wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TATABAHASA - KATA SENDI (5/6)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pelayan itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu.

a)

serta

b)

untuk

c)

supaya

d)

daripada

2.

Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

a)

dari ... di

b)

akan ... di

c)

akan ... dari

d)

dengan ... ke

3.

Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah __________ para pemenang.

a)

ke

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

4.

Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil.

a)

bagi

b)

hingga

c)

dengan

d)

kepada

5.

Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan __________ Syarikat Seri Maju Sendirian Berhad.

a)

oleh

b)

sejak

c)

dengan

d)

daripada

6.

Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut __________ belakang rumahnya.

a)

di

b)

akan

c)

pada

d)

untuk

7.

__________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.

a)

Di

b)

Dari

c)

Pada

d)

Untuk

8.

Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.

a)

di

b)

dari

c)

pada

d)

daripada

9.

"Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR," kata ayah kepada Farhan.

a)

di ... dengan

b)

bagi ... pada

c)

oleh ... di

d)

akan ... dalam

10.

Mereka pergi ke Cameron Highlands __________ menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.

a)

oleh

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

11.

Baju kurung itu dibeli __________ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.

a)

bagi

b)

oleh

c)

untuk

d)

kepada

12.

Abang Haris berdiri __________ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

daripada

13.

Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

kepada

14.

Mesyuarat bulanan ini adalah __________ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

15.

Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.

a)

di

b)

dari

c)

bagi

d)

pada