NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Azizi ___________ kerana sebaik sahaja dia sampai jamuan mula dihidang.
langkah seribu
langkah kanan
langkah bendul
langkah kiri
Keadaan Alif _________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai pertandingan jalan kaki.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai cicak makan kapur
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Keadaan Alif _________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai pertandingan jalan kaki.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai cicak makan kapur
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Kamal ______________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti melepas anjing tersepit
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti mencurah garam ke laut
Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan agam yang mencukupi kerana baginya ______________
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pagar, pagar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Mei Ling tidak berputus asa untuk mengulang kaji pelajaran kerana dia yakin _______________
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
belakang parang diasah lagikan tajam
indah khabar daripada rupa
Gopal seperti ________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak dibawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
segan bertanya sesat jalan
Sungguhpun Ali dan Bakar merupakan kawan baik, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ____________________
tepuk dada tanya selera
rambut sama hitam , hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan
Apakah peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?
Alang-alang berminyak biar licin.
Air beriak tanda tak dalam.
Hendak seribu daya, hendak seribu dalih.
Bagai ayam disambar helang.
Simpulan bahasa ialah
Cogan kata
Bandingan seperti bagai, bak dan sebagainya
Unsur nasihat dan pengajaran
Katanya ringkas dan terdiri daripada dua patah kata
Perumpamaan ialah
Cogan kata
Kata-kata bandingan seperti bagai, bak dan sebagainya
Terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk tujuan penegasan.
Katanya ringkas dan terdiri daripada dua patah kata
Pepatah ialah
Sejenis peribahasa berangkap. Terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk tujuan penegasan.
Bandingan seperti bagai, bak dan sebagainya.
Unsur nasihat dan pengajaran
Katanya ringkas dan terdiri daripada dua patah kata
Bidalan ialah
Kata-kata hikmat selalu digunakan dalam cogan kata.
Kata-kata bandingan seperti bagai, bak dan sebagainya.
Peribahasa yang mengandungi unsur nasihat dan pengajaran.
Ringkas dan terdiri daripada dua patah kata
Berikan maksud yang betul bagi peribahasa di atas
Baik hati
Dalam kekuasaan (kemampuan, milik ) seseorang
Orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu.
Berhampa tangan atau tidak mendapat apa-apa
satu peribahasa yang membawa maksud yang sama bagi peribahasa di atas
menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri juga
air dicencang tidak akan putus
seekor kerbau membawa lumpur,semuanya terpalit
rambut sama hitam, hati lain-lain
Nyatakan peribahasa yang betul bagi gambar di atas
berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
harapkan pagar,pagar makan padi
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
ada padi ada lalang
Berikut merupakan peribahasa yang membawa maksud yang sama bagi gambar di atas KECUALI
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Alang-alang berdakwat, biarlah hitam
Tepuk dada tanya selera
Mati-mati mandi biarlah basah
Berikan maksud yang betul bagi peribahasa "Nasi sudah menjadi bubur"
kerja atau usaha yang dibuat perlu dengan bersungguh-sungguh
memberi nasihat yang tidak diambil peduli
Tiada gunanya menyesal ke atas perkara buruk yang sudah berlaku
keadaan bahaya dan genting
