NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsPenjodoh Bilangan
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Name
Class
Date
1.
Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.
a)
utas
b)
gulung
c)
gelung
d)
bidang
2.
__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
a)
sejambak
b)
sekuntum
c)
sejambangan
d)
sebatang
3.
Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
a)
utas
b)
untai
c)
gulung
d)
lembar
4.
Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu, kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.
a)
cubit
b)
cuit
c)
colet
d)
genggam
5.
Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.
a)
rumpun
b)
ketul
c)
bentuk
d)
pucuk
6.
Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.
a)
biji
b)
rawan
c)
bilah
d)
batang
7.
Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
a)
jalur ….. pintu
b)
kaki ….. baris
c)
batang ….. deret
d)
baris ….. buah
8.
Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
a)
sebakul ..... seberkas
b)
selonggok ..... seikat
c)
seberkas ..... seikat
d)
sekawan ..... segulung
9.
Beberapa ______ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu Datin Mariam
a)
biji
b)
helai
c)
jambak
d)
batang
10.
Emak membeli tiga _________ jagung untuk direbus.
a)
biji
b)
ketul
c)
tangkai
d)
tongkol
11.
Bapa membeli dua ________ langsat ketika pulang dari bandar.
a)
biji
b)
buah
c)
ulas
d)
gugus
12.
Emak menyuruh adik membeli 3 ______ petai di pasar tani sebelum pulang ke rumah.
a)
biji
b)
papan
c)
keping
d)
gugus
13.
Abang menghadiahi emak se_______ cincin permata sempena hari lahirnya.
a)
bentuk
b)
utas
c)
urat
d)
biji
14.
Penjodoh bilangan bagi pisau ialah________
a)
batang
b)
pucuk
c)
bilah
d)
keping
15.
Yang manakah berikut merupakan penjodoh bilangan bagi buku, rumah, motorsikal, kerusi dan meja.
a)
butir
b)
biji
c)
pucuk
d)
buah
16.
payung
a)
kaki
b)
batang
c)
biji
d)
buah
17.
sate
a)
biji
b)
bilah
c)
cucuk
d)
keping
18.
surat khabar
a)
helai
b)
buku
c)
keping
d)
naskhah
19.
Kami diminta mengarang se__________ sajak.
a)
gugus
b)
buah
c)
patah
d)
rangkap
20.
Kak Salmah menjemur lima ______ baju yang dibasuhnya pagi tadi.
a)
helai
b)
keping
c)
buah
d)
batang
Reset
