralatan seperti pemanas air suria dan panel suria

c)

penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui

d)

penggunaan penyaman udara

26.

Pakaian berwarna apakah yang digalakkan dipakai sewaktu cuaca panas?

a)

biru gelap

b)

kuning cair

c)

hitam

d)

kelabu

27.

Alya Husna mendapati cecair dalam termometer meningkat apabila ia diletakkan di dalam air panas.

Yang menerangkan situasi di atas?

a)

cecair itu mendidih

b)

udara sekitarnya terlalu panas

c)

ia kehilangan haba dari air panas dan mengecut

d)

ia memperoleh haba daripada air panas dan mengembang

28.

Apakah kaedah pemindahan haba yang TIDAK memerlukan medium untuk berlaku?

a)

perolakan

b)

sinaran

c)

penyerapan

d)

konduksi

29.

Apakah contoh bagi KONDUKSI?

a)

Air mendidih

b)

Bayu laut

c)

Tapak seterika

d)

Belon udara panas

30.

Proses manakah yang melibatkan pertukaran udara sejuk dengan udara panas?

a)

perolakan

b)

sinaran

c)

penyerapan

d)

konduksi

31.

Pernyataan manakah BENAR tentang suhu?

a)

diukur dalam darjah Celsius

b)

diukur dalam Joule

c)

suatu bentuk tenaga

d)

bergantung kepada jenis bahan

32.

Apakah cara pengaliran haba bagi Situasi 1 dan Situasi 2?

a)

Situasi 1: Sinaran haba dari Matahari ke ais krim

Situasi 2: Sinaran haba dari kopi panas ke udara

b)

Situasi 1: Konduksi haba dari Matahari ke ais krim

Situasi 2: Konduksi haba dari kopi panas ke udara

c)

Situasi 1: Perolakan haba dari Matahari ke ais krim

Situasi 2: Perolakan haba dari kopi panas ke udara

d)

Situasi 1: Sinaran haba dari Matahari ke ais krim

Situasi 2: Perolakan haba dari kopi panas ke udara

33.

Rajah menunjukkan sebuah jambatan keluli yang dibina dengan ruang di mana satu hujung lagi disokong oleh penggolek. Apakah fungsi penggolek tersebut?

a)

mengembang cepat semasa mengesan perubahan haba

b)

mengecut perlahan semasa mengesan perubahan haba

c)

membenarkan pengembangan jambatan semasa cuaca panas

d)

mengelakkan jambatan daripada retak

34.

Pemampat di belakang peti sejuk berwarna hitam supaya haba dapat

a)

diserap dari persekitaran dengan cepat

b)

diserap dari persekitaran dengan perlahan

c)

dibebaskan ke persekitaran dengan cepat

d)

dibebaskan ke persekitaran dengan perlahan

35.

Rajah menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam operasi sistem penggera kebakaran. Pilih urutan yang betul untuk membunyikan loceng penggera.

a)

L → M → N → K

b)

M → N → L → K

c)

L → N → M → K

d)

K → N → M → L