wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Obligasi Terhadap Klien & Pihak Ketiga

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'obligasi'?

a)

Suatu objek lukisan oblik

b)

Keupayaan melakukan sesuatu arahan

c)

Sesuatu yang mesti dilaksanakan

d)

Organisasi yang bertanggungjawab terhadap pekerja

2.

Berapakah bilangan model yang boleh diaplikasi dalam hubungan profesional - klien?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

3.

Apakah penekanan utama dalam 'Model Agensi'?

a)

Autoriti dan tanggungjawab dalam membuat keputusan yang lebih berfokus kepada profesion.

b)

Autoriti dan tanggungjawab dalam membuat keputusan yang lebih berfokus kepada klien.

c)

Autoriti dan tanggungjawab dalam membuat keputusan yang lebih berfokus kepada majikan.

d)

Autoriti dan tanggungjawab dalam membuat keputusan yang lebih berfokus kepada kontraktor.

4.

Berikut merupakan kelemahan dalam 'Model Agensi' kecuali

a)

Autoriti sepenuhnya kepada klien dalam memberi arahan dan menasihati semua hal.

b)

Mengabaikan keistimewaan golongan pakar dalam memberi nasihat atau perkhidmatan mereka.

c)

Mengutamakan pandangan masyarakat sekeliling.

d)

Mengabaikan etika profesional terhadap pihak ketiga.

5.

Apakah penekanan utama dalam 'Model Kontrak'?

a)

Autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara pekerja dengan majikan.

b)

Autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara profesion dengan profesional.

c)

Autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara profesional dengan klien.

d)

Autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara doktor dengan peguam.

6.

Berikut adalah konsep etika yang ditonjolkan dalam 'Model Kontrak' kecuali

a)

Situasi 'menang menang' dalam persetujuan.

b)

Kelebihan kepada kedua-dua pihak.

c)

Keuntungan besar kepada majikan sahaja.

d)

Persetujuan kedua-dua pihak meskipun wujud perbezaan kuasa tawar menawar antara mereka.

7.

Kelebihan 'Model Kontrak' lebih memihak kepada...

a)

Pekerja

b)

Profesional

c)

Pentadbir

d)

Pelaksana

8.

Nyatakan model lain selain Model Agensi dan Model Kontrak

a)

Perkauman

b)

Persahabatan

c)

Peringatan

d)

Perutusan

9.

Siapakah pihak ketiga?

a)

Pihak ketiga adalah orang selain daripada masyarakat.

b)

Pihak ketiga adalah orang selain daripada pekerja.

c)

Pihak ketiga adalah orang selain daripada klien.

d)

Pihak ketiga adalah orang selain daripada kontraktor.

10.

Dalam obligasi bersikap amanah ini, berapakah sikap obligasi bersikap amanah yang perlu ada pada profesional?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

11.

Pilih sikap obligasi bersikap amanah yang perlu ada pada profesional..

a)

Kesetiaan

b)

Kesusilaan

c)

Kesopanan

d)

Ketekunan

12.

Berikut adalah antara sikap obligasi bersikap amanah yang perlu ada pada profesional kecuali...

a)

Berterus terang

b)

Kompetensi

c)

Mengambil hati

d)

Menyimpan rahsia

13.

Apabila disebut tentang hubungan antara golongan profesional dan klien, apakah yang ditekankan dalam perkhidmatan?

a)

Perkhidmatan kepakaran profesional kepada profesionnya.

b)

Perkhidmatan kepakaran profesional kepada kliennya.

c)

Perkhidmatan kepakaran profesional kepada kontraktornya.

d)

Perkhidmatan kepakaran profesional kepada pekerjanya.

14.

Apakah isu antara profesional dan klien?

a)

Peruntukan tanggungjawab dan tingkahlaku dalam membuat keputusan.

b)

Peruntukan keutamaan dan kemenangan dalam membuat keputusan.

c)

Peruntukan keupayaan dan keuntungan dalam membuat keputusan.

d)

Peruntukan tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan.

15.

Berikut adalah kelebihan yang diperoleh oleh profesional apabila mengikut etika kerja yang ditetapkan dalam profesion masing-masing kecuali...

a)

Imej profesion dipandang tinggi.

b)

Dipercayai oleh semua peringkat golongan.

c)

Meningkatkan keuntungan diri semata-mata.

d)

Meningkatkan prestasi dan kualiti organisasi.