Font size
WorksheetsBab 7 Merancang Pengendalian Perniagaan
Total questions: 13
Worksheet time: 13mins
Apakah maksud rancangan perniagaan?
Satu dokumen yang menentukan hala tuju dan strategi perniagaan
Satu dokumen menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan
Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membangunkan perniagaan
Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan di pasaran
Pernyataan manakah yang merupakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?
Memastikan perniagaan boleh terus beroperasi di pasaran
Meningkatkan daya saing perniagaan dalam pasaran
Membantu organisasi membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan pada masa depan
Menjangka risiko yang akan dihadapi dalam pasaran
Mengapakah rancangan perniagaan perlu disediakan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan?
Memberi gambaran tentang perniagaan yang dirancang
Menilai operasi perniagaan yang telah dijalankan
Meyakinkan agensi kerajaan untuk memberikan tender kepada usahawan
Menangani risiko yang pernah dialami serta menjangka risiko yang akan berlaku
Elemen manakah yang merupakan format rancangan perniagaan?
Kedudukan tapak projek
Latar belakang tapak projek
Keluasan tapak projek
Pemaju tapak projek
Pernyataan manakah yang benar tentang ringkasan eksekutif?
Memberikan satu gambaran umum yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin dimulakan
Menerangkan latar belakang industri yang akan diceburi oleh perniagaan
Menunjukkan dapatan yang diperoleh daripada hasil kajian yang telah dijalankan terhadap perniagaan
Menimbulkan minat pengguna rancangan perniagaan untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat yang perlu dimuatkan dalam ringkasan eksekutif?
(Pilih 2 jawapan)
Misi syarikat
Anggaran kos projek yang dilaksanakan
Keunikan syarikat yang ditubuhkan
Visi syarikat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegunaan tujuan rancangan perniagaan yang disediakan oleh seorang usahawan?
(Pilih 2 jawapan)
Merancang pelaksanaan sesuatu perniagaan
Menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan
Meyakinkan pembekal untuk memberikan kredit kepada perniagaan
Memohon pembiayaan kewangan daripada pihak bank
Maklumat manakah yang perlu dimuatkan dalam latar belakang perniagaan?
Modal permulaan perniagaan
Nama bank peminjam
Nama ahli keluarga
Alamat media sosial
Maklumat berikut berkaitan dengan sesuatu elemen dalam rancangan perniagaan?
-> Kursus yang pernah dihadiri
-> Kemahiran
-> Pekerjaan sekarang
-> Perniagaan yang pernah diceburi
Apakah elemen tersebut?
Latar belakang pemilik tunggal
Lakar belakang ahli kongsi
Latar belakang pemegang saham
Latar belakang pengarah perniagaan
Pernyataan manakah yang benar tentang kedudukan tapak projek?
Menerangkan bangunan yang digunakan untuk melaksanakan projek
Menerangkan ketersediaan bahan mentah yang dibekalkan untuk melaksanakan projek
Menerangkan kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk melaksanakan projek
Menerangkan lokasi projek yang hendak dilaksanakan
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu elemen dalam rancangan perniagaan?
-> Misi perniagaan
-> Visi perniagaan
-> Objektif jangka panjang
-> Objektif jangka pendek
Apakah elemen tersebut?
Tujuan rancangan perniagaan
Perancangan strategik perniagaan
Objektif projek
Sasaran rancangan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan maklumat dalam rancangan pentadbiran?
(Pilih 2 jawapan)
Hierarki organisasi
Senarai kakitangan pengurusan
Perbelanjaan pentadbiran
Susun atur bangunan dan pejabat
Pernyataan manakah merupakan maklumat dalam rancangan operasi?
Susun atur ruang kilang dan bangunan
Carta alir proses pengeluaran
Bahan mentah dan produk separuh siap
Produk atau perkhidmatan
